Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 30, 2013

MAFIA MATI DIMAKAN BABI

Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang babi oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.


Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.

Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.

Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”

Menurut polis, Raccosta merayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.

Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.

Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.

Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya.- Agensi

HM



Khamis, November 28, 2013

GAMBAR LORI TERBAKAR DI LEBUHRAYA DUKE

KUALA LUMPUR: Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit terbakar dan mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk sejauh tiga kilometer di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menuju ke Damansara pada petang tadi.

Kebakaran yang berlaku di laluan KM 3.9 menghala ke Damansara berdekatan Plaza Tol Duta itu menyebabkan pengguna lebuhraya terpaksa dilencongkan ke satu laluan alternatif.

Penolong Pengarah Penguasa Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang dan jentera bomba tiba 20 minit kemudian.

“Ketika bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan telah memusnahkan hampir keseluruhan 16 tayar belakang lori tersebut. Kita terpaksa menggunakan semburan ‘foam’ untuk mengawal tumpahan minyak dan kebakaran dari terus merebak,”.

Seramai 42 anggota bomba dan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Sri Hartamas, Jalan Hang Tuah, Gombak Selatan, Sentul dan Jinjang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman ini.

“Lori tersebut dalam perjalanan dari Temerloh ke Klang ketika kejadian itu berlaku dan kita percaya terdapat masalah mekanikal melibatkan brek lori tersebut yang menyebabkan kebakaran itu berlaku,” katanya lagi.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.44 petang.

astroawani.com

LAPORAN SPRM DAKWAAN SALAHGUNA DANA ZAKAT

Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Jaafar berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.

NONEMenurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.

Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Yang dihantar kepada Azizan ditandakan dengan jelas sebagai "towel warmer" dan bukannya pensteril autoklaf industri manakala bungkusan untuk cawan bekam itu sama dengan yang dijual di E-Stores.

NONEAzizan berkata pembekal kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah meluluskan bantuan sebanyak RM4,500 tetapi pembekal hanya boleh memberi kepadanya sebanyak RM2,700.

"Ini mendorong saya untuk membuat laporan kepada SPRM. Pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 29 Oktober untuk mengambil gambar barangan yang dihantar dan menghubungi saya pada 31 Oktober untuk memintanya jangan menggunakan barangan kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai bukti," katanya.

Malaysiakini menghubungi SPRM Muar, di mana Azizan membuat laporan tersebut, tetapi seorang pegawai di situ berkata prosedur dalaman melarang mereka daripada membuat sebarang pengesahan.

malaysiakini

Selasa, November 26, 2013

PEGUAM SAMAN PEGUAM NEGARA RM48 JUTA


Peguam saman AG RM48j, dakwa pendakwaan jahat


Tiga minggu selepas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuff memfailkan saman, peguamnya Rosli Dahlan juga mengambil tindakan sama hari ini.

Rosli menamakan Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Musa Hassa dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed atas kapasiti peribadi masing-masing.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dalam salinannya yang dilihat Malaysiakini, Gani digambarkan memainkan peranan di belakang pendakwaan berniat jahat.

Rosli juga menamakan 11 defendan, termasuk ketua bahagian pendakwaan SPRM Abdul Razak Musa, bekas ketua pendakwaan Nordin Hassan dan timbalannya Anthony Kevin Morais, SPRM dan polis.


mk


Isnin, November 25, 2013

BACA NI BRO!!! HARGA GULA DAPAT DITURUNKAN KATA RAFIZI


PKR gesa mansuh AP gula

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini]PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, apabila monopoli AP membeli gula mentah dimansuhkan, ia akan memberi peluang kepada banyak syarikat untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis pada harga yang lebih murah.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

"Keengganan BN melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu bahawa kerajaan telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak swasta sedangkan keuntungan adalah milik swasta.

"Kenapa dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia," katanya.

sh



ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

Ahad, November 24, 2013

MAMPUKAH DUNIA MILIKI SISTEM WIFI DALAM AIR?




NEW YORK – Sekumpulan penyelidik telah menjalankan ujian teknologi ‘wi-fi dalam air’ di sebuah tasik bagi menjayakan projek kemudahan ‘internet laut dalam’.

Kajian berkenaan dijalankan penyelidik University of Buffalo bagi mengesan tsunami dengan sistem amaran yang lebih dipercayai.

Mereka juga berhasrat sistem berkenaan akan menjadi standard kepada komunikasi dalam air, bagi membolehkan interaksi serta perkongsian data yang lebih mudah.

Berbeza dengan wi-fi biasa yang menggunakan gelombang radio, teknologi ini menggunakan gelombang bunyi bagi menghubungkan peranti dengan internet.

Gelombang radio mampu menembusi air namun ia berdepan masalah dari segi luas kawasan liputan dan kestabilan yang terhad.

Gelombang radio juga merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia memang digunakan secara semula jadi oleh hidupan laut termasuk ikan paus dan ikan lumba-lumba.

Komunikasi tanpa wayar di dalam air bukanlah sesuatu yang mustahil, namun pengguna berdepan masalah kerana menggunakan sistem komunikasi yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, Pentadbiran Laut dan Atmosfera Amerika Syarikat (AS) menggunakan gelombang akustik bagi menghantar data dari pengesan tsunami di dasar laut ke sistem boya yang diletakkan di permukaan laut.

Bagaimanapun, ekoran perbezaan infrastruktur, data berkenaan tidak dapat dikongsi dengan pantas bersama maklumat lain yang dikumpulkan oleh Tentera Laut AS.



LAWAK AHAD: NAFSU BANDUAN



Seorang banduan yang telah dipenjara selama 20 tahun dapat melepaskan diri dan lari sehingga sebuah kampung. Dia menceroboh sebuah rumah sepasang suami isteri muda.

Niat banduan untuk mencuri wang berubah selepas melihat sepasang suami isteri sedang enak tidur. Dia arahkan si suami turun dari katil dan mengikatnya pada kerusi. Banduan kemudian mengikat si isteri pada katil sambil mencium leher dan tiba-tiba bergegas ke bilik air.

Sedang banduan di bilik air,si suami sempat berbisik kepada isteri. "Mama, papa rasa banduan tu jahat. Tengok baju dia, mungkin dah lama dipenjara, lama tak dapat pompuan.  Tengok cara dia cium leher mama tadi.. Mama, kalau dia naak rogol mama jangan la melawan, bagi dia puas. Papa takut dia bunuh kita nanti. Mama bertahan la ya, I love u mama".

Si isteri menggeleng kepala lemah sambil bebisik "Papa, dia tak cium leher mama tadi, dia bisik dia gay, papa seksi. Dia tanya mana losyen, mama cakap kat bilik air. Papa bertahan la ya, mama sayang papa jugak".

Sabtu, November 23, 2013

TUKANG URUT SEKSI SEMBUNYI DALAM TAYAR


DUA tukang urut dijumpai bersembunyi di dalam timbunan tayar.
Sungai Petani: Enam wanita warga Thailand mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat bagi mengelak dicekup pihak berkuasa yang membuat serbuan di sebuah pusat urut di Taman Sejati Indah, Bakar Arang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam, seramai 27 anggota Jabatan Imigresen Kedah termasuk dari cawangan Sungai Petani membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan ala Thai.
WANITA warga asing cuba melarikan diri melalui bumbung namun mereka dapat dijejaki.
Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berusia antara 19 dan 40 tahun dengan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Difahamkan, enam wanita berusia antara 19 dan 30-an yang memanjat siling kedai itu melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum mereka berjaya dikesan ketika bersembunyi di sebalik timbunan tayar.
Timbalan Pengarah Jabatan Jabatan Imigresen Kedah Mustaffa Kamal Hanaffi berkata, anggotanya memanjat bumbung bangunan kedai dua tingkat itu untuk mengesan semua wanita dipercayai masih bersembunyi dalam premis itu.
Sumber myMetro
relevansokmo


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

Jumaat, November 22, 2013

MESTI BACA!!! PERINGATAN PENTING YANG SERING DIPINGGIRKAN




KEMATIAN

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah...

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian! – lanh

Sumber:
Ustaz Zain Hashim

tazkirahs



ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

KERETA DILARIKAN DI STESEN MINYAK

KUALA LUMPUR: “Kami hanya singgah sebentar di stesen minyak ini untuk ke tandas kira-kira 10 minit namun sebaik keluar saya terkejut apabila kereta dan anak saya yang sedang tidur di dalam kereta hilang,” kata Roswati Rahmat ibu kepada Iskandar Zulkarnain Borhan, 25, yang hilang dipercayai dilarikan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, Roswati, 55, memberhentikan kereta di laluan luar stesen minyak Petronas selepas plaza tol Bukit Jelutong, Shah Alam dan keluar untuk ke tandas, manakala suami Abul Malik Abdul Latif ke kedai serbaneka stesen minyak itu.

Menurutnya, ketika itu enjin kereta Subaru XV berwarna putih dengan nombor pendaftaran WXQ 191 itu tidak dimatikan manakala anak mereka Iskandar sedang tidur kerana kepenatan.

“Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Melaka ke rumah di Sungai Buloh. Iskandar ketika itu berada dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang sedang tidur.

“Apabila menyedari kereta hilang, saya cuba hubungi nombor telefon saya yang tertinggal dalam kereta kerana telefon Iskandar rosak. Beberapa kali panggilan saya tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, saya tidak dapat menghubungi nombor berkenaan. Mungkin talian telah dimatikan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, abang mangsa, Fairuz ketika dihubungi berkata, dia bergegas ke stesen minyak berkenaan selepas mengetahui kejadian itu dan terus mengambil ibu bapanya membuat laporan polis,

Beliau juga menghebahkan kejadian menerusi laman sosial dan Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC). Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Fairuz di talian 012-2585802.

Laporan polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 8 malam dan bilik gerakan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Gambar: Kereta Subaru XV yang dilarikan di stesen minyak. Gambar kecil, anak mangsa, Iskandar Zulkarnain Borhan.

Khamis, November 21, 2013

BN LAKSANA HAD JANGKA HAYAT KERETA UNTUK KUTIP CUKAI GST



KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Barisan Nasional dipercayai mahu melaksanakan had jangka hayat kereta bertujuan bagi mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana.

Ini berikutan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang dipetik berkata “kerajaan mungkin perlu menggunakan cadangan sedia ada di samping mencari mekanisme untuk tidak membebankan rakyat”.
RafiziPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini menguatkan lagi spekulasi bahawa keputusan untuk melaksanakan had jangka hayat kereta hampir dibuat.

“Saya dan pimpinan KEADILAN mengesyaki bahawa alasan sebenar Barisan Nasional mahu melaksanakan had jangka hayat kereta adalah untuk mengutip cukai GST yang bakal dilaksanakan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini yang turut disertai Timbalan Ketua Penerangan dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Sim Tze Tzin dan Darell Leiking.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, alasan dasar ini perlu dilaksana kerajaan demi keselamatan rakyat di jalan raya tidak boleh diterima akal.

“Kenyataan ini nampak dangkal tanpa bukti kukuh bahawa majoriti kemalangan yang berlaku disebabkan kenderaan berusia lebih 12 tahun. Sampai sekarang tidak ada satu keterangan saintifik dan empirikal menunjukkan risiko kereta berusia 12 tahun naik mendadak berbanding kereta berusia 11 tahun,” katanya.
Malah, beliau menyifatkan pelbagai faktor lain yang dikatakan mempengaruhi kemalangan antaranya seperti keadaan jalan raya tidak selamat, papan tanda mengelirukan, sikap pemandu tidak berwaspada, dan lain-lain sebagai alasan untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta demi keselamatan pengguna sebagai remeh dan tidak ikhlas.

“Setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta baru atau terpakai akan dikenakan GST, maka lebih kerap rakyat bertukar kereta bermakna lebih banyak GST yang akan dikutip kerajaan,” jelas beliau menggesa kerajaan menjawab segera isu ini.
Katanya, dengan pelaksanaan dasar ini, majoriti 52 peratus rakyat yang mengundi Pakatan terus dihukum oleh kerajaan minoriti BN melalui dasar-dasar yang menambahkan beban sara hidup demi membiayai keborosan dan ketirisan BN.


kd


MENTERI KESIHATAN KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PLUS



MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dibawa ke Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini. - Foto Mohd Khairul Helmy


Alor Gajah: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki PROTON Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka.


bh



ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

Selasa, November 19, 2013

AJARAN SESAT IBRAHIM LIBYA : THE STAR MOHON MAAF

'Ajaran sesat' Ibrahim Libya: The Star mohon maaf

  

   Akhbar The Star menyiarkan nota permohonan maaf atas tulisan mendakwa Allahyarham Ibrahim Libya dan kumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tragedi Memali pada 1985 sebagai kumpulan ajaran sesat.

Nota permohonan maaf oleh pengarang The Star itu disiarkan bersama dengan kandungan surat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin yang menjelaskan bahawa Ibrahim dan kumpulan penyokong tersebut tidak seperti yang digambarkan akhbar berkenaan.

Tulisan pada 12 November itu menyenaraikan Ibrahim Libra bersama dengan kes kekerasan melibatkan kumpulan ajaran sesat, termasuk Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

“Jadi bagaimana Allahyarham Ustaz Ibrahim dan pengikutnya boleh dipersalahkan atas tindakan kekerasan apabila kerajaan yang diminta membayar pampasan?,” soalnya.

Tambahnya, satu-satunya fatwa yang dikeluarkan berhubung kes tersebut adalah fatwa oleh Majlis Fatwa Kedah yang berpendapat bahawa kumpulan berkenaan tidak patut digelar sebagai para “syahid”.

Akhbar berkenaan memohon maaf susulan laporan polis yang dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, yang juga merupakan anak kepada salah seorang mangsa dalam tragedi berdarah itu.

Yusni berkata laporan berkenaan melukakan perasaan anggota keluarga dan anak-anak mangsa tragedi Memali dan turut merendah-rendahkan reputasi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yang pernah menziarahi pusara Ibrahim.

mkini

Isnin, November 18, 2013

JOM PAKAT BELI KERETA BARU....HARGA DAH TURUN HOHO!!!







Sebelum ini motor cc rendah @ kapcai tak boleh guna laluan lebuh raya,,,..tak cukup motor, kereta pulak..


Kereta beli bayar ansur-ansur selama 9 tahun, selesai hutang.... selepas 3 tahun dah tak boleh guna lagi,,, apa ni... Dah turun ke harga kereta? .. tak juga,,,

kemalangan diatas jalan raya, tak semestinya kereta berusia 12 tahun atau kereta lama,,, kereta baru pun belambak eksiden,, salah satu sebabnya hilang kawalan,,,kenapa,,, kereta baru,, tekan minyak makin laju makin syok,, akhirnya... kiut,,,

Apa lagi yang ada pada rakyat marhaein,, kalau motor tak boleh guna,, kereta pula nak kereta baru.... jalan kaki ler...

Sepatutnya, undang-undang kenderaan berusia hanya sesuai untuk pengangkutan awam seperti teksi dan bas,,, itu yang banyak meragut nyawa,,,

Kereta persendirian, walaupun dah 30 tahun usinya,, namun kalau dijaga, jarang digunakan,,, prestasinya tetap boleh dipercayai..

Apakah negara kita Malaysia ini menuju ke arah muflis atau bankrupsi,,, sehingga rakyat ditekan sebegitu rupa untuk mendapatkan sumber kewangan akibat dari berbelanja borosnya Najib dan Rosmah...

Sumber:
manjongmari

Ahad, November 17, 2013

LAWAK AHAD: MOTOR HARLEY


Pernah naik motor Harley tak ?

Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta, tiba2 sebuah motor Harley Davidson memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak, aloo..bro ! Korang pernah naik harley ke tak ? Dan kemudian meluncur laju.

Hampeh mamat tu ! Baru naik Harley dah sombong ! Kita kejar ! Kata pemuda yang memandu. Jom balas kawannya.

Mereka memecut dan berjaya memintas Harley. Tak lama kemudian, Harley tersebut berjaya memintas lagi, dan penunggangnya berteriak, bro ! Korang penah naik Harley ke tak ? Dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda itu.

Hampeh ! Hoi ! Berlagak.....eksiden baru padan muka ! Jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

Rupanya di suatu selekoh tajam, Harley tersebut memang kemalangan dan penunggangnya dihempap motor Harley. Setelah tahu yang terlibat itu ialah Harley yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

Bro, korang pernah naik Harley tak ??? kata penunggang Harley sambil menahan sakit.

Ha ? Kau ni dah eksiden macam ni pun masih nak berlagak lagi ke ? Apa yang kau nak haa ? Kata salah seorang pemuda itu.

Lalu penunggang Harley itu pun menjawab, maksud aku, aku nak tanya kalau korang pernah naik harley...boleh la bagitau ku kat mana BREK moto nih !


KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Sabtu, November 16, 2013

PENGURUS RESTORAN NAFI GUNA TAHI

Perniagaan nasi kandar di Jalan Yang Kalsom di sini dikenakan notis Perintah Tutup Premis Makanan selama 14 hari kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkaitan kebersihan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) mulai hari ini. - Foto Bernama


IPOH - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.

Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.

"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.

Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.

"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.

Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.

Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.

Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.

Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - Bernama

SH

Jumaat, November 15, 2013

5 GOLONGAN HIDUP DALAM KERUGIAN

Amalan jadi sia-sia jika menyekutukan Tuhan, tunduk kepada hawa nafsu

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran mengenai golongan orang yang rugi kerana semua amal mereka di dunia menjadi sia-sia. Semua amal mereka tidak mampu memberatkan timbangan kebaikan di akhirat, sebaliknya mendapat azab dan seksa yang amat pedih daripada Allah SWT. 
Semua itu terjadi kerana sikap mereka yang lebih mengikuti potensi buruk daripada potensi baik yang ada dalam diri. Mereka tidak melaksanakan perintah Allah SWT, tetapi melakukan apa yang dilarang. 
"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi" Surah Ali-Imran Ayat 85
Lima golongan orang yang dikatakan hidup dalam keadaan rugi itu adalah orang yang mempersekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya. Mereka percaya kepada kekuatan selain Allah SWT yang mampu memberikan manfaat dan melindungi daripada kejahatan. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang yang merugi.” (Surah Az Zumar, ayat 65) 

Mendustai al-Quran

Kedua, orang yang berpihak kepada yang batil. Mereka ini adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam al-Quran. Mereka juga tidak mempercayai akan menghadap Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia. 
Mereka ini berpihak kepada yang batil yang didorong oleh nafsu mendapatkan kenikmatan dunia sebanyak-banyaknya. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang yang merugi.” (Surah al-Ankabut, ayat 52).

Seterusnya, orang yang menolak Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah SWT. Mereka menganggap Islam hanya produk budaya masyarakat Arab sehingga tidak semua ajarannya layak diterapkan saat ini. Bahkan, dengan dalih pluralisme, mereka melakukan kempen menolak kebenaran mutlak agama Islam. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85) 

Terpedaya dengan hawa nafsu

Orang yang terpedaya oleh hawa nafsu, akal dan agama yang diberikan Allah SWT tidak mampu menjadi benteng kepada mereka daripada dorongan nafsu yang merosak. Mereka melakukan semua perbuatan syaitan yang sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Membunuh, mencuri, menipu, menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mereka tidak lagi bertuhankan kepada Allah SWT tetapi kepada hawa nafsu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya. Sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia seorang di antara orang yang merugi.” (Surah al-Maidah, ayat 30) 

Orang yang melupakan Allah SWT kerana sibuk dengan harta dan anak, mereka lupa bahawa harta dan anak sesungguhnya adalah amanah daripada Allah SWT yang sepatutnya menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah SWT.

Mereka terlena oleh nilai harta dan anak sehingga lalai memenuhi hak Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang yang beriman! Janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah at-Taghabun, ayat 9) 

Sikap dan perilaku buruk hendaknya dijauhi setiap Muslim ketika hidup di dunia supaya semua amal yang telah dibuat tidak sia-sia dan dapat memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak sehingga terhindar kerugian yang amat besar.

bh

Rabu, November 13, 2013

HOHO!!! MEMANG BETOI LA KERAJAAN YANG BAYAQ K-POP RM1.6 JUTA BUKANNYA PENAJA

                     Bayar K-pop RM1.6 juta pengiktirafan kerajaan kepada belia, kata Khairy


KUALA LUMPUR: Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.

"Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan kepada kementerian apakah jumlah yang dibelanjakan untuk Hari Belia 2012 lalu dan mahukan penjelasan berhubung perbezaan jawapan terhadap pihak mana yang membuat bayaran kepada artis terlibat.

Sebelum ini lagi Khairy telah mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop, U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet, dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Untuk rekod, konsert itu dibuat ketika Menteri belia dan sukan waktu itu adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

HD


HOHO!!! SITI NURHALIZA TEGOQ KHAIRY JAMALUDDIN



KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitter peribadi miliknya.
Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.
"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!.

Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata:

"Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya@Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua."

Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

"Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis.
"Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.

Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak.

Kosmo

PUNAH!!! 20 PENGAWAL DIHUKUM PENJARA KERANA MILIKI KAD PENGENALAN PALSU


PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap 20 pengawal keselamatan warga Filipina atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan juga memiliki kad pengenalan milik individu lain.

Tertuduh yang berusia 19 hingga 44 tahun itu dihadapkan di dua mahkamah berbeza.
Sepuluh tertuduh iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita dihadapkan atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dihadapan Majistret Mohd Nazri Omran.

Manakala sepuluh lagi juga tujuh lelaki dan tiga perempuan didakwa atas pertuduhan memiliki kad pengenalan milik individu lain di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah flat di Jalan SS 3/39, Sungei Way di sini, pada jam 2.30 pagi semalam.

HM

Selasa, November 12, 2013

LAKARAN WAJAH SUSPEK KES TEMBAK AHMAD RAFFLI DISEBAR


Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya.



PUMP GUN BUNUH NORAZITA DITEMUI


KUALA LUMPUR - Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.



Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.

Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor. - Bernama


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

Ahad, November 10, 2013

KETUA PENGUATKUASA JAIP MATI DITEMBAK

KUANTAN - Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.
   
Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.
   
"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di sini.
   
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.
   
"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.
   
Beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.  - Bernama

LAWAK AHAD: SUAMI TERKANGKANG




Sepasang suami isteri sedang berborak.Si isteri sibuk membersih rumah manakala si suami pula relek gila berehat,terkangkang di ruang tamu rumah mereka.

Isteri: Jika dilahirkan semula, abang nak jadi siapa?

Suami: Abang mahu jadi diri abang juga, sebab seronok jadi abang kerana ada bini macam awak yang rajin serta memberi layanan terbaik!

Isterinya tersenyum dengan pujian si suami dan kemudian si suami pula bertanya kepada isterinya.

Suami : Awak pula jika dilahirkan semula, nak jadi siapa?

Isteri : Biaqpila nak jadi siapa pun... tapi saya tak mahu jadi saya, kalau boleh saya mahu jadi abang, sebab nampak macam seronok jer tengok abang lepak goyang kaki sebab ada bini macam saya!




Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

LAWAK AHAD: TERIMA KASIH BINI


Nak cerita pasal terima kasih kat bini ni sikit..rasanya ada yang tak pernah ucap terima kasih kat bini sejak kawin..

Sebenarnya pahalanya sungguh besar..ada seorang jemaah yang baru dengar kuliah dan ustaz cerita pasal fadhilat ucapan terima kasih kat isteri. Dia dah 30 tahun kawin dan tak pernah ucap terima kasih pun kat isteri.               

Jadi balik dari masjid dia berazam untuk ucap pada isteri dia. Sampai di rumah isteri dia hidang nasi goreng. Sebaik saja dia makan je nasi tu dia terus ucap terima kasih dan puji melambung-lambung peri sedapnya nasi goreng tu.                                            

Tiba-tiba isteri dia tercegat mata terbeliak dan berkata, "30 tahun saya masak nasi goreng, abang tak pernah puji pun. Bila makan nasi goreng ni, puji bukan main lagi".                                               

Jawab suami tu kehairanan,"So what??"

Bini dia pun jawab dengan nada marah, "Nasi goreng tu janda sebelah rumah yang bagi".                                               

Huhuhu terkedu suami dia...

Sabtu, November 09, 2013

KUBUR DIGALI SELEPAS 11 TAHUN: BERBAU WANGI DAN JENAZAH MASIH SEMPURNA

SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.
Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.
Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.
Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.
“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.
“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.
Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.
Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.
Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.
“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya.

kosmo

Jumaat, November 08, 2013

NAIK CAJ ASTRO RM2, LAGI BEBAN KEPADA PENGGUNA

KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.
yahya-sahri

Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.
"Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.
"Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.

Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.
Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.

Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni.

keadilandaily

APAKAH 2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KE NERAKA?


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

Kamu banyak mengutuk/menyumpah

Kamu kufurkan kebaikan suami


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

Banyak beristighfar

Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sumber: Tokuban78′s Blog

islamituindah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive