Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 31, 2014

ADA JALAN MUDAH UNTUK DAPATKAN HIDAYAH?

Ada Jalan Mudah Untuk Mendapatkan Hidayah Antaranya Anda Perlu Tahu 3 Jenis Hidayah Ini...



Adakah anda tergolong dalam golongan orang yang mendapat hidayah? Siapa kita nak menghukum atau menentukan diri kita ini bahawa kita telah mendapat hidayah milik Allah? Bermuhasabahlah diri, sesungguhnya kita tidak layak untuk memiliki hidayah melainkan kurniaan Allah pada hamba-Nya. Kita hanya mampu berusaha untuk menambahkan ilmu dan mempertingkatkan amal, di samping memperbanyakkan doa memohon kepada Allah S.W.T yang Maha Berkehendak lagi Maha Memberi. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Penyayang. 


Kalau sekiranya seseorang hamba itu menunjukkan usahanya untuk mendapatkan hidayah, maka Allah akan permudahkan segala urusan hamba itu untuk mendapatkan hidayah kurniaan-Nya. Berusahalah dan jangan sesekali kita berputus asa untuk mendapatkan rahmat Allah yang berharga ini. Berikut ada 3 jenis hidayah yang kita semua perlu tahu dan ada yang kita perlu berusaha untuk mendapatkannya:



1. Hidayah Tabi'i.



Hidayah ini diberikan oleh Allah secara tabi'i (semula jadi) oleh Allah kepada setiap manusia. Tangisan pertama seorang bayi yang baru lahir juga termasuk dalam kategori hidayah jenis ini. Bukan sahaja bayi manusia, anak lembu juga sebaik sahaja dilahirkan akan terus menghisap susu ibunya.


Begitu juga dengan anak penyu akan terdorong (diberi petunjuk) untuk berenang menuju ke laut, bukannya ke darat. Kemahiran ini lebih dipandu secara semula jadi dan bukan dipelajari. Siapa yang memberi 'ilham' ini? Ya, ini bukan satu kebetulan, tetapi suatu hukum sunnatullah yang telah ditentukan oleh Allah melalui hidayah tabi'i. 


Hidayah untuk hidup ini, Allah kurniakan bukan untuk manusia sahaja, tetapi untuk haiwan dan juga tumbuhan. Mereka juga ada tindak balasnya terhadap cahaya, cuaca, musuh dan sebarang rangsangan berbentuk fizikal, Misalnya, tanpa berfikir (malah tanpa memandang sekalipun), kita akan menarik tangan dengan pantas apabila tersentuh benda-benda panas. Maka, tangan kita pun terselamat daripada melecur. Ia seperti deria rasa pada bahagian kulit. Bayangkan jika kita tidak dikurniakan hidayah ini.




"Hidayah ini tidak menjamin kebahagiaan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat."


Haiwan dan tumbuhan sentiasa bertindak balas dengan makanan, oksigen, air, dan cahaya. Tindakan pantulan, proses osmosis, fotosintesis dan sebagainya adalah hidayah tabi'i kepada semua makhluk-Nya. Justeru, ia bukanlah satu kurniaan Allah yang istimewa buat manusia sahaja. Sekaligus, ia juga bukan menunjukkan keunikan dan kelebihan manusia. Ia cuma 'naluri asas' semata-mata.



2. Hidayah Khawas (Pancaindera).


Hidayah inilah merupakan kurniaan yang berupa pancaindera. Antaranya mata di mana kita boleh melihat, lidah di mana kita dapat merasa, hidung di mana kita dapat menghidu serta bernafas dan sebagainya. Dengan hidayah inilah juga kita dapat hidup untuk merasa makanan, selamat daripada sesuatu yang bahaya dari segi fizikal, berjalan dan sebagainya. Dengan hidayah khawas, hidup kita bukan lagi sekadar hidup, tetapi kita telah menikmati kehidupan kita di dunia ini.


Namun begitu, hidayah khawas juga ada batasnya. Pandangan mata hanya boleh melihat yang tersurat. Tetapi ia tidak mampu mentafsirkan apa yang dilihatnya itu. Kerana itulah manusia kerap kali tertipu dengan pandangan matanya. Kita selalu melihat fatamorgana, dari jauh ia kelihatan seperti air yang tergenang, tetapi apabila dekat barulah kita sedar bahawa ia cuma panas yang membahang.


Begitulah demikiannya, tidak semua yang kita lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa adalah benar atau betul pada hakikatnya. Mata, tangan, telinga, dan lidah boleh tertipu. Apa yang kita lihat, perlukan tafsiran. Apa yang kita dengar, perlukan penjelasan. Maka dengan itu, barulah terserlah maksud dan maknanya. Kita lihat ombak bergerak, tapi kita tertanya-tanya kenapa ombak bergerak? Mata tidak akan dapat memberi jawapan. Sedangkan manusia adalah makhluk yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu secara meluas. Dan manusia itu juga tidak akan tenteram selagi mana mereka belum tahu.





3. Hidayah Akal.


Untuk menjawab apa yang tidak mampu dijawab oleh mata, maka Allah kurniakan hidayah melalui akal. Akal yang mempunyai 1000 bilion sel neuron dengan kecekapan beroperasi melebihi komputer peribadi Intel i7 itu dapat menangani keterbatasan pancaindera. Apa yang tidak boleh dicapai oleh penglihatan, kini dijangkau oleh pemikiran.


Bahkan kadang-kadang pemikiran kita sudah mampu 'pergi' dengan lebih jauh lagi daripada batas penglihatan kita. Misalnya, kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang berada di atas permukaan bulan walaupun kita belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Bulan tidaklah seindah di pandangan mata, apabila dilihat dengan pandangan kepala (akal).


Dengan hidayah, akal manusia dilebihkan daripada haiwan dan tumbuhan bahkan makhluk Allah yang lain. Dengan akal, manusia dapat membezakan di antara kaca dan permata, walaupun kedua-duanya sama-sama berkilauan apabila dilihat dengan pandangan mata. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana betul dan yang mana salah. Daripada akal kurniaan Allah ini, dapat timbulnya daya kreativiti dan inovasi. Berbagai-bagai ciptaan dapat dihasilkan.


Tamadun-tamadun besar dunia di India, tamadun Mesir Purba, tamadun Islam, tamadun Yunani, tamadun Pembaharuan Eropah dan lain-lain tamadun telah dapat dibangunkan dengan kecergasan dan ketangkasan daya fikir manusia. Bangunan-bangunan ajaib dunia, daripada pembinaan Piramid, Tembok Besar China, Colessium, Taman Tergantung Babylon hinggalah ke bangunan-bangunan pencakar langit yang tidak terhitung banyaknya pada hari ini. Semuanya dibangunkan oleh fikiran.


Laut boleh dijadikan pulau buatan manusia. Manakala gunung ditarah dan dibuat lubang untuk pembinaan terowong dan lebuh raya. Dengan akal, manusia mampu melebur dan menempa besi yang berada di perut bumi, kemudian dibuatnya kapal terbang untuk terbang ke udara dan dibuatnya pula kapal untuk diapungkan ke laut.


Wallahua'lam.


nukeufo89


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KHALID RELA DISEKOLAHKAN NOH TAPI SECARA LIVE

Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu.

Malaysiakini

Isnin, Januari 27, 2014

ADUN KAJANG LETAK JAWATAN

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas. Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Malaysiakini

Ahad, Januari 26, 2014

LAWAK AHAD: ANAK KEMBAR


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas di riak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

… “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


Sabtu, Januari 25, 2014

KEPUTUSAN LIGA SUPER 25/01/14

JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH USIA 40 HARI KE DALAM FACEBOOK


Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi ?
Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum…

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Gambar Hiasan
Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).

“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.

Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim) عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.
NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata.

(Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.

Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).

Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain.

Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda. Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.

Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

suarashiro

Jumaat, Januari 24, 2014

KEPUTUSAN LIGA PERDANA 24/01/14

LIVE: KEDAH VS PERLIS

RON95 HANYA UNTUK GOLONGAN MISKIN LA PULAK HOHO

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, pendekatan itu diambil meskipun pelaksanaan sebelum ini menemui jalan buntu.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard atau pun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95.
"Malah negara jiran dari Singapura dan Thailand serta warga asing yang bekerja di negara ini juga sedang menikmati kadar bahan api dengan harga subsidi," katanya seperti dilapor MStar Online.
Tengku Adnan berkata, cadangan itu masih di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas menemui mekanisme yang tepat untuk diguna pakai di Malaysia.
Katanya, inisiatif kerajaan ini dilakukan demi masa depan negara dan tidak menggunakan pendekatan populis yang bakal memusnahkan masa depan negara.
"Walaupun perkara ini dicadangkan beberapa kali pada masa lalu tetapi kita akan melaksanakannya sekarang selepas kami mencari kaedah betul untuk menggunakannya.
"Kami melakukan ini untuk masa depan negara. Kita boleh menerima pakai pendekatan populis dan menyelesaikan masalah hari ini tetapi ia mungkin berakhir dengan membunuh masa depan kita sebagai sebuah negara," katanya.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol RON95.
Ahmad menerusi akaun Twitternya berkata: "Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".
Pada hari sama, khabar angin di internet termasuk di laman sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen.
Ahmad berkata, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi berbanding dengan negara lain di dunia. - 24 Januari, 2014.

Themalaysianinsider

DAHSYATNYA AZAB KUBUR



Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali-Imran ayat : 16)


sumber



Selasa, Januari 21, 2014

KEPUTUSAN PIALA FA 21/1/14

HAPUSKAN CUKAI EKSAIS,TURUNKAN HARGA KERETA





PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta
Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 21 JAN: PKR mengulangi desakan agar Kerajaan BN menghapuskan sistem cukai eksais sedia bagi mengurangkan harga kereta serta-merta dengan pengguna tidak lagi menanggung cukai membebankan itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan media bersama berkata, keengganan Kerajaan BN melaksanakan reformasi dasar penting industri automotif menyebabkan harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia.

Turun Harga kereta 2Kata mereka, rakyat menuntut janji BN untuk menurunkan harga kereta secara keseluruhan melibatkan semua model kereta merentasi industri seperti yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat.

“Untuk menunaikan janji ini, hanya ada satu cara iaitu pemotongan atau penghapusan cukai eksais ke atas kereta secara keseluruhan dan bukannya dihadkan kepada model tertentu seperti yang diumumkan.

“Kami juga kecewa dengan dolak-dalih baru yang diberikan oleh BN untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan,” kata kenyataan itu.

Menurut mereka pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) tidak sedikit pun menyentuh beberapa perkara pokok yang selama ini menyebabkan harga kereta di Malaysia begitu tinggi.

Kerajaan BN tidak wajar apabila menguar-uarkan harga kereta turun apabila beberapa model baru kereta yang diperkenalkan di pasaran pada harga yang lebih rendah.

Turun Harga keretaTindakan ini menipu rakyat kerana perbezaan harga dari model lama atau sedia ada diperkenalkan bukan satu bentuk penurunan harga kereta yang kekal merentasi industri.

Malah, ada beberapa model yang diperkenalkan dengan diskaun merupakan model lama yang kos pembangunannya sudah pun diperolehi oleh syarikat kereta, lalu membolehkan model itu dijual pada harga yang lebih rendah.

“Sepatutnya, Datuk Seri Mustapha Mohamad sebagai menteri bertanggungjawab membuat kajian secukupnya sebelum memasukkan janji menurunkan harga kereta di dalam akujanji BN dalam PRU13.

Pendekatan berjanji terlebih dahulu dan kemudiannya membeli masa dengan mengumumkan kajian demi kajian adalah satu helah BN yang semakin kerap diamalkan akhir ini apabila gagal mengotakan janji,” kata mereka.


selangorku







Isnin, Januari 20, 2014

KANGKUNG BETOI

DEY MACHA!!!
SUDAH TUKAR KA?
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
SUDAH JADI
PANTANG AJAL SEBELUM MAUT
KAH! KAH! KAH!

MEMANG KANGKUNG LA
KAH! KAH! KAH!

Ahad, Januari 19, 2014

LAWAK AHAD: MALAM PERTAMA VERSI KANGKUNG


Berlakunya cerita di sebuah kampung nun jauh di Utara Kedah. Di situ tinggalnya dua buah keluarga. Yang satu tu janda beranak satu. Janda ni ada anak dara bernama Milah. Keluarga yang satu lagi tu duda beranak satu. Duda ni juga mempunyai seorang anak teruna yang diberi nama Dollah.

Sejak daripada kecil hingga ke umur akil baligh, Milah dan Dollah berkawan rapat. Maka mak bapak Milah dan Dollah ni setuju untuk mengahwinkan mereka berdua. Sebelum menjadi seorang isteri berpesanlah mak Si Milah kepada anaknya;
"Milah...hang dah kahwin nanti...bila tiba malam pertama tu, hang hati-hati sikit..."
"Pasai apa mak?" Tanya Milah terkejut.
"Bukan apa Milah, mak dengaq maknya Si Dollah tu mati sebab Bapak dia 'punya' besaq kepala lutut!!  Jadi mak takut kot-kot la Si Dollah tu nurun ikut pak dia." Jelas mak Milah.
Maka Si Milah pun ngangguk la tanda paham dengan pesan ibunya itu.
Nak dijadikan cerita, bapaknya Si Dollah pun bagi ingatan juga pada anak dia.
"Dollah! Bila hang kawin ngan Milah nanti...tiba malam pengantin, hang tu kena jaga-jaga sikit! Pak dengaq ayah Milah dulu mati sebab mak dia 'punya' bergigi!! Takut-takut la Si Milah tu nurun mak dia..."
Terkejut beruang panda Si Dollah mendengarnya! Untuk cover dia punya terkejut, Dollah pun angguk paham la.
Diringkaskan cerita, kahwin la Milah ngan Dollah. Time malam nak tidur pun tiba. Duk..dak..duk...dak... bunyi jantung kedua-dua pengantin baru tu bila lampu dah padam. Secara tiba-tiba teringatkan pesanan mak ngan bapak depa.
Tapi depa tu masing-masing berlagak cool je. Macam tak dak apa-apa yang mereka risaukan. Waktu tidur tu, Milah pakai baju tidur yang paling seksi sekali yang ada dalam simpanannya. Jarang habis! Dollah pun apa lagi menitik la air liurnya..tap...tap...tap...!
Bila Dollah mula nak bukak step ja, dia teringat pesanan pak dia hari tu. Dollah pun dapat idea nak hulur lutut dia. Kot-kot la betul bergigi Si Milah 'punya', selamat sikit fikir Si Dollah. Kurang- kurang lutut yang luka dulu.
Si Milah pun camtu juga. Dia nak sua mulut dia. Kalau betui la Dollah 'punya' besaq kepala lutut, selamat la sebab dia boleh gigit.
Acara pun bermula. Bila bertemu ja gigi Si Milah ngan lutut Si Dollah, apalagi dua-dua terkejut beruk pencen la. Lagi-lagi Si Dollah. Dia terus lari balik rumah bapaknya.
"Pakkk....betullah! Si Milah 'punya' bergigi pak!" Bersungguh-sungguh Dollah bercerita.
Tapi Pak Si Dollah tak puas hati . Mereka berdua pi ke rumah Milah buat spot check. Masa tu Milah tengah mandi. Mandi wajib ka, mandi sunat ka, itu tak tau la. Tapi dengan kurang ajarnya Dollah dan bapaknya terus tolak pintu bilik air Si Milah tu.
Apalagi, terkejut la Si Milah yang tengah mandi telanjang bulat tu. Dengan tak berlengah lagi dia terus je cabut pokok kangkung yang hidup subuq kat longkang bilik air. Dengan pokok kangkung tu la Milah tutup dia 'punya' tu!
Bapak Dollah nampak je keadaan Si Milah tu, dia pun jerit,
"HAH, TU DIA!
'Anu' dia MAKAN KANGKUNG PULAK DAH!!!"
#..'..Pasai harga murah kut?'

KEPUTUSAN LIGA SUPER 18/01/2014

Sabtu, Januari 18, 2014

GAMBAR HIMPUNAN KANGKUNG 1.0

Gambar Sekitar Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Najib Oleh UMNO..




Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib.



Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina
yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan
sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin
Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15
orang sahaja



Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis.



Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut.





"Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia ".



"Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut.



Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh.



Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu lapor UtaraNews.



Menarik bukan.. Polis membantu mengawal lalu lintas.. Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsikan bersama..








Ni poster hebahannya...  nampak brutal.. tapi lawak..sejak bila pula Najib dianggap sebagai Raja?





















darisungaiderhaka


TARIAN PUNGGUNG LAGI TERUK DARI FLASH MOB KANGKUNG




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.

Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.

Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.

Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang

terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'.


"Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli  Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam.

"Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya.

Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam.


Pemimpin Umno mengecam Lee sebagai "kurang ajar, kebudak-

budakan, bermentaliti rendah, serta tidak wajar sebagai seorag wakil rakyat" kerana menghina pemimpin nombor satu negara itu, dan menuntut Lee memohon memohon maaf atas tindakannya itu.

Manakala ADUN Pulau Betong, Farid Saad pula meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan supaya mengambil mengambil tindakan terhadap Lee.

Farid menyokong Najib dengan berkata ucapan perdana menteri diambil di luar konteks sedangkan beliau hanya bermaksud walaupun harga barangan keperluan meningkat, tetapi yang lainnya turun, seperti kangkung.

Najib telah menjelaskan kenyataannya, dengan berkata beliau menggunakan sayur-sayuran sebagai contoh mengenai bagaimana kuasa pasaran menentukan harga makanan.

MK


HYPPTV UNIFI MEMANG HAMPEH!!!!

DEY MACHA!!!
INI HYPPTV MEMANG TAK BOLEH PAKAI
SIARAN TV1 YANG FREE TO AIR PUN DEPA TAK DAK HAK SIARAN
BILA ADA LIVE BOLA
KAH! KAH! KAH!
MANGKUK KANGKUNG BETOI LA
TV1 TU TV KERAJAAN
RAKYAT YANG BAYAR CUKAI
SEMUA RAKYAT BERHAK TENGOK PERCUMA
BUKAN TV BERBAYAR
MACAMANA PULAK BILA MASA ADA BOLA KENA HAK SIARAN?
KAH! KAH! KAH!

Jumaat, Januari 17, 2014

TEKNIK MENDIDIK ISTERI CARA RASULULLAH


Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”


Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.
Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: “Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami.”
Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab:
“Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.
Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.
Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

sumber



KOMPOSER LAGU KANGKUNG DITAHAN POLIS?






Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dakwa komposer Yuri Wong yang compose lagu Kangkung Remix ditahan polis.

Persoalannya :
1. Adakah lagu tersebut boleh menyebabkan ke"AMAN"an Malaysia tergugat?

2. Adakah lagu tersebut boleh menyebabkan kadar jenayah meningkat?

3. Adakah lagu tersebut boleh mengancam ekonomi negara sebagaimana buruknya impak rasuah pada negara???

4. Atas Akta apa komposer tersebut ditahan???

pakat-pakatkalih

Khamis, Januari 16, 2014

BUMI BERGEGAR KETIKA ARIEL SHARON DIKEBUMIKAN






















Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986 ~ MyNewsHub




MENARA TUN RAZAK TERBAKAR


Menara Tun Razak terbakar, 10 diselamat

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Menara Tun Razak yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, pihak bomba mengesahkan berlakunya kebakaran itu seperti yang dilaporkan orang ramai di media sosial.

Menurut Penguasa Bomba, Farid Norizam Jafri yang dipetik berkata, pihak bomba menerima laporan pada jam 4.46 petang dan jentera bomba pertama tiba adalah dari Balai Bomba Titiwangsa.

Bagaimanapun, sehingga jam 7 malam tadi kerja-kerja memadamkan api masih lagi berjalan.

Punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan bomba mengesahkan 10 mangsa telah berjaya diselamatkan.

Menurut bomba lagi, lima daripada mangsa yang terperangkap di tingkat 27 bangunan tersebut berjaya menyelamatkan diri, manakala lima lagi diselamatkan bomba dari tingkat 31.

SH

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive