Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 11, 2013

Murid lima tahun antara yang ditahan pecah masuk sekolah

Tiga pelajar sekolah menengah ditahan atas kesalahan memecah masuk sekolah mereka di Ledang malam Rabu lepas.
    
Mereka dilapor mengambil telefon bimbit, rantai leher serta beberapa barangan lain yang dirampas guru disiplin daripada mereka sebelum ini.
    
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris berkata perbuatan mereka itu turut disertai seorang murid tahun lima sebuah sekolah di Serom.
    
"Polis menahan salah seorang daripada mereka yang berusia 15 tahun di sekolah berkenaan kira-kira pukul 9.10 pagi semalam dan hasil soal siasat ke atasnya, polis menahan pula tiga lagi rakannya termasuk murid tersebut," katanya. 
    
Beliau berkata polis juga menemui video cakera padat berjudul 'Jiwa Kacau' daripada mereka yang kini ditahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 
    
- Bernama

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive