Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 29, 2014

INILAH BEZANYA BILA USTAZAH MASUK UMNO DAN ARTIS MASUK PAS




KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

"PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi. Harakah Daily


10 ulasan:

  1. Sedap jer komen artis yg masuk pas..tapi nak dengar jugak artis dlm umno yg dah bergelar datok tapi rabut trojen siap boh kaler lagi..cuba komen skit..

    BalasPadam
  2. pandai dok komen orang lain yg memang jahil pasai tak mengaji sekolah agama atau pondok..
    tapi yg pelik dan huduhnya ustazah yg belajar agama dok pakai tudung singkat hingga nampak tetek dan buah dada menonjol keluar depan baju....ni nak kata apa pula..
    nak hukum lagu mana....
    suluh diri dulu makcik...sebelum nampak jahil orang lain..

    BalasPadam
  3. Bila dah masuk umno semua hanyut itupun masih mengaku memperjuangkan islam paling aku terguris bila pejuang2 islam dilabel sebagai pengganas dan militan...umno lingkup islam hidup!!!

    BalasPadam
  4. Batas-batas aurat sebenarnya yang bagaimana ya ustazah ????

    BalasPadam
  5. Batas-batas aurat sebenarnya yang bagaimana ya ustazah ????

    BalasPadam
  6. Mmg shit minah ni
    Mcm ni la bila masuk umno

    BalasPadam
  7. Ada ilmu x semestinya beriman w'pon sampai tahap PHD @ Dr... Kena igt hidayah dturunkan pada seseorang insan oleh Allah S.W.T brlandaskan bersih & keikhlasan hati semata2.. Wallahua'lam

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama3/12/14 7:47 PG

    Macam nak jadi Ketua Wanita AMNO Malaysia je..?

    BalasPadam
  9. Ramai yg tunggu Marshitah dharurat.....

    BalasPadam
  10. Islam dimulut je blh aje... pikul gunung pon larat..ikut kuasa mulut mmg power..tp bab prbuatan nak pijk kuman ppn xblh

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive