Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 30, 2013

PANAS!!! VIDEO PENCURI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI SELAMBA MELEPASI BALAI PENGAWAL

Motosikal Kena Curi
(Subang: 29/9/13)

Sebuah motosikal berkuasa tinggi telah dicuri di Apartment Ros Saujana Subang Selangor pada lebih kurang pukul 1 tengahari tadi.

Gambar CCTV menunjukkan pengawal keselamatan menahan motosikal yang ditunggang pencuri tersebut, tetapi pencuri tidak memberhentikannya.

Jenis Motosikal: Honda Firestorm VTR1000
No Plat: WFV7797
 Warna: Putih.




Rakaman CCTV menunjukkan pencuri motosikal keluar dari kawasan apartment.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai motosikal ini sila laporkan ke balai polis berhampiran.

Sekian, terima kasih.



Ahad, September 29, 2013

FILEM "TANDAS PUTERA" LEBIH POPULAR DARI "TANDA PUTERA"


Sedutan dari filem "Tandas Putera"  hohho!

DEY MACHA!!!
KALAU DAH CERITA FITNAH SAPA NAK TENGOK
BAIK LAYAN BANGLA JAGA TANDAS
HOHO!


Tanda Putera rugi RM3.77j

10:19AM Sep 29 2013

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000.-MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

LAWAK AHAD: MAKCIK NOTTI



Seorang doktor gigi dan seorang pesakit wanita tua, yang kelihatan agak gelisah.

Untuk meredakan kegelisahannya, dr tersebut buat lawak.

"Makcik tau camner dia orang buat sarung tangan ni?, tanya doktor tersebut sambil menyarungkan sarung tangannya.

" Tak tau.." kata makcik tu.

Sambil melawak, doktor tu berkata,"Dia orang buat sarung tangan ni di China, asal satu tangki latex yang besar lepas tu pekerja-pekerjanya datang celup tangan dia orang. Bila dah kering, dia orang tanggalkan, jadilah sarung tangan ini.

Makcik tu tak senyum pun.

" Tak pe lawak tak jadi nih kot",kata doktor tu.

Sedang dia memeriksa gigi makcik tersebut tiba-tiba makcik tu gelak sekuat hati,
"Ape yg kelakar, makcik",tanya dr tu.

" Tak de....makcik terbayang camne depa buat kondom", kata makcik tu.

Jumaat, September 27, 2013

LIVE PIALA MALAYSIA: PAHANG VS PKNS FC

KEGAGALAN FAM KOMERSIL LIGA TEMPATAN HARUS JADI PERSOALAN PENTING


Kenyataan Media
27 September 2013

Red Giants: Kegagalan FAM Komersil Liga Domestik Harus Jadi Persoalan Lebih Penting


Pasukan Selangor atau dikenali sebagai The Red Giant merupakan sebuah pasukan yangevergreen dan digeruni lawan sepanjang masa dalam kancah bolasepak tempatan. Tidak dinafikan, perkembangan yang baik dalam pembangunan bolasepak pasukan Selangor seharusnya diberi perhatian.

Namun sebagai anak muda progressif, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa semua pihak yang saban hari mengkritik dasar kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim dalam sudut pembangunan sukan supaya lebih proaktif dan positif.

SAMM Selangor difahamkan kerajaan negeri telah menyumbang lebih 7 juta setahun untuk pembangunan sukan bolasepak negeri. Jumlah bantuan tersebut adalah yang tertinggi berbanding negeri lain. Apakah bantuan sebanyak lebih RM 7 juta setahun tidak memadai?

SAMM Selangor percaya kerajaan negeri telah memberikan sokongan yang besar namun perlu diingat bahawa sukan bolasepak seharusnya lebih bertenaga dengan tajaan syarikat besar dalam negara. Pihak yang mengkritik harus meneliti apakah sebabnya bolasepak tempatan kurang mendapat tajaan yang besar sehingga memaksa kerajaan negeri dilihat 'wajib' menjadi penaja utama.

SAMM Selangor melihat FAM sebagai satu badan yang gagal membawa bolasepak tanahair ke tahap komersial yang tinggi. FAM perlu dirombak dan diberi nafas baru maka bolasepak tempatan akan berpotensi untuk lebih bersinar seterusnya mendapat sokongan besar dari syarikat gergasi dan menarik minat lebih ramai pelabur.

Kegagalan FAM dalam menerajui bolasepak tempatan ke arah liga domestik yang lebih berkualiti, malah dengan pasukan kebangsaan yang semakin merundum seharusnya menjadi persoalan lebih penting. Liga domestik berada di tangga tercorot dengan katogeri liga kelas D menyebabkan syarikat gergasi dan pelabur berkira-kira untuk menjadi penaja.

Maka SAMM Selangor turut menegaskan sesuatu perlu dilakukan demi menjamin liga domestik yang lebih berkualiti, dan rombakkan FAM itu bukanlah perkara yang mustahil.

Dari satu sudut, pelaburan besar-besaran dari pihak kerajaan negeri tidak semestinya akan membawa hasil lumayan. Pasukan negeri Melaka sebagai contoh, telah dilaburkan jutaan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ia merubah menjadi satu pembaziran.

SAMM Selangor meminta agar semua pihak lebih memikirkan bagaimana dana peruntukkan kerajaan negeri dibelanjakan dengan manfaat terbaik terhadap rakyat tanpa mengabaikan perkembangan sukan di peringkat negeri. Kebajikan rakyat adalah keutamaan dan tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bolasepak yang kuat. Berbelanja biarlah dengan berpada-pada, RM 7 juta setahun yang diperuntukkan itu sudah lebih dari mencukupi dalam aspek bantuan kerajaan negeri.

SAMM Selangor juga menggesa kepada semua penyokong agar tidak hanya 'bising' ketika pasukan negeri tidak berada di puncak prestasi, tetapi memberikan sokongan tanpa belah bahagi walau di mana pun kedudukan pasukan negeri.

Azhar Achil
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

GAMBAR IBU DIGILIS LORI DI DEPAN SEKOLAH



Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.















10 SOLAT YANG TAK DITERIMA ALLAH



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t, antaranya:

1. Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata: "Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wallahu'alam...


sumber


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

NAJIB BIKIN MALU

Gara-gara terlalu ghairah bergambar Najib malukan Malaysia





Gara-gara terlalu ghairah bergambar dgn CEO Facebook, Mark Zuckerberg, Najib tersilap mengatakan Mark sebagai CEO Twitter.

Padahal CEO Twitter sebenarnya Dick Costolo..

Samada beliau memang tersilap atau langsung tidak mengetahui siapa CEO Facebook dan siapa pula CEO Twitter hanya belaiu yang mengetahui..

Kesilapannya itu telah dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya..

Ramai antara mereka telah retweet apa yang dnyatakan Najib itu dengan mempersoalkan apakejadahnya CEO Facebook berada di HQ Twitter?


Antara tweet dari pengikutnya..

Mr. SGAG ‏- @NajibRazak Did you also meet Bill Gates at Apple HQ?

not typical ‏- @AskAaronLee @NajibRazak Quite a joke isn't he. Mentioning Facebook's main rival

Lim Yung-Hui - Zuck at Twitter HQ? “@NajibRazak: Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ.

Laurel Papworth - @AskAaronLee I know, but funny and cute :) Like a "dad" mistake :P @NajibRazak

Aaron Lee ‏- @SilkCharm and i am like his embarrassed son. lol @NajibRazak

Mr. SGAG ‏- @NajibRazak Did you also have a good chat with Steve Jobs at iHeaven? #MacDaddy

Setelah kenyataannya itu dipermainkan oleh ramai pengikut Twitternya, 40 minit kemudiannya, Najib mengakui kesilapannya itu.

Dan nak cover malu punya pasal Najib memuatnaik gambar beliau dengan CEO Facebook sekali lagi..





Hmmm... adakah Najib orang yang dimaksudkan oleh Mahathir di ( SINI )..?

ASD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Khamis, September 26, 2013

ASTRO AWANI: TAKZIAH JADI TAHNIAH

Walaubagaimanapun stesen tv tersebut telah meminta maaf di atas kesilapan perkataan itu.
Heran betoi,depa ni tak baca dulu ka sebelum post ayat2 tu bro?


Permohonan maaf Astro AWANI akibat kekeliruan 'typo' melibatkan ucapan takziah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

AL-FATIHAH: USTAZ AZIZAN MENINGGAL DUNIA

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, lapor Berita Harian.
Azizan adalah ADUN Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.
Jenazah Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar.
Beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.

SEBUAH LORI AKIBATKAN KESESAKAN BERIBU KENDERAAN


BANGANG PI LETAK LORI TEPI JALAN
BERDEKATAN PUSAT BANDAR DAMANSARA
AKIBATNYA JALAN SESAK TERUK
DARI JALAN ISTANA HINGGA JALAN DUTA
HAMPEH LA DEPA NI
PATUT POLIS PI SAMAN ITU LORI
GUA TENGOK PEGAWAI DBKL PUN ADA KAT SITU TADI
TAPI DOK TERPACAK SAJA
APA PUN TAK BOLEH...

26/9/13-930AM: JALAN DAMANSARA 

Rabu, September 25, 2013

PELAJAR 13 TAHUN KEMARUK SEKS

Kuala Kubu Bharu – Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.
Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.
Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu. Menrut sumber Sinar Harian.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

“Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.
“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur,” katanya.



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

VIDEO ISTERI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA KINI TERSEBAR




Video ini sekarang tersebar dengan meluas di ruang media sosial.

Video memperlihatkan isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Shahrul Idlan Talahan atau nama popularnya Mat Yo sedang bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan.

Dipercayai ianya berkaitan dengan masalah parking kereta.

Isteri Mat Yo berkeras tidak mahu mengalihkan keretanya hinggakan memaki hamun pengawal tersebut dengan kata-kata kesat.

Pengawal tersebut yang pada mulanya dapat bersabar, akhirnya cuba melakukan sesuatu dari luar kereta.



                          


                          

idaman


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Selasa, September 24, 2013

5 DNA DITEMUI PADA SELUAR DALAM



Kpl Nik (kanan) dan Kons Syahiran keluar daripada Mahkamah Sesyen Butterworth di Pulau Pinang. - kredit MUSTAFA AHMAD


BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini mendengar bahawa lima set air mani milik individu yang berbeza terdapat pada seluar dalam seorang wanita Indonesia yang mendakwa telah dirogol oleh tiga anggota polis.

Padillah Yahya, 39, seorang ahli kimia di Jabatan Kimia negeri memberitahu mahkamah bahawa kesan air mani tersebut adalah milik Kons Syahiran Romli, 22, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33 Kons Remy Anak Dara, 26, dan dua lagi lelaki yang tidak dikenali.

"Kami turut menemui sampel DNA Syahiran, individu lelaki ketiga dan keempat yang tidak dikenali serta seorang perempuan yang tidak dikenali pada cadar yang diambil dari berek polis di balai polis Prai," katanya.


Beliau menambah bahawa sampel DNA lelaki ketiga juga ditemui pada tuala yang diambil dari berek yang sama.

Padillah memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bahawa sampel tersebut ditemui daripada 19 barangan yang telah diserahkan kepadanya untuk diuji pada 14 Nov tahun lepas.

Barang-barang tersebut termasuklah baju milik mangsa yang 26 tahun, air mani, sampel darah dan rambut.

Ketiga-tiga anggota polis telah didakwa merogol wanita itu di dalam Bilik 4, berek balai polis Prai antara jam 6:40-7:30 pagi pada 9 Nov tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan akan disambung pada 28 Nov.

pulakdah





NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Isnin, September 23, 2013

CARA BAIKI BATERI KERETA YANG LEMAH AKIBAT LAMA TAK DIGUNAKAN



Video ini menunjukkan satu kaedah bagi meningkatkan caj bateri yang mati apabila voltan telah menurun terlalu rendah untuk dicaj oleh pengecas kereta. Kaedah ini adalah yang terbaik untuk bateri yang tidak terlalu lama tetapi telah mengalami tempoh masa yang lama tidak digunakan(discaj).

Perlu difikirkan,untuk usia bateri yang telah lama,kemungkinan ia akan pulih adalah tipis.


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

POLIS TRAFIK SILA PANTAU


LOKASI: LEBUHRAYA DUKE SUSUR KE HARTAMAS DAN PUSAT BANDARAYA KL.
MASA: 8-10 PAGI
TERDAPAT RAMAI PEMANDU KENDERAAN YANG MEMOTONG BARISAN UNTUK KE SUSUR HARTAMAS. INI MENYEBABKAN LALUAN SUSUR KE PUSAT BANDARAYA TERGANGGU.LEBIH MALANG SEKIRANYA BARISAN PANJANG KERETA YANG MEMOTONG BARISAN INI MENGGANGGU PULAK SUSUR KE TOL JALAN DUTA.
HARAP PIHAK BERKUASA MEMANTAU SERTA MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP PERKARA INI.


Ahad, September 22, 2013

LAWAK AHAD: PELE



LOGHAT KLATE

FAKRUL : Ambo nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu mano gak caro dio?

PUAN LILY  : Lagu ni, mulo-mulo kito keno tengok pele dulu.

FAKRUL: Pele? Ambo ado doh!

PUAN LILY : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.

FAKRUL: Weh, tok leh! Mano bulih!

PUAN LILY : Bak po tok lehnyo? cepatlah wat tubik!

FAKRUL : Kalu tok tengok tok leh ko?

PUAN LILY : Tok leh la!!! kawe nok luluh guano, kalu kawe tok tengok!

FAKRUL : Owoh, ambo malu nok tunjok.

PUAN LILY: Malu bakpo pulok? Pah tubowok pele wat gapo kalu tok sir tunjok?

FAKRUL: Ehhh! malulah nok tunjok ,pele ambo kecik!

PUAN LILY : Laa! Kecik pun tak po, asa kei cukup syarat!

FAKRUL: Nok wat tubik nok tunjok kat mano?, orghe rama sini! Malu ambo! Malu weh!

PUAN LILY : La, tok apo! Nok malu ko gapo! Wat tubik letok atas mejo kaunter ni pun buleh!

FAKRUL: Hoh, tengok ni pele kawe....

PUAN LILY: Owoh....buke pele ni, pele bangune!!! nate babi mu ni..!!!


Sabtu, September 21, 2013

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 21/9/13





KUMPULAN A
SIME DARBY 1 : 1 ATM
SELANGOR 2 : 1 JOHOR

KUMPULAN B
JOHOR DT 0 : 2 PKNS FC
T-TEAM 2 : 1 FELDA

KUMPULAN C
N.SEMBILAN 2 : 2 TERENGGANU
KELANTAN 4 : 0 PAHANG

KUMPULAN D
KEDAH 1 : 3 LIONS XII
SARAWAK 6 : 1 PERAK

biaqpila.blogspot.com





NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

GEMPAQ!!! MILITAN ASING SYRIA SERANG GUNA IPAD



TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tau konfik syria masih belum berkesudahan dengan sumber senjata yang terbatas kini Ahli Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di sokong oleh militan luar. Dilaporkan militan luar menggunakan aplikasi iPad bagi membantu dalam pertempuran.

Militan luar yang menyokong Ahli Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA)dipercayai menggunakan aplikasi iPad untuk menentukan sasaran bom mortar dalam pertempuran dengan tentera rejim Bashar Al-Assad di Damsyik.

Dipetik laporan Press TV, kumpulan militan dari Jobar mendakwa, mereka menggunakan kaedah konvensional dalam menangkis atau melepaskan bom mortar ke arah tentera rejim sejak konflik lebih 30 bulan itu tercetus.

“Kami menggunakan aplikasi peta mengukur jarak dengan kubu rejim sebelum melepaskan tembakan. Keperluan aplikasi teknologi baru itu banyak membantu untuk melicinkan operasi serangan termasuk menentukan sudut strategik,” katanya jurucakapnya.

Beliau mendedahkan, Ahli Briged Ansar Dimachk yang beroperasi di bawah FSA membuktikan keberkesanan kaedah itu dengan menggunakan mortar buatan sendiri ketika membedil Jobar, 15 September lalu.

sinarharian


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Jumaat, September 20, 2013

DAKWAT TAK KEKAL CEMAR PRU 13


KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dibentangkan semalam turut mendapati bahawa rata-rata responden bersetuju isu dakwat kekal yang tidak kekal telah mencemarkan imej Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pada soalan "Adakah penggunaan dakwat kekal yang diragui dan pengundi hantu mencemarkan PRU13?", 52 peratus daripada 1546 responden mengatakan 'ya' dan bersetuju dengan argumen itu, manakala yang mengatakan 'tidak' dan 'tidak pasti', berkongsi peratusan sama iaitu masing-masing 24 peratus.

Selain itu, hasil kajian dibawah tajuk kecil 'Persepsi terhadap pejalanan PRU13' itu juga merekodkan sebanyak 46 peratus responden bersetuju bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh BN untuk terus mengekalkan kuasa mereka, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus tidak pasti.


Dalam pada itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat agar terus berusaha gigih untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Merumuskan paten keputusan mengikut kaum, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian yang dibuat kira-kira tiga bulan selepas PRU13 ini, kaum Cina masih lagi kekal bersama Pakatan Rakyat.

Semalam UMcedel membentangkan hasil kajian terbarunya berhubung 'Politik Malaysia Pasca PRU13' kepada media.

Kajian tersebut dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu yang dibuat secara bersemuka dengan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut semalam adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

TERSEBAR!!! ADEGAN PEGAWAI DBKL KENA "BASUH"

Khamis, September 19, 2013

MUJAHIDDIN BEBASKAN 6000 TAHANAN



Mujahiddin bebaskan 6000 tahanan di penjara Abu Ghraib dan Penjara Taji




Semalam, mujahiddin telah menggempur 2 buah penjara yang terkenal dengan pelbagai insiden penyeksaan terhadap para tahanan. Penjara Abu Gharib (barat Baghdad) dan Penjara Taji (utara Baghdad) terkenal sebagai tempat tahanan sunni ditangkap dan disiksa oleh 2 ekor anak iblis iaitu syiah yang berkuasa di Iraq dan juga tentera United Snakes of America.

6000 orang berjaya diselamatkan. Kebanyakkan adalah mujahiddin yang di tahan di situ sejak tahun 2006 lagi.

Kronologi

1) mujahiddin telah mengawal laluan keluar masuk bagi menghalang sebarang kenderaan masuk ke kawasan penjara.

2) mengepung keseluruhan penjara dan menunggu waktu malam untuk melancarkan serangan.

3) melakukan beberapa operasi syahid dan serangan mortar.

4) Walaupun helikopter berlegar-legar di atas tidak ada apa yang mampu dilakukan kerana keseluruhan kawasan dikepung.

6) Mujahiddin dari ISIS menyerbu masuk dan membebaskan kesemua para tahanan.

7) Penjara dikuasai oleh ISIS dan mereka membebaskan kesemua tahanan. Tidak ada satu pun yang tinggal.

Media Iraq pula melaporkan hanya 500 tahanan sahaja yang melarikan diri. Melaporkan jumlah sebenar yang melarikan diri hanya akan menjejaskan kredibiliti mereka.

9) Pengarah penjara berkenaan telah dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'potong kepala' oleh ISIS.

10) Tentera syiah Iraq bertindak balas dengan mara ke tempat berkenaan, tetapi tersekat kerana para mujahiddin telah bersiap sedia dengan IED (bahan letupan) yang di pasang di sepanjang jalan.

11) Ribuan mujahiddin telah terlibat dalam operasi besar-besaran menyelamatkan saudara-saudara mereka yang meringkuk dalam penjara ini.

12) Kesemua para tahanan diangkut keluar menggunakan berpuluh-puluh bas yang telah bersedia menunggu mereka menuju ke lokasi yang telah ditetapkan. (Hebat sungguh perancangan mereka-admin). Ada yang kata terus menuju ke Syria.

13) Turut dilaporkan mujahiddin dari Syria turut membantu dalam serangan ini.

14) Dalam masa yang sama serbuan ke atas penjara Abu Gharib dan penjara Taji dilakukan, mujahiddin dari lokasi yang lain telah menyerang Lapangan Terbang Baghdad dan Kem Tentera Taji dengan puluhan tembakan mortar. Tujuan mereka adalah untuk menarik perhatian dan mengalih pandangan tentera syiah Iraq ini dari Abu Gharib dan penjara Taji.

15) Puluhan Tentera syiah dan militia sahwa (sunni yang jadi talibarut). Sebuah helikopter juga jatuh ditembak.

16) Selepas berbulan-bulan barat dan sekular cuba menjatuhkan imej ISIS dan Jabhat al-Nusra, cuba mewujudkan perpecahan, kini mereka telah melancarkan serangan terbesar dalam sejarah.

17) Ini adalah operasi terbesar mujahiddin sepanjang tahun ini. Boleh juga dikatakan terbesar sepanjang sejarah sejak kejatuhan Saddam Hussin. sumber- SINI

Baghdad Central Prison yang sebelum ini dikenali sebagai penjara Abu Ghraib adalah terletak di Abu Ghraib, Iraq sebuah bandar yang terletak 32 km di barat Baghdad. Ia dibina oleh kontraktor British pada tahun 1950. Pemerhati menganggarkan  bahawa pada tahun 2001, penjara memuatkan sebanyak 15,000 penghuni. Wikipedia

pbo

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Rabu, September 18, 2013

UTUSAN TARIK BALIK FITNAH TERHADAP HUSAM, BAYAR KOS RM40,000

Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.

Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan. Penasihat Undang-undang Kanan Utusan, Shirad Anwar menandatangi persetujuan hari ini bagi pihak Utusan. Turut berada di mahkamah ialah Zulkiflee Bakar, penulis rencana berkenaan.

Menjelang muktamar PAS pada 2009, Mingguan Malaysia menyiarkan satu tulisan bertajuk 'Menilai Hujah Husam' ditulis Zulkeflee yang mengandungi penyataan fitnah terhadap Husam.

Antaranya, akhbar milik Umno itu menyiarkan tulisan:

"Ahli-ahli PAS tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu."

"Mereka tidak boleh menyiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam PAS."

"Kalaulah puak-puak Erdogan dipilih, ahli-ahli PAS harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai PAS tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar PAS bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu mereka perlu menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada PAS."

Husam ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau gembira dengan keputusan yang dicapai dalam mahkamah hari ini.

"Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan.

Pada tahun berkenaan, Husam bersama Mohamad Sabu bertanding untuk jawatan sebagai timbalan presiden PAS namun beliau dan Mohamad Sabu kalah kepada Nasharudin Mat Isa yang disokong Utusan.

Ekoran itu, beliau menyaman Utusan, ketua pengarangnya serta penulis, Zulkeflee kerana memfitnahnya.

"Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya. – 17 September, 2013.

TMI

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

WOW!!! MOTOSIKAL KULIT UDANG





Seorang chef di Taiwan yang dikenali sebagai Huang Mingbo telah menghasilkan sebuah hasil seni yang menarik iaitu sebuah model motorsikal dari kulit Udang Kara.

Model ini sangat unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi dan kerja-kerja yang terperinci.

Huang mingbo mempersembahkan karya hebatnya di sebuah hotel di China iaitu di Fuzhou Hotel.





NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive