Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 22, 2013

PERANAN TENTERA MAYA


Jangan remeh gerak kerja di medan maya

Oleh Zulkifli Yahaya

UNTUK PRU13 kali ini jarak dari tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari mengundi adalah sebulan. Waktu berkempen selepas hari penamaan calon juga agak panjang daripada biasa iaitu selama dua minggu.

Dalam amalan demokrasi berat sebelah di Malaysia, pihak pembangkang memang memerlukan masa berkempen yang lebih selesa untuk mempastikan maklumat sampai kepada rakyat di akar umbi.
Pakatan Rakyat hanya ditawarkan 10 minit dalam masa lima tahun untuk menyampaikan bahan kempen yang telah ditapis sedangkan BN ditawarkan masa berkempen sebanyak 365 hari setahun dalam semua media utama, termasuk RTM yang menjadi milik rakyat.

Memang sejak 9 Mac 2008, BN telah berkempen menggunakan semua saluran media utama selama lima tahun dan belum terhenti hingga setakat ini. Ramai penganalisis menjangkakan apabila BN menggunakan semua media tersebut untuk mengasak kempen berat sebelah selama dua minggu (agak lama) selepas hari penamaan, maka rakyat akan naik muak. Jadi dua minggu masa rasmi untuk berkempen akan bawa padah pada BN. Sementelahan, BN juga sudah terlalu lama berkempen menggunakan media utama, rakyat sudah lali dan tidak dapat membezakan lagi antara perkara kecil dan besar apabila pihak BN yang membuka mulut, bersuara.

Selama ini pun sebahagian besar rakyat sudah hilang keyakinan terhadap media utama yang diperalatkan BN sebaliknya menjadikan media baru sebagai sumber maklumat. Maka tempoh berkempen dua minggu ini akan lebih 'membantu' merosakkan imej BN dari membawa kebaikan kepada mereka.

Jika sebelum ini, hasil perancangan Dato' Seri Najib Razak, media maya berjaya dikuasai oleh aktivis maya mereka yang diupah namun selepas Parlimen dibubarkan nampaknya senarionya berubah sama sekali. Para pahlawan maya Pakatan Rakyat yang tidak berbayar kini kembali menguasai medan maya.

Saya mengikuti perkembangan media maya mutakhir ini, khususnya laman sosial dan mendapati sebahagian besar isu yang disensasikan oleh BN terjawab dengan baik. Aktivis maya Pakatan nampaknya berperanan dengan lebih berkesan apabila mengemukakan hujah berdasarkan fakta. Peranan mereka sangat penting untuk berkempen terhadap tidak kurang 40 peratus rakyat Malaysia yang mengakses alam maya. Kumpulan 40 peratus ini majoritinya adalah kelas menengah dan terpelajar mampu mempengaruhi sasaran di luar yang lebih besar. Lagi kelebihan berkempen di medan maya ialah modalnya kecil, penggunaannya mudah tapi kesannya besar.

Satu himpunan ceramah di padang awam dengan segala persiapan melibatkan kudrat dan wang dihadiri oleh ratusan orang namun dengan hanya satu petikan kekunci komputer, ribuan orang membacanya. Secara umum bahan kempen Pakatan tampak lebih efisien dalam mempengaruhi khalayak, 'clip arts' yang menarik, berfakta, hujah yang ringkas tetapi padat dengan mesej. Ia sesuai dengan majoriti rakyat Malaysia kuat deria ingin tahu tetapi agak 'malas membaca'.

Di pihak pejuang maya BN, secara umum mereka ternyata gagal dalam penyampaian mesej. Mereka terikat dengan gaya penulisan tokoh maya BN iaitu Papagomo yang menggunakan kaedah memaki hamun, menyindir, menghina, memfitnah, kesat dan lucah.

Boleh dikatakan sebahagian besar tapak maya pro BN sama ada web, blog, Facebook atau Twitter, medan maya BN tidak dikuasai oleh golongan terpelajar. Semua orang kenal siapa Papagomo dan rakanrakannya.

Dalam taklimat untuk aktivis maya PAS di taman Melewar dua tahun lalu, saya pernah menghuraikan perbezaan antara kerja mempengaruhi khalayak dengan kerja melepas geram.

Sejak zaman Rasulullah s.a.w. kerja berdakwah, menyampaikan maklumat atau mengubah pegangan salah sasaran mestilah dilakukan dengan penuh kesabaran dan hikmah.

Di medan sosial terdapat kumpulan penyokong tegar BN dan penyokong tegar Pakatan.

Ramai yang gemar untuk lawan memaki hamun dengan kumpulan ini. Ia membuang masa, di samping merosakkan misi menyampaikan mesej. Kerja yang patut ditumpukan ialah mempengaruhi golongan yang berfikir secara rasional. Mereka adalah golongan yang benarbenar mencari maklumat sebagai asas untuk membuat keputusan dalam PRU nanti. Masa yang berbaki sebelum pengundian sangatlah penting. Semakin hari golongan yang memutuskan membuat keputusan mengundi siapa akan semakin mengecil.

Maka kerja menyebarkan maklumat sebanyaknya sangatlah penting.

Dalam pertempuran politik pilihan raya yang kemenangan ditentukan dengan angka, tiada beza antara mengajak orang menyokong kita dengan mempengaruhi orang agar menolak pihak lawan. Keduaduanya akan menjarak atau merapatkan jurang. Dalam banyak situasi, lebih mudah mengajak orang untuk menolak daripada menarik. Dalam dunia maya perkara tersebut sangat mudah untuk dibuat dan ia berkesan.

Jangan remehkan kempen di alam maya. Arab Spring meledak di Timur Tengah sehingga menjatuhkan beberapa kerajaan adalah digerakkan oleh kumpulan manusia tanpa pemimpin. Mereka membakar kebangkitan rakyat hanya di hadapan skrin komputer.

Kumpulan ini mesti terus bertapa di hadapan komputer sehingga hari terakhir, jangan tinggalkan medan maya seperti tentera pemanah di Bukit Uhud, sekalipun banyak kerja lain perlu dibuat dalam PRU. Medan maya sangat penting.

DD




NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

3 ulasan:

  1. Wahai rakyat Malaysia berikanlah peluang kepada PR memerintah selama lima tahun.Lepas itu kita lihat hasilnya.Kalau PR tak tunai janji-janjinya kita ubah semula.Jangan ingat UMNO sahaja yang pandai memerintah negara. Kini PAS mampu menjaga kepetingan Islam dan Melayu dan mungkin lebih baik dari UMNO.

    BalasPadam
  2. adakah anda banga menjadi seorang Islam, jika ia penuhilah tuntutannya,
    kebaikan anda memenunhi rahmat sehingga kepada roh ibu bapa mu jua.
    ini kalilah......takbir..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive