Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 23, 2015

LEBIH 200 LAGI KETUA CAWANGAN UMNO AKAN PROTES NAJIB


PUCHONG - Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Pendedahan ini disuarakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Amidon.

Mohd Said berkata, perkara ini dijangka akan menjadi satu protes lebih besar kepada Najib.

"Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

"Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk bersama dalam majlis berkenaan nanti," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media bersama 22 lagi ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur kepimpinan

Dalam pertemuan berkenaan, beliau juga menegaskan tindakan mereka ini tidak mendapat sebarang habuan daripada mana-mana pihak, sebaliknya adalah tindakan mereka sendiri.

"Jangan salah anggap dengan tindakan kami ini seolah-oleh akan memburukkan parti, kerana sayangkan parti lah kami buat semua ini.

"Kami ini bukan hanya ahli Umno, tetapi orang Umno yang bersedia dengan apa jua tindakan, kami tidak gentar," tegasnya.




SH


Ahad, November 22, 2015

LAWAK AHAD: MAIN


Kes tak pernah gi genting highland ni.....
Seorang ayah niat bercuti dengan anak dan isterinya di Genting.. beliau pun telefon hotel di Genting Highland..
Ayah: Saya nak sewa bilik satu mlm..berapa ringgit??
Hotel: Satu malam RM300 tetapi kalau nak main.. kena bayar lain..
Ayah: Knp saya kna bayar kalau nak main?? Sy pergi dgn isteri saya..
Hotel: Memang kat sini mcm tu encik.. kalau bilik saje RM300.. kalau nak main..kena bayar lain.. walaupun dengan isteri encik..
Ayah: Mcm mana awak tahu saya main ke tak..
Hotel: Selepas encik bayar.. sebelum masuk..kita pakaikan gelang dulu..
Ayah: Awak ingat saya tak mampu ke sampai nak pakaikan GELANG???
Hotel: Bukan mcm tu encik.. bila dah pakai gelang.. encik dah bebas main berapa kali pun dalam sehari..
Ayah: Saya nak main brapa kali pun..ikut suka hati saya la..
Hotel: Maafkan saya encik.. tapi kita ada pakej family.. ibubapa... anak bleh main sekali..hanya sekali bayar sahaja...
Ayah: WOIIIIII ANAK AKU BARU 5 TAHUN LA....
Hotel: Owh.. 5 tahun bleh main free.. x payah pakai gelang...
Ayah: Kurang ajar... (terus letak telepon)




Rabu, November 11, 2015

BANJIR LUMPUR DI HIGHWAY KARAK








BENTONG: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Lentang-Bukit Tinggi, kira-kira 7 malam tadi. Beliau berkata, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn Bhd sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan. "Segala perkembangan akan dimaklumkan," katanya di sini, sebentar tadi.


ANWAR TANYA APA JADI DEBAT 1MDB?




Anwar: Apa berlaku kepada Saravanan, debat 1MDB


Sementara menunggu perbicaraan kes saman sivilnya, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan bertanya mengenai keadaan politik negara dan dunia.

Anwar bertanya apa yang berlaku kepada Datuk M Saravanan dan diberitahu bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dikalahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk SK Devamany dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MIC.

Bulan ini, ketua umum PKR itu memasuki tempoh lapan bulan menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Sungai Buloh, selepas didapati bersalah dalam kes liwat II.

Walaupun Anwar sibuk bertanya soalan, kira-kira empat anggota Jabatan Penjara memerhati rapat manakala penyokongnya cuba bersalam dengannya.

Bekas timbalan perdana menteri itu berada di mahkamah kira-kira selama 15 minit dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan tenisnya yang kini adalah presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ucapan Selamat Deepavali

Kes itu bagaimanapun tidak diteruskan hari ini kerana peguam Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan sakit.

Anwar, yang sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, juga bertanyakan tentang keadaan politik semasa, terutama mengenai isu 1MDB dan sama ada debat yang hangat diperkatakan menjadi kenyataan.

Isterinya yang juga adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku pada sesi Parlimen semasa dan debat yang tidak menjadi itu.

Anwar juga dimaklumkan bahawa Kanada kini mempunyai seorang perdana menteri baru iaitu Justin Trudeau, iaitu anak kepada bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre.

Wan Azizah juga berkongsi maklumat mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan suaminya.

Anwar kemudian mengucapkan 'Selamat Deepavali' dalam bahasa Tamil kepada beberapa penyokongnya yang berketurunan India di galeri mahkamah.

Malaysiakini

Khamis, November 05, 2015

PRESIDEN 1MDB KENA BERDEBAT WALAUPUN DENGAN KUCING


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berikrar akan terus mengasak presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy sehingga beliau menerima cabaran berdebat dengannya mengenai isu yang melanda firma milik negara yang bermasalah itu.

Katanya, Arul Kanda telah mennyahut cabaran untuk berbahas tanpa syarat dan tidak boleh memungkiri janjinya.

"Penerimaannya (untuk berdebat) adalah tanpa syarat. Jika kucing mahu berdebat dengannya, sekalipun, beliau mesti berdebat kucing.

"Jika beliau tarik balik (kata-katanyan) seminggu kemudian, maka ini menunjukkan bahawa 1MDB mahu menyembunyikan sesuatu,” kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya bagaimana beliau akan mengasak Arul Kanda, setiausaha agung PKR itu berkata beliau akan memikirkan caranya kemudian.

Rafizi berkata Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk berdebat.

"Tugasnya sebagai CEO 1MDB adalah memberikan jawapan (kerana) duit kita (rakyat) dalam 1MDB," katanya.

Malaysiakini

Selasa, November 03, 2015

KES 4 MANGSA HILANG: MEREKA DIPERCAYAI DIBUNUH DAN DIBAKAR ATAS KEPINGAN ZINK




Kes 4 mangsa hilang terjawab

IPOH 2 Nov. - Mereka dipercayai dibawa ke sebuah bengkel kenderaan untuk dibunuh sebelum dibakar di atas kepingan zink.

Tulang dan abu mayat mereka kemudian dibuang ke dalam sungai untuk menghapuskan bukti.

Ada juga khabar angin yang mengatakan sebelum dibakar kemungkinan daging mangsa dipotong dan diberi makan kepada anjing-anjing yang di­bela di bengkel tersebut.

Itu pembunuhan kejam yang dipercayai dilakukan secara berasingan terhadap empat mangsa termasuk seorang wanita yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak 2012 yang mirip kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya iaitu Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim pada 2010.

Misteri itu berjaya dirungkai polis ekoran penahanan empat sekeluarga di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 26 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki pengusaha bengkel kenderaan berat berusia 57 tahun, dua anak lelakinya masing-masing berusia 20 dan 17 tahun serta seorang wanita berusia 54 iaitu isteri kepada suspek pertama.

“Kesemua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar di atas zink dan kemudian serpihan tulang serta abu dibuang ke dalam sungai berhampiran dengan bengkel kenderaan tersebut.

“Polis sedang menyiasat lanjut kes ini dan tidak menolak kemungkinan suspek melakukan lebih daripada empat pembunuhan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Hasnan memberitahu, jenayah kejam itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga seorang ejen hartanah berusia 46 tahun berasal dari Sungai Lah, Chenderiang, dekat sini yang hilang pada 26 Ogos lalu.

Menurutnya, bertindak daripada laporan tersebut, polis membuat tangkapan terhadap keempat-empat suspek terbabit.

Ujarnya, siasatan yang dijalankan terhadap suspek mendedahkan bahawa mangsa yang dilaporkan hilang di Chenderiang itu telah dibunuh de­ngan cara dibakar di kawasan bengkel manakala motosikal mangsa ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Cameron Highlands.

Tambahnya, siasatan lanjut terhadap suspek turut mendedahkan tiga lagi mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan Tapah sejak 2012, dipercayai telah dibunuh oleh suspek menggunakan modus operandi yang sama.

“Ketiga-tiga mangsa itu ialah seorang wanita pengusaha bas persiaran berusia 56 tahun dilaporkan hilang pada Mac tahun lalu, seorang lelaki jurujual alat ganti ken­deraan berusia 54 tahun hilang pada Jun tahun lalu dan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja di bengkel suspek hilang pada Oktober 2012.

“Polis mengenal pasti motif pembunuhan ialah hutang, urus niaga tanah yang gagal dan pekerja bengkel yang mencuri hak milik majikannya,” katanya.

Hasnan menjelaskan, semakan mendapati suspek utama iaitu peng­usaha bengkel itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu pecah rumah, menipu dan pecah amanah.

Katanya lagi, pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian mulai 30 Oktober lalu di beberapa kawasan di sekitar Tapah.

“Beberapa sampel tulang telah ditemukan dan telah dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan seterusnya proses asid deoksiribonukleik (DNA)," ujar beliau.

Sementara itu di Tapah, polis berjaya mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat suspek yang ditahan sejak 26 Oktober lalu disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman selama empat hari lagi itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak di Mahkamah Majistret Tapah hari ini.

Utusan



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive