Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 31, 2013

Isnin, Disember 30, 2013

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?



KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2013 (2.10pm)

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?

Respon yang diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang cuba mengelak dari notis saman RM100 juta oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggambarkan dirinya berada dalam kedudukan panik. 

Datuk Amar Singh dalam kenyataan terbarunya nafi menyebut NGO merancang pengeboman, tetapi menyebut risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain. Persoalan timbul, siapakah peserta itu? Apakah peserta itu dikenali di kalangan polis? Berapa banyak bom tangan yang ditemui? 

Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan 'cakap pusing'nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar.

SAMM juga turut pelik, bagaimana sebuah institusi yang sepatutnya mententeramkan awam dan menjaga keselamatan, sebaliknya bertindak bagaikan agensi propaganda yang menggusarkan rakyat dengan berita 'bom tangan', ia semestinya dakwaan yang sangat serius.

SAMM terus menyeru orang ramai membanjiri Dataran Merdeka mengenakan pakaian hitam dan membawa bendera kebangsaan bersama secara aman. 

SAMM sekali lagi menegaskan menolak fitnah 'himpunan guling kerajaan'. Himpunan ini adalah himpunan protes kenaikan kos sara hidup yang dianjurkan sendiri oleh rakyat, ekoran kegagalan kerajaan dan juga penipuan janji PRU oleh Barisan Nasional. 

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

*Dikepilkan salah satu bukti keratan akhbar online Harian Metro sebagai rujukan

milosuam


GAMBAR TERKINI DARI DATARAN MERDEKA

Sekitar Dataran Merdeka jam 6:30 petang tadi.

KERAJAAN NAJIB RAPUH MACAM BISKUT KERING KA?

Takkanlah kerajaan Najib serapuh biskut kering

Oleh: SHAHBUDIN HUSIN
Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi (malam esok), beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu.

Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan.

Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga.

Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan.

Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka.

Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli Umno memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu.

Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis.

Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda Umno saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham.

Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka.

Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata.

Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang.

Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri.

Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya kerana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya?

Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar perdana menteri.

Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini.

Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu.

Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam.

Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat.

Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan.

Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk.

Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya.

SH


TERKINI TV3SUKU: EMAIL MENGENAI BOM BERJAYA DIPINTAS

MICHAEL SCHUMACHER KOMA TERLIBAT KEMALANGAN

LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

sinarharian

Ahad, Disember 29, 2013

BERITA TERKINI TV3SUKU:SASPEK NAK GULING KERAJAAN DIBERKAS HOHO

SAMM NAK SAMAN TIMBALAN KETUA POLIS KL?

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas  timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan' pada malam 31 Disember.

Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan fitnah dan propaganda tersebut.

“Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataannya hari ini.

SAMM menegaskan berulang kali bahawa himpunan tersebut adalah protes aman ke atas kenaikan kos sara hidup dan bukannya tindakan keganasan untuk mengguling kerajaan, katanya lagi.

“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan  propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos sara hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan.

“Maka media perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya lagi.

Beliau mendakwa, Amar Singh turut menuduh SAMM menyimpan bom tangan.

“Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama (saya) dan gerakan SAMM sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya," katanya.

Beliau turut menuntut agar Amar Singh meminta maaf dan menarik balik tuduhan.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“Isnin ini, saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.

malaysiakini

LAWAK AHAD: KISAH KASIH SUAMI PADA ISTERI



Pak Man adalah seorang penduduk di sebuah kampung. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Man yang usianya menjangkau lima puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Man pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Man begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Man menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh sebab itu setiap hari saya siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Sabtu, Disember 28, 2013

TAK SEMPAT MALAM PERTAMA

Gayo Lues (Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya.

Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng.
Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa.

“Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,” kata Asrijul.


Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.


“Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu,” kata Asrijul.

Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental. - Agensi

HM



GAMBAR KES BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE



Gambar kes bunuh diri di Berjaya Times Square pada 27 Disember 2013. Menerusi laman facebook Malaysian Crime Watch Task Force, seorang lelaki telah didakwa terjun dan bunuh diri di pusat membeli belah Times Square, Kuala Lumpur. Insiden dipercayai berlaku pada sekitar jam 8.00 malam. Menurut saksi, mangsa dikatakan terjun dari tingkat 9 bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Terdahulu, kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari 2013 yang lalu.



melvister


Jumaat, Disember 27, 2013

DUN MANONG DUN RUNGKUP......AMNO TEMENUNG AMNO TERLUNGKUP?



Kengkawan ade tanye teman macam mane boleh tak sah. Bukanke SPR udah umum yang deme itu menang. Lagipun petisyen yang dibuat oleh calon PAS udah ditolak mahkamah. Ape lagi yang tak kene?

Memang betui kalo ikut SPR dan ikut mahkamah pilihanghaye, calon ameno itu menang. Memang deme itu sah wake ghakyat. Yang penting pencadang dan penyokong mesti menjadi pengundi di DUN bekenaan. Itu je kalo ikut SPR. Tapi kalo ikut peghatoghan dewan undangan Peghak ato ade yang nyebut undang2 tubuh Peghak, wake ghakyat yang alamatnye ghaseminye bukan dalam negeghi Peghak, make dia tak layak datang untuk besidang di dewan. Kalo enam bulan tak datang besidang, kedudukannye sebagai wake rakyat gugo dengan sendighinye.

Dengo ceghite, pekaghe ini telah dimaklumkan kepade sepike dewan tapi sepike buat nohen je. Oleh keghane sepike buat nohen, pilihan yang ade ialah gunakan mahkamah yang lebih tinggi. Mintak mahkamah halang dua oghang ini daghi masuk dewan. Mintak mahkamah halang deme ini daghi datang besidang pade sidang akan datang. Sebelum ini dewan telah besidang pada bulan Nobembe yang lalu. Cukup enam bulan iaitu dalam bulan Mei 2014, otomatik deme ini gugo dan bolehle diadekan PRK untuk DUN Manong dan DUN Rungkup.

Tapi .. tapi, kalo mahkamah ambik kighe daghi taghih mengundi pade 5 Mei ato 505 dan mengistihakan yang kehadighan deme besidang di dewan tidak sah, make sahle yang deme udah telucut setatus YB deme sejak 5 Nobembe 2013 lalu. Ngelupo ameno kome ...

Oooooo .... itu macam ka?

jantantuya




MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ



Fakta Yakjuj dan Makjuj:

· Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering
· Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan 1,000 zuriat.
· Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah
· Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan dajal
· Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini, masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kemujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa apa. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kemujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kemujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa hinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98 manakala kebangkitan dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:
“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (Manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti ) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula Allah berfirman:
“ Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba tiba terbelahlah mata orang kafir. (Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr. Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembuk dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat.

“Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj, baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”



tazkirahs







CARA MEMILIH KATA LALUAN YANG SELAMAT



Tips Memilih Kata Laluan (Password) Yang Kuat dan Selamat

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi di internet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk bagaimana memiliki kata laluan yang kuat dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

1. Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti “ahmad1902”, “kucingcomel”. Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.

2. Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: “peanut” kepada P3@NU7 “, “isketambola” kepada “1$K3T@MB0L@”.

3. Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti “abcdefg” dan “123456”.

4. Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti “qwertyu” atau “asdfgh”.

5. Menggunakan sebanyak karakter yang mungkin, yang mengandungi huruf besar dan kecil, angka dan simbol seperti “d0Nu7_B3s@R”.

6. Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti “Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya” kepada “@45ymK5”.

Ikuti tips seterusnya bagaimana menjaga keselamatan kata laluan anda iaitu:

7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin.

8. Tidak mendedahkannya kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

9. Tidak menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

10. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

11. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!

Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips – tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.


SUMBER: FB PDRM

Khamis, Disember 26, 2013

BAHANA GADIS KOLEJ BERAKSI LUCAH



KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.

Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.

Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.

“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.

“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.

“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.

Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

SH


KUMPULAN REMAJA SERANG KERETA POLIS

KUANTAN - Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis  yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja terbabit bertindak mengganggu pengguna jalan apabila menyembur buih ke arah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perbuatan kumpulan terbabit, ada pemandu kenderaan terlibat menghubungi pihak polis untuk mengawal dan meleraikan kumpulan remaja itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebuah kereta peronda bersama dua anggota polis di kerah ke lokasi dan mendapati keadaan sesak dipenuhi orang ramai yang berkumpul di kawasan tersebut.

Menurutnya, kehadiran kereta peronda di kawasan itu gagal menyuraikan kumpulan terbabit sebaliknya mereka bertindak menahan dan menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kenderaan polis itu.

“Dua anggota polis dalam kenderaan itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meminta bantuan memandangkan keadaan agak tidak terkawal.

“Susulan kejadian, polis menahan tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan,"katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek bagaimanapun tiada rekod jenayah namun mereka terpaksa ditahan  reman selama empat hari bermula semalam  hingga Sabtu depan.

Mohd Haris berkata, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta peronda terbabit kemek di bahagian belakang sebelah kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan,” katanya.Utama

mobile
sinarharian

Rabu, Disember 25, 2013

KADAR TOL NAIK BESAR-BESARAN SELEPAS ANWAR DIPECAT BN

KUALA LUMPUR 24 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang memainkan peranan penting untuk membekukan kenaikan tol lebuh raya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan.
SimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Anwar pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk membekukan kenaikan tol sebanyak beberapa kali.
“Selepas beliau (Anwar) dipecat daripada kerajaan, kenaikan tol menjadi urusan setiap tahun, dan akhirnya membawa kepada kenaikan tol besar-besaran pada tahun 1999 hingga 2000,” kata Tze Tzin dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua perjanjian konsesi tol digubal dan diluluskan Unit Perancang Ekonomi di bawah kuasa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tze Tzin yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, Menteri Kerja Raya yang bertindak menandatangani perjanjian konsesi berkenaan sebagai wakil kepada kerajaan Malaysia.
“Peranan Menteri Kewangan adalah untuk mentadbir kontrak selepas ia ditandatangani. Tidak syak lagi Anwar adalah Menteri pada tahun 1991 hingga 1998 iaitu semasa kontrak itu dimeterai, tetapi beliau hanya mewakili dasar yang ditetapkan BN dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” katanya.
Tambah beliau, kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Anwar bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia membuktikan beliau (Tee Yong) mula mendapat suntikan ‘viagra politik’.
saya_suka_bayar_tolBagaimanapun semangat yang ditunjukkan pemimpin MCA itu bagaikan ‘tidak kena tempat’ apabila terpaksa menuding jari kepada Ketua Umum KEADILAN untuk menutup kegagalan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah.
Tze Tzin menggesa pimpinan baru MCA supaya bangkit menentang kenaikan tol dan mempertahankan rakyat Malaysia daripada berdepan tekanan itu dengan menyertai perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.
Katanya, MCA perlu mencontohi Pakatan Rakyat Selangor yang mengarahkan anak syarikatnya selaku pemegang saham untuk membantah kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.
“Kerajaan Selangor yang memiliki pegangan saham melalui anak syarikatnya bertindak tegas untuk menghentikan kenaikan tol di Kesas.
“Bagaimana pula dengan MCA? Apa yang telah mereka buat?
“Jika mereka gagal untuk bersuara demi kepentingan rakyat, ia hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa MCA tidak berkuasa dalam BN,” katanya. – Selangor Kini

KD




SET BERSALIN MURAH (NONA ROGUY, SALINDAH DAN SENDAYU TINGGI)

Selasa, Disember 24, 2013

IKAN BERKUMPUL DI TEPI PANTAI PETANDA TSUNAMI?

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013. Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka. Sesungguhnya Allah maha berkuasa.Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya. mobile

GAMBAR BANJIR DI RAWANG











RAWANG SELANGOR: Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.
"Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kejadian yang berlaku ketika orang ramai mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan lain.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

- BERNAMA



KEMENANGAN ZAHID DI BAGAN DATOH BAKAL DICABAR


Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula petisyen yang difailkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.

Panel lima orang hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Umi Kalthum Abdul Majid pada 15 Ogos lalu memutuskan bahawa petisyen oleh calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Peraturan itu menetapkan nama peguam bagi pihak yang memfailkan petisyen perlu dinyatakan dalam dokumen itu dan mahkamah tidak menerima sekiranya petisyen difailkan oleh firma-firma undang-undang.

Laporan sebelum ini menyebut, dua petisyen berkenaan mendakwa calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membeli undi dan membelanjakan lebih daripada jumlah yang dibenarkan secara sah untuk berkempen.

Petisyen itu menyatakan bahawa Ahmad Zahid membelanjakan sehingga RM2 juta, sedangkan had perbelanjaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ialah RM200,000 bagi kerusi Parlimen .

Petisyen tersebut disertakan dengan gambar-gambar dalam blog Ahmad Zahid, yang digambarkan beliau mengedarkan bantuan dalam kawasan Parlimennya sebagai bukti.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar petisyen pilihan raya Lubok Merbau. Kerusi ini dimenangi oleh BN Siti Salamah Mat Jusak, dengan kelebihan hanya 53 undi berbanding undi yang diperolehu cakib PAS Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan oleh BN bagi kerusi Lembah Pantai dan Batu yang dipegang oleh PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.


malaysiakini


Isnin, Disember 23, 2013

MELAYU LA SANGATTTT MAMAT NI

Ridhuan: Melayu sokong Pakatan jika tol naik
  
  
Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.
Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang.
“Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.
“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.
malaysiakini

Ahad, Disember 22, 2013

TERKINI: GAMBAR LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

Sawadikap.Letupan berlaku di hadapan balai polis pdg besar sadao (brhadapan dgn kompleks imigresen pdg besar)..penyerang telah meletupkan bom yg d letakkan dlm motosikal yg d letakkan d hadapan balai polis..tiada kemalangan jiwa d laporkan.., letupan juga brlaku d hadapan balai polis sadao..serangan kemungkinan d lakukan oleh pihak yg cuba mngambil kesempatan ketika pihak keselamatan menumpukan perhatian terhadap protes anti kerjaan pd hari ni..pdg besar dan sadao dijadikan sasaran kemungkinan kerana ia berada d luar kawsan dan tahap kawalan keselamatan yg tidak ketat..maklumat lanjut akan mnyusul..dari bikez lintas langsung dr Thailand.

LAWAK AHAD: EPISOD BANGANG



Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2.. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E..
Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. Memang sah dapat penampar..
Razak mengeluh,menyesal dgn sikapnya yg malas belajar.. Masa exam, semua dijawab
mengkhinzir buta..

Sampai di rumah, bapaknya menunggu di muka pintu.. Razak meneruskan langkah longlai dan
bersiap sedia menerima tamparan bapaknya...

Bapak: Hah Jak.. macamana dgn PMR kau?..

Razak: Err... 4C.. 3....

Bapak: 4C? habis tu A takde langsung?

Razak: Takde Pak...

Razak memejam mata sambil menunggu tamparan Lion King..

Tiba2 bapaknya menepuk2 bahu Razak..

Bapak: Alhamdullilah.. Syabas Jak..Syabas...

Razak: Hah? Bapak perli Jak ke?

Bapak: Tak Jak. Bapak tak perli Jak..Jak mempunyai masa depan yang cerah Jak..

Razak semakin pening.. Bapaknya sekarang bukan bapaknya yang dulu..
Dulu ditendang sekarang Jak disayang.. Aisshh.. Bapakku terminum air ketum ke ni? Fikir Razak..

Razak: Kenapa bapak cakap macam tu?

Bapak: Kau berpotensi jadi MENTERI Jak..

Razak: Maksud bapak..?

Bapak: Yelah.. kan MENTERI2 semua jawab tak "pakai otak" samala macam kau Jak...

Razak: Errrrrrr..""




Sabtu, Disember 21, 2013

GEMPAQ!!! LIDAH BIAWAK TERBESAR DI DUNIA DITEMUI DI MALAYSIA




EDISI KANTOI MENIPU OLEH KERAJAAN UMNO/BN ISU TOL NAIK TAHUN HADAPAN ... BULAN FEBRUARI 2013 KATA KERAJAAN UNTUNG BERPULUH2 JUTA TAK PERLU NAIKKAN TOL .. BULAN DISEMBER CAKAP JIKA TIDAK DINAIKKAN TOL KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN RM400 JUTA!!!!

21 Feb 2013 - Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata "Penstrukturan semula tol lebuh raya menguntungkan pengguna dan kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya...

Ulang sekali lagi TOL TIDAK DINAIKKAN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU BAYAR PAMPASAN... TETAPI

14 Dis 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula berkata Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun atau paling tepatnya 10 bulan boleh flip flop dan berbelit lidah nak menipu rakyat.

Biawak pun tidak bercabang belit macam lidah para pemimpin UMNO.

Lidah biawak sudah kira tidak sesuai dan obselete kini untuk diguna pakai bagi mengambarkan seorang yang suka cakap berbelit-belit menipu .. Ayat yang sesuai kini dan selamanya ialah ' LIDAH UMNO.

UMNO DENGAN BOHONG BERPISAH TIADA ... UMPAMA KENTUT DGN TAIK!!!


SUMBER


Jumaat, Disember 20, 2013

15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. bersabda;
"Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana di takuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah di minum merata tempat
12. Kaum sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak di mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain."

H.R. Tirmizi

Petikan dari buku '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman' susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Nota : Semua perkara yang disebutkan memang nyata berlaku dalam masyarakat sekarang. Apakah tindakan kita?
Berpeluk tubuh dan hanya menunggu?
Tambahkan ibadat dan berdoa, tapi tidak melakukan amar makruf nahi mungkar?
Menjerit marah dan geram menyalahkan orang lain, tapi diri sendiri tidak langsung melangkah memperbaiki diri?


suarapesanan


Khamis, Disember 19, 2013

KELUARGA CERIA TAPI DERITA MEREKA KITA TAK TAHU



Keluarga ceria... Tapi derita mereka kita tak tahu...

Anak-anak kecil seramai 5 orang termasuk yang baru berusia 3 bulan ini baru sahaja kehilangan ibu mereka sabtu lalu akibat jangkitan kuman pada otak.. dan yang lagi menyedihkan mereka kehilangan segala harta benda akibat banjir teruk di kemaman...

Gambar ini diambil dirumah ibu tiri bapa mereka... tempat sementara mereka berteduh...
Apakata rakan semua kalau kita mula kumpulkan pakaian terpakai untuk anak-anak ini... mereka berumur 7, 5, 3, 2 dan yang paling kecil 3 bulan...

Dan mungkin pampers, barang kelengkapan bayi dan barangan sesuai untuk anak -anak kecil ini boleh kita sertakan sekali...

Ya Allah..cuba bayangkan kita di tempat mereka....ayuh..bantulah mereka...

------------------------------------------------------------------------------

Baju baby memang diperlukan sangat, dan baju untuk abang dan kakaknya juga kami terima...
Akaun bank beliau ialah 1630 2872 5934 maybank
Acc CIMB : 1304 0004 8022 01
( MOHD NAKHAIE BIN MOHD NAFIAH ). .

mohd nakhaie bin mohd hanafiah
1520 pusat pengajian taman islam
24000 chukai
017-9427456

sumber


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

KERETA SIAPA NI?

APA AKAN JADI KALAU SEMUA PAKAT BAYAR TOL GUNA WANG RM100 ?


Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Bayar Tol Guna Wang RM100?

Untuk orang2 macam aku, yang pegi perhimpunan Bersih dan kena kejar dengan polis, kena tembak dengan tear gas, sebelum kitorang berhimpun, aku rasa semua yang kat situ tau benda tu illegal. Aku tau perhimpunan Bersih tu salah, tapi aku kena join. Sebab seronok sebenarnya berhimpun ramai2 ni. Kalau kau tak pernah pegi, kau kena try. Kalau kau nak rasa Malaysia yang sebenarnya macam mana punya harmoni, kau kena join perhimpunan2 macam ni. Benda paling seronok sekali...the feelings of solidarity. Tiap2 orang kat situ kau tau, dia tak suka Barisan Nasional dan ada la sekerat dua macai berlagak spy.

Walau bagaimanapun, aku paham ramai orang yang takut nak pegi Perhimpunan macam ni sebab dalam undang2 dah diwartakan, benda tu lawan undang2 (yang diragui kesalahan dia sebenarnya) dan ramai jugak yang takut kena tindakan disiplin yang macam2 boleh dikenakan.

Tapi dengar sini, pemimpin zaman sekarang ni, kau kena paham mentaliti diorang. Selagi diorang boleh perah, diorang akan perah...selagi boleh tekan, diorang akan tekan. Islam ni agama aje, cara kerja ikut British. Sebab itu hari2 kita boleh dengar statement bodoh yang dikeluarkan oleh so called pemimpin yang membuatkan diorang rasa kita ni IQ level chimpanzee aje rasanya..Semalam, sorang keluar statement, tak suka bayar tol.....guna jalan lain. Kebetulan pulak apa aku tulis semalam ada kaitan dengan benda tu.

Kau nak ikut jalan lain?

Persoalan aku kepada kerajaan, kenapa jalan lain yang disediakan oleh kerajaan seolah2 direka hanya untuk orang give up dan lalu aje tol? Jalan lain tu macam marketing kepada lebuhraya. Lubang merata. Dah la kena lalu taman perumahan. Bersimpang siur. Pusing situ, pusing sini.....dulu, ada lebuhraya dari KL melalui Cheras, lalu Kajang, masuk Bangi dan kau boleh sampai Seremban dari situ. Semua tu free dan jalan dia walaupun tak mewah tapi cukup dan jalan dia lurus aje.

Sekarang ni, berapa tol perlu lalu? Dulu 3. Sekarang ni 2 lepas Najib bagi hadiah "pemansuhan tol." Diorang tengah dalam perancangan kemungkinan nak tambah lagi satu highway baru dan last sekali aku cek, penduduk kat situ tengah membantah habis2 an projek tu. Diorang nanti takleh lari mana sebab jalan tu direka supaya jalan bertol adalah satu2 nya exit yang convenient untuk diorang...padahal selama ni, ok aje diorang lalu hari2 secara percuma.

Itu adalah sebab kenapa orang macam aku marah benar dengan Kerajaan...

Macam ni lah, aku tau kau marah dengan benda2 camni. Marah dengan treatment bodoh kerajaan ke atas kita. Perjanjian lebuhraaya adalah bukti kegagalan kerajaan kita ni. Orang Cheras sendiri pun tau macam mana strugglenya penduduk situ lawan tol. Daripada kes penduduk ramai2 pegi pecahkan tol yang dibina dalam tahun 90an sehingga kes penduduk Mahkota Cheras kena belasah samseng sebab syarikat lebuhraya nak paksa orang bayar tol dengan tutup jalan2 yang sedia ada.

Mana2 kau boleh nampak kisah sama ; Jalan tu dah wujud selama ni, jalan elok tapi mungkin sesak sikit. Kemudian kononnya nak meleraikan trafik, kerajaan benarkan pembinaan highway dan kutipan tol. Akibat daripada pembinaan highway ni, jalan tu pun diubah alirannya supaya jalan lama ni dah jadi susah nak lalu dan jalan bertol ni adalah yang paling convenient. Nak cepat nak mudah, guna tol. Jalan yang lama ni pun ditutup beberapa simpangnya dan membuatkan jalan alternatif ni jadi satu perjalanan yang memakan masa lebih lama....pusing sini pusing situ masuk sini masuk situ lalu rumah orang lalu taman.

Kemudian announce perjanjian kutipan tol akan diteruskan sehingga berpuluh2 tahun. Come on la.
Ini ke kerajaan yang bagus yang mesra rakyat?

....................
Dari dulu lagi aku hanya nampak satu jalan macam mana kita nak lawan tol2 yang makin lama makin laju dan banyak tumbuh dekat Malaysia berbanding perumahan murah untuk orang ramai. Tapi, cara yang aku cadangkan, memerlukan pengorbanan sikit daripada pihak kau semua. Bagaimanapun, kalau kita semua buat benda ni serentak....benda ni pasti akan tutup semua benda yang kau mungkin terpaksa jawab kemudian hari.

Kita pilih beberapa hari, takyah berterusan pun tak apa dalam sebulan. Kita jadikan hari tu hari bayar tol guna duit paling besar kau ada. Organizer tolong pastikan benda ni random dan surprise. Kau ada RM100? Bayar tol RM1 pakai RM100. Kau ada duit RM50? Bayar tol 90 sen pakai RM50.

Jadi, di sinilah pentingnya kerjasama kita semua. Penjaga tol perlu sedar, kami bukannya nak menyusahkan kerja tuan2 dan puan2 sekalian. Kami just nak tengok, apa jadi kalau plaza tol dah tak ada lagi duit tukar nak pulangkan wang baki dekat pemandu.

Apa akan jadi?

Kau pernah fikir tak apa jadi? Apa jadi kalau plaza tol kehabisan duit tukar nak dibagi dekat pemandu?Kau takkan boleh disuruh patah balik bro....

....................

Beberapa masalah mungkin timbul contohnya, kau akan terlambat sampai ke kerja tapi, kalau kita semua buat benda ni serentak, management office akan terpaksa terima hakikat yang traffic sangat slow sebab plaza tol nak kena carik duit nak pulangkan baki wang, sebab diorang pun akan sangkut sekali kecuali dia datang ofis naik helikopter. Kalau semua dalam ofis guna alasan yang sama sampai lambat, apa lagi management kau nak buat? Even kalau kau upper management pun aku harap kau join sekali. Yang penting, pekerja plaza tol jangan emo dan kita semua pemandu pun jangan emo dengan diorang.

Apa yang seronoknya di sini adalah, kalau kita semua dah tetapkan date dan time kita nak buat benda ni, tengah beratur panjang2 ramai2 ni, sementara syarikat tol menggelabah cari duit baki, kita turun kereta, buat pesta makan2. Hahaha.

Kau cuba bayangkan, berapa ringgit diorang kena prepare kalau tiap2 orang bayar pakai duit RM50 minima? Kita sangat ramai bang. Yang terbaik sebenarnya, syarikat tol tak boleh nak salahkan kita apa2 sebab kita masih lagi membayar tol dan tidak ada apa2 undang2 yang dilanggar, malahan, kalau diorang tak return balik duit kita, diorang yang langgar undang2. Apa yang kita buat adalah legal dan dia tak boleh tolak duit yang kita bagi tak kiralah berapa besar pun.

Adakah kita akan menyusahkan gadis penjaga tol? Bukan tanggungjawab dia sediakan duit tukar dekat pemandu, dia tukang kira dan beri aje....lama sangat tunggu, ajak ajelah dia borak2 dengan kita. Kalau kau selalu lalu LEKAS, kat situ ramai gadis hot kerja plaza tol.

Cuma, risiko dia kat sini adalah kalau benda ni berterusan, apa yang syarikat2 lebuhraya dan kerajaan boleh buat adalah diorang tutup semua lorong tol tunai dan gantikan dengan Smart Tag dan Touch n Go sahaja. Jika terjadi sedemikian rupa, pada waktu itu, kalau kau belum sedar, itu adalah tanda paling jelas kenapa kerajaan perlu ditukar dan Barisan Nasional perlu dijatuhkan. Kalau diorang punya deluded tahap maksima, aku rasa undang2 menghalang rakyat biasa guna lebuhraya pun boleh diperkenalkan...ini Malaysia, the land of endless possibilities.

Kalau kau takut nak join Bersih tapi dalam hati kau ada rasa nak menunjukkan perasaan tak puas hati kau kepada kerajaan secara terbuka dan kau benci tol, ini adalah cara yang paling sesuai. Kita namakan Festival ini "Hari Malaysia Membantah Tol ."Siapa nak jadi organizer? Slogan yang kita akan pakai? Nanti2 ada la tu.

........................

Aku tak tau cara lain macam mana nak bantah tol secara aman. Kita boleh buat piket tapi benda tu takkan beri kesan besar kat diorang ni. Itu aje la cara yang dari dulu aku nampak dan punyalah lama aku nak tulis, tapi sebab semalam lepas ada suggestion macai suruh "kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa.." aku fikir dah tiba masanya kita kena carik jalan lain. Dia suruh kita guna jalan alternatif, dah sampai masanya kita ganti diorang dengan kerajaan alternatif.

Semua benda yang memerlukan perubahan, rakyat yang kena ubah. Ada menteri buat pengurangan elaun? Gaji? Imbuhan? Faedah? Balik2 yang kena ubah cara hidup, rakyat....dah la. Aku nak ubah kerajaan. Aku tak nak lagi dengar kerajaan suruh aku ubah apa2.

ps - ada juga ura-ura motorsikal pun nak dikenakan tol. Menarik tu potensi lepak2 tepi jalan ramai2 hisap rokok sambil tunggu duit baki tol.


cursingmalay




LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive