Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 30, 2015

LAWAK AHAD: KEMAH AYOH



Perbualan anak dan bapa mengenai borang yg cikgu suruh isi:

Anak: Ayoh.. cgu suruh isi maklumat penjaga... penjaga tu gpo ayoh...

Ayah: Mu jeme sebab tu ayoh suroh sekoloh... biar geligo otok mu.. penjago tu gak ayoh mu ni lah..

Anak: Name penuh ayoh gpo.. nok isi dale petok hok mulo2 nih..

Ayah: Namo penuh aku pon mun dok tahu .. Dolah bin Daud..

Anak: Ayoh kijo gpo.. pah tu gaji berapo sebule..

Ayah: Mu tulih lah ayoh ngajar amali

Anak: Slamo ni ayoh dok oyak pon ayoh kijo cikgu jugok..

Ayah: Aku ni ngaja beruk.. cikgu ngaja beruk naik pkok nyor lah. Gaji dok tetu buleh wat lah 1500.

Anak: Ooooo... hok ning hok ngelah nih ayoh... kito pon tok pehe soale nih.. bore ni tanye pasal SEX. dok reti kito nok jawab..

Ayah: Gong sungguh cikgu mu.. pasal sex pon nok tahu.. kalu dok isi dok leh ko.. bongok hok jong wat bore pon..

Anak: Dok leh ayoh kene isi jugok nih..

Ayah: Doh saing mu tulih gpo

Anak: MALE jah.

Ayah: Doh mu tulihlah ayoh wat dok tetu maso..tulih SIYE/MALE

Anak: Bereh..Kemah ayoh!

Rabu, Ogos 26, 2015

PERBUATAN JIJIK DOKTOR




PUTRAJAYA – Ahli keluarga terutama suami wanita yang gambarnya dirakam ketika hendak bersalin di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, perbuatan itu bukan sahaja menjijikkan malah ia telah mencemar dan mengaibkan maruah wanita berkenaan apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya.

“Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekali gus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.

“Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu tersebut tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini semalam.

Kosmo



Selasa, Ogos 25, 2015

SIAPA YANG MEMBANGSATKAN MELAYU?


Siapa yang membangsatkan Melayu ? – Jawapan Kepada Najib Razak.

Semalam Rakyat Malaysia terus dikejutkan dengan kenyataan jujur YAB Perdana Menteri Najib Razak.
Siri-siri kegagalan retorika Perdana Menteri diteruskan dengan jayanya oleh beliau, kali ini dengan kenyataan orang Melayu akan terbangsat sekiranya Umno kehilangan kuasa. Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong Umno di dua bahagian di Negeri Perlis semalam.
Saya melihat kenyataan ini merupakan satu lagi kegagalan perhubungan awam Najib, yang semakin hari semakin merendahkan kredibiliti beliau.
Umno telah tewas di Kelantan usai tahun 1990. Umno juga tewas di Selangor pada tahun 2008. Kedua-duanya negeri majoriti Melayu, dan kedua-duanya masih ditadbir oleh Menteri Besar Melayu secara muafakat PAS, KEADILAN dan DAP. Ironinya di kedua negeri ini orang Melayu makin terangkat wibawa dan upaya mereka melalui penggemblengan ekonomi dan sosial. Tidak hatta seincipun kebangsatan membelenggu orang Melayu di bawah muafakat KEADILAN, PAS dan DAP.
Hakikatnya yang sedang berlaku ialah Umno yang membangsatkan orang Melayu. Di bawah kepimpinan Najib Razak, pembangsatan itu semakin ketara dari hari ke hari. Malah pembangsatan ini bukan sekadar membelenggu orang Melayu, tapi rakyat Malaysia keseluruhannya!
Hakikatnya, menjangkau usia 60 tahun Malaysia dipimpin Umno-Barisan Nasional, enam Perdana Menteri menerajui tampuk pemerintahan yang merangkumi 2 Rancangan Malaya, 11 Rancangan Malaysia, 5 Rangka Rancangan Jangka Panjang, dan 57 belanjawan atau bajet, masih wujud persoalan besar: ke mana hala tuju Melayu hendak di bawa oleh Umno?
Jika ada kegagalan dan kelemahan terhadap kedudukan dan agenda Melayu serta bumiputera hari ini setelah 60 tahun maka Umno dan pemimpinnya yang perlu dipersalahkan. Mereka hakikatnya bertanggungjawab atas setiap kelompongan yang ada.
Umno hari ini sudah dipimpin oleh golongan “princelings” bukan lagi golongan “pioneers”. Golongan ini merasakan kepimpinan sebagai suatu hak warisan atau “entitlement” bukannya amanah.
Budaya feudalistik, taqlid buta, anti ilmu, anti intektual, ampu, kesetiaan buta tuli dan parasit telah menjalar ke dalam urat saraf Umno.
Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pemimpin ulung Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Ghafar Baba di hujung hayatnya pernah mengatakan bahawa Umno tidak ubah seperti gajah berkaki plastik, besar secara fizikal tetapi berpotensi rebah pada bila-bila masa.
Pembangsatan Najib ke atas umat Melayu Malaysia ini bukan sesuatu yang boleh diraikan, malah tidak juga menimbulkan ketakutan. Maka ini sewajarnya menjadi satu asas yang jelas mengapa Bersih 4 pada hujung minggu ini harus menjadi satu platform bagi umat Melayu menunjukkan protes kepada Najib Razak dan Umno.
Hanya suara rakyat yang mampu menghentikan pembangsatan Najib dan Umno ke atas umat Melayu dan rakyat Malaysia. Usah risau, yang terbangsat kelak dengan kejatuhan Umno hanyalah Najib dan juak-juaknya.
24 Ogos 2015
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil

KD





Khamis, Ogos 20, 2015

KEDAH CADANG GST DITURUNKAN KEPADA 3%



Kerajaan negeri Kedah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 3%.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar, kanan) berkata kadar 3% itu dicadang kekal untuk beberapa tahun sehingga rakyat sudah biasa dengan cukai terbabit.

"Saya juga mencadangkan supaya kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk mengagihkan hasil daripada GST itu dengan negeri-negeri yang miskin seperti Kedah. Ia tidak pelik kerana pun diamalkan di Australia," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Alor Star, hari ini.




Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pada pembukaan sidang DUN, 2 hari lepas.
Mukhriz berharap cadangan itu dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan kerana terdapat banyak rungutan dan aduan daripada rakyat tentang bebanan yang terpaksa ditanggung akibat pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Mengenai isu integriti anggota exco Kedah pula, beliau berkata, mereka diminta mengisytiharkan pegangan harta mereka sebaik sahaja dilantik ke jawatan terbabit 2 tahun lepas.

Sebagai menteri besar, beliau memegang semua maklumat tentang pengisytiharan harta barisan exconya.

"Kita pantau turun naik harta (dimiliki anggota exco) itu setiap tahun, jadi kalau ada penurunan atau peningkatan kita akan tahu," katanya.

Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat keraguan tentang pemilikan harta atau kewibawaaan anggota exconya.

Mukhriz juga berkata Kedah muncul sebagai negeri pertama yang menandatangani aku janji integriti bersama Jabatan Integriti yang menandakan betapa kerajaan negeri amat mementingkan tentang isu integriti.

DUN Kedah meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. – Bernama, 19 Ogos, 2015.

themalaysianinsider



Rabu, Ogos 19, 2015

SIAPA AWEK JPJ YANG CUN NI?



"TOLONGLAH saman saya!" demikian berpuluh-puluh komen dalam perkongsian mengenai 'awek JPJ cun' ini dalam masa satu hari.

Siapakah siapa awek JPJ cun ini sebenarnya?

Berdasarkan laman foto Instagram, 'gadis JPJ cun' tersebut adalah Mira Filzah yang merupakan seorang model dan pelakon.

Difahamkan, beliau kini terlibat dalam telemovie komedi bertajuk Din Sardin.

Menurut sebuah blog hiburan, Mira juga pernah mengacarakan program televisyen seperti Qari Junior dan Hijabista.

Beliau juga muncul dalam drama Dunia Lola dan yang terbaru, Eksperimen Cinta.

Selain aktif di Instagram, wanita tersebut juga akfif menulis blog dan Twitter, malah mempunyai kelab peminat, Miracle.FC di laman foto yang sama.


sinarharian


Isnin, Ogos 10, 2015

DUA PEGAWAI SPRM TAK JADI TUKAQ PULAK DAH



Pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke JPM dibatalkan.

Kedua-dua pegawai, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin (foto) dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob memulakan tugas hari ini kira-kira pukul 10 pagi. -Gambar fail


KUALA LUMPUR: Arahan pemindahan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lepas telah dibatalkan, menurut sumber yang memberitahu Astro AWANI.

Kedua-dua pegawai berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob memulakan tugas hari ini kira-kira pukul 10 pagi.

Kehadiran mereka telah diberi sambutan luar biasa oleh kakitangan SPRM, kata sumber itu.

Kedua-dua mereka sebelum ini dijadual mengadakan mesyuarat hari ini bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bagi membincangkan pemindahan mereka.

Bahri adalah antara tokoh yang terlibat dalam penyiasatan ke atas akaun-akaun milik SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau juga lantang bersuara berhubung penangkapan beberapa pegawai kanan SPRM sejak minggu lepas.

Surat daripada JPA dilaporkan menyebut bahawa kedua-dua mereka dipindahkan atas 'masalah disiplin'.

Sementara itu, wartawan Astro AWANI Harits Asyraf Hasnan melaporkan bahawa pihak media kini sedang berkumpul di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya menantikan perkembangan terbaharu tentang isu ini.

awani

Ahad, Ogos 09, 2015

LAWAK AHAD: AYAM



Kisah pekerja dengan tauke ayam daging.

Tauke : Mat..mai sat..hang pi antaq 10 ekoq .. Nah alamat tempat tu...

Mat mengambil kertas yang ada alamat tu dan lipat boh dalam baju dia.. Pastu Mat pun..naik laa motor.. laju.. tiba2 eksiden... 

Habis ayam dalam bakul belakang motor dia lari... Lepastu ada sorang ni kata kat Mat... abang !!!... ayam abang lari tu !!!. Mat sambil gelak besaq kata ..... depa nak pi mana.. alamat ada kat aku..



NAJIB DAH MULA PUSING



DEDAH LA AKAUN SENDIRI TU LATOK!!!! OLANG MAU TENGOK 2.6 BILION SAPA KASI MASUK....KAHKAHKAH!!!
BILA KITA MENIPU KITA KAN TERUS MENIPU UNTUK MENUTUP PENIPUAN YANG PERTAMA.... KAHKAHKAH!!!!

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

“Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Saya juga berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. -UTUSAN ONLINE 

Isnin, Ogos 03, 2015

INI YANG BUAT KITA TERHIBUR DENGAN AHMAD MASLAN



FILEM TAMIL PUN TEWAS NI BRO



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.

“Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM,” kata suruhanjaya itu lagi.

SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

“Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh,” katanya.

Mkini


IKLAN DI SINI RM10!!!

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive