Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 30, 2013

LAWAK AHAD: LEMBU DAN SOSEJ


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.

So dia cakap dengan bapak dia:

Anak:  Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...


Sabtu, Jun 29, 2013

KELANTAN JUARA PIALA FA 2013

KUALA LUMPUR - Kelantan membenam skuad Harimau Selatan 1-0 seterusnya mempertahankan gelaran juara dalam saingan Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bergelar johan untuk kali kedua berturut-turut.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.

Senarai barisan pemain Kelantan:

Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Duadsu, Badhri Radzi (K), Mohd khairul Fahmi, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree

Senarai barisan pemain JDT:

Mohd Al-Hafiz, Kamarul Afiq (K), Ahmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha. Andre Francisco, Nurul Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli

LIVE PIALA FA 2013: KELANTAN VS JOHOR DT

PINTU STADIUM KENA GOMO SAMPAI ROBOH





Petang tadi,para penyokong berpusu-pusu masuk percuma setelah pintu pagar di Green Gate roboh. Gomo kelate gomo... gomo sampai roboh...



 



ini-kalilah

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

TERKINI DARI BUKIT JALIL: FINAL PIALA FA 2013


                     

STARO MANO BOH GOMO KEWLATEY GOMO...



Ini berita tidak rasmi, berlegar di FB dikatakan ada pintu stadium dipecah dan penonton sudah masuk secara percuma.....



Suasana di dalam stadium jam 4 petang tadi.







Kesesakan luar biasa dari susur keluar Lebuhraya Mex (dari KL) menghala ke Stadium Nasional Bukit Jalil -im

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

JATUH BANGUNAN KETIKA LAKUKAN SEKS


Sepasang kekasih dipercayai jatuh apabila tingkap tempat mereka mengadakan seks pecah.

Saksi berkata, pasangan itu jatuh sambil berpelukan. “Dengan berpelukan, mereka jatuh ke bawah,” kata saksi itu.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan mayat pasangan berkenaan dilitupi selimut oleh anggota forensik.

HM

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

SAKSIKAN DEMONSTRASI PALING RAMAI DI DUNIA YANG BERLAKU DI PULAU PINANG


Kesian betul, nak buat demostrasi sorang-sorang je. Kalau dia keluarkan pamplet pampers sebar kata nak buat demostrasi, berapa juta banglasia akan hadir agak-agak. Berpeluh habis ketiak, semangat betul membicarakan ketelusan. Sejak bila utusan tahu ketelusan, aku heran jugak ni.

Aku syak dia ni saja nak tunjuk popular ni. Mentang-mentang pakai spek hitam, ingat diri hensem le tuuu. Next time cover ketiak okeyss.


Wartawan cap ayam eja DI SINI pun salah!!! kah!kah!kah!!!

Biasanya protes atau demo akan dilakukan beramai-ramai, tapi wartawan dari Utusan ni demo sorang diri saja.. kesian aku tengok..

Kemana menghilang agaknya macai-macai UMNO yang sering mengadakan demo dihadapan bangunan DUN Pulau Pinang ni?..

Yalah.. biasanya depa tu paling seronok buat demo kat Pulau Pinang ni.. hari jumaat saja demo.. hari jumaat saja demo..

Kenapa tak tolong meramaikan demo tu?.. Tak ada peruntukan untuk demo lagi ke kali ni?

Mamat di atas protes sebab dia tak dibenarkan buat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.


Wartawan Utusan protes, dakwa dihalang masuk DUN 

Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan. 
Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: “Ketelusan telah mati di sini”. 
Sementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia. 
ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini. 
“Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi,” kata Law dalam satu sidang media. 
DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011. 
Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media ~ Malaysiakini
Bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pulak kata “Ketelusan telah mati di sini”... selama ini laporan dari Utusan tu telus ke?


Info Asal : DariAnakSungaiDerhaka

bankami.net

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

ALAMAK PENCACAI TERLUPA CINCIN !!!




Di dalam laporan sebelum ini Menteri Pelancongan & Kebudayaan Mohd Nazri Abdul Aziz telah dilaporkan menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parlimen sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Gambar tersebut telah tersebar luas di media sosial.


Tiba-tiba macai UMNO telah mengeluarkan satu versi baru menyatakan kononnya gambar itu ialah gambar diedit dan kemudian beliau mempaparkan "versi asal" gambar berkenaan.


Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengedit gambar isyarat lucah itu dan mendakwa itulah gambar yang asal.

Begitu malang nasib pencacai UMNO dimana di dalam versi yang diakatakan asal itu terdapat banyak kecacatan diantaranya:

1) Ada cahaya putih di sekeliling tangan Nazri
2) Cahaya itu pula seperti datang dari bawah
3) Ibu jari yang ditunjukkan lebih kecil dari jari-jari yang lain
4) dan yanf paling nyata, cincin yang selalu dipakai di jari manis Nazri sudah tiada.

Mungkin pencacai berkenaan beranggapan manusia lain bodoh sepertinya dan berharap dengan melakukan edit tersebut dapat nanti membuat tuntutan untuk memperolehi sedikit habuan daripada Nazri.

Memang tahap pencacai suungguh!


greenboc



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Jumaat, Jun 28, 2013

SPR TERUS PERBODOHKAN RAKYAT

SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK
Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut.
Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?
Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya.
Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali.
Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut.
Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan.
Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan.
Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat.
Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!
Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PEMBEKAL DAKWAT KEKAL TERBONGKAR!!!



DEY MACHA!!!
MUSIM PERAYAAN DAH MAI DAH
DAPATKAN SEGERA PEWARNA KUIH MUIH
YANG HALAL LAGI KEKAL
BOLEH DIGUNA TANPA WAS-WAS
PASAI DAKWAT INI KEKAL SELAMA TUJUH KETURUNAN
KAH! KAH! KAH!



Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa.

Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban).

Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran.

Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan "kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan."

Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.

"Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. -FMT


Harga 'dakwat kekal' tiga kali ganda lebih tinggi jadi tanda-tanya


Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2.

4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan, DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu.

Bercakap kepada media hari ini di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tambah membingungkan lagi ialah bagaimana Kerajaan Kemboja yang mempunyai lebih dari sembilan juta pengundi hanya perlu mengeluarkan RM2.8 juta untuk pembelian dakwat kekal dari Kerajaan India pada 19 Jun baru-baru ini.

"Kenapa perbezaan kos ini begitu ketara dan kita juga hairan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia selalunya akan lebih mahal.

"Memang saya amat terkejut dan terkilan dengan jawapan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan amaun pembelian 'dakwat kekal yang tidak kekal' bagi PRU13 ini amat tinggi," katanya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dalam perkara berkait menyatakan kekecewaan beliau kerana dakwat kekal itu bukan sahaja mahal malah tidak memenuhi fungsinya sebagai 'dakwat yang kekal'.

"Kita mahu kerajaan dan SPR mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pembekal tetapi apa yang berlaku, SPR bukan sahaja tidak bertindak malah terus melindungi syarikat pembekal dengan merahsiakan siapa mereka konon atas sebab keselamatan.

"Kita nak tahu apakah isu keselamatan yang mereka maksudkan? Bagaimana pula maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?," soalnya.

Katanya, jika sebelum PRU13 pihak SPR merahsiakan maklumat syarikat pembekal kerana takut disabotaj, mengapa pula alas an sebegini digunakan walaupun pilihan raya sudah berlalu.

Beliau mengingatkan SPR bahawa tindak-tanduk mereka dalam perkara ini hanya akan memperkuatkan persepsi negative rakyat terhadap mereka.

Roketkini


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

MASJID DICONTENG LAMBANG NAZI

KEBANYAKAN grafiti kebencian disembur di kawasan yang akan menjadi ruang solat di tingkat bawah Masjid Redditch Central.

London: Polis memburu samseng yang memecah masuk sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada bangunan itu.

Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di situ jam 4.30 pagi.

Penceroboh dipercayai memecah masuk ke kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian.

Polis masih mengawal masjid di Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan.


Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat berlangsung dengan amat baik.

“Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian sebegini tidak boleh diterima,” katanya.

Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu berulang.

Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid berkenaan.

Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760).

Pengkhianat turut cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada pintu depan bangunan itu tidak merebak.

Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan serius dalam insiden itu. - Agensi

HM

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Khamis, Jun 27, 2013

MOHON PENCERAHAN:BOLEHKAH ZIKIR SAMBIL MENARI?

RAFIZI BIKIN SPR PANAS PUNGKOQ





Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat

Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.
“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada satu syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana – malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut.

MP Pandan tersebut berkata demikian susulan celahan oleh Anthony Loke (DAP-Seremban) yang membangkitkan mengenai satu jawapan menteri bahawa suruhanjaya itu tidak boleh menamakan pembekal dakwat berkenaan atas sebab keselamatan.

MK



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Rabu, Jun 26, 2013

PANAS!!! MENTERI PUN IJAZAH PALSU? KAH! KAH! KAH!


DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan.



KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan.

Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

“Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media,” katanya.

Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.

Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat.

“Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian,” kata beliau.

“Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi,” sinisnya.

Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.

Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah.

“Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri.

“Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?,” soalnya. – Roketkini.com

roketkini

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

TEMPAT PARKING BASIKAL PALING FANTASTIK

JEREBU BERPOTENSI DIJADIKAN ACARA TAHUNAN

DEY MACHA!!!
SAPA YANG BERANI NAK DAKWA SYARIKAT MALAYSIA
YANG MENYEBABKAN JEREBU
PASAI JEREBU MERUPAKAN ACARA TAHUNAN
KAH! KAH! KAH!

LEBIH BAIK KERAJAAN TANGKAP PEMBANGKANG
WALAUPUN HANYA KES BUAT CERAMAH
DARIPADA MENANGKAP KRONI
HENDAK SERIBU DAYA
TAK HENDAK SERIBU DALIH
KAH! KAH! KAH!


Menteri: M'sia tak boleh dakwa syarikat penyebab jerebu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Malaysia di Indonesia yang didapati menyebabkan jerebu.
Menurutnya, tugas itu adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia.

"Ada laporan mendakwa syarikat-syarikat Malaysia terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.

"Kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.

Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Palanivel menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat berkenaan di Malaysia.

"Tidak, tidak (boleh ambil tindakan). Undang-undang di Malaysia tidak boleh diguna pakai di Indonesia.

"Kita tak boleh saman mereka di sini. Ia tugas kerajaan Indonesia untuk ambil tindakan jika syarikat berkenaan melakukan sebarang kesalahan," katanya.

MK



Selasa, Jun 25, 2013

KEPUTUSAN LIGA SUPER 25/06/13

JANGAN JADI BANGANG

Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain. Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.
Sementara penyokong Anwar dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
shahbudin husin
DEY MACHA!!!
JANGAN JADI BANGANG MACAM MACAI YANG BIKIN INI DIALOG!!!

LANTIK SPEAKER PUN MENIPU?


Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa



KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

“Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

“Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas,” jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.

“Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang Pilihanraya dalam isu dakwat kekal,” ujarnya.

HD


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Isnin, Jun 24, 2013

BETOI KA GAMBAQ NAZRI AZIZ NI?


DEY MACHA!!!
TERSEBAQ MELUAS DI INTERNET
BETOI KA NAZRI AZIZ TUNJUK ISYARAT LUCAH?
TAKKAN LA MENTERI BOLEH BUAT MACAM NI
KALAU BUDAK TINGKATAN SATU GUA PERCAYA
SUPERIMPOSE NI..ORANG LAIN KOT
KAH! KAH! KAH!


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

VIDEO TANGKAPAN DI LUAR PARLIMEN

Upacara angkat sumpah Dewan Rakyat disambut dengan demonstrasi


Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. - 24 Jun, 2013.

TMI

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Ahad, Jun 23, 2013

SEKOLAH DI KL SELANGOR TUTUP ESOK

DEY MACHA!!!
TAKKAN SEKOLAH JE TUTUP
ORANG KEJA OFIS PUN ADA PARU-PARU JUGAK
KAH! KAH! KAH

DBKL TOLONG SAMAN JEREBU DAH BERHIMPUN KAT PADANG MERBUK

DEY MACHA!!!
DBKL BUAT LAWAK
SAMAN KHEMAH DI PADANG MERBOK

PATUT BUAT LA LAWAK ANTARABANGSA
PI SAMAN JEREBU TU
YANG DAH SERANG KUALA LUMPUR NI
ADA JUGAK PEKDAHNYA
KAH! KAH! KAH!

LAWAK AHAD: KENTUT

Sabtu, Jun 22, 2013

KOLEKSI GAMBAR HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK #KL622












Suasana di hadapan Masjid Negara









solat subuh di KL 

Suasana Pagi Nie

Seorang peniaga, Abdul Kader Mydin, 50, yang telah berniaga selama 40 tahun di kaki lima Jalan Sultan berkata, kehadiran peserta himpunan Black 505 tidak mengganggu perniagaannya. 


NONE



"Tak adalah. Mana ada ganggu. Buat apa saya mahu tutup (kedai). Tak bahaya pun," katanya.



Selepas solat Subuh 


Membeli Baju Black out 





 Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi


 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor





Suasana Pagi nie..oleh omak kau

Media Orang Kampung


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive