Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 14, 2013

SKMM siasat kenyataan Azmin isu Projek IC



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat Azmin Ali berhubung kenyataannya di laman Youtube mengenai Projek IC yang didakwanya membabitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pegawai SKMM menyiasat Azmin selama hampir empat jam hari ini mengikut Seksyen Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kenyataan yang dimuatkan di laman video bertajuk "Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)".

Akta tersebut memperuntukkan mengenai seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan.

SKMM mengajukan lebih 50 soalan dalam siasatan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya yang bermula jam 2 petang ini, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Azmin berkata komen pertama dalam laman itu "mempunyai persamaan" dengan kenyataan medianya yang dimuatnaik dalam laman blognya pada 18 Januari lalu.

"Siasatan dijalankan untuk melihat adakah benar bahawa kandungan komen dalam Youtube itu dimuat oleh saya. Ini satu dakwaan jahat dan cuba mengalih pandangan daripada isu sebenar," katanya.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata keterangan beliau dirakam oleh Penolong Pengarah Penerangan Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM Mohd Iqbal Mat Zain.

Katanya, beliau dimaklumkan terdapat dua aduan dibuat ke atasnya berhubung perkara itu, yang dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri dan juga oleh orang awam.

"Tetapi pegawai itu tidak mahu memaklumnkan pihak (yang dimaksudkan)," katanya yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

Azmin memaklumkan, pada mulanya beliau ditemani peguam CV Prabakaran, tetapi tidak dibenarkan berada bersamanya sewaktu keterangan diambil.

Dalam kenyataan yang disiasat itu, Azmin antara lainnya mendesak agar Mahathir disiasat memandangkan bukti yang didedahkan dalam prosiding RCI Sabah mengaitkan negarawan itu dengan Projek IC.

Video berkenaan pula antara lainnya memaparkan individu didakwa polis memberi kad pengenalan kepada sekumpulan yang didakwa warga Bangladesh.

Umno pada akhir bulan lalu menafikan terlibat dalam projek yang ditunjukkan dalam video tersebut.

MK

1 ulasan:

  1. Bila melibatkn PR mcm lipas kudung barua2 ni bertindak...bila tang BN plak, barua2 ni jadi tunggul buruk...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive