Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 19, 2012

Piala FA: Kelantan, Sime Darby sasar 'cipta sejarah'


SETELAH kecewa dalam dua aksi final Piala FA sebelum ini, Kelantan tidak mahu episod duka itu berulang dan tekad untuk menjulang piala itu buat kali pertama apabila menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, pasukan itu tidak akan memandang mudah cabaran wakil kelab Lembah Klang itu yang melakukan banyak kejutan dalam laluan mereka ke pentas final.

"Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam saingan Piala FA musim ini, jadi saya harap pemain Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik mereka kerana kita tidak mahu kecewa buat kali ketiga," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur, semalam.

Skuad 'The Red Warriors' tumpas 1-4 menerusi sepakan penalti kepada Selangor pada 2009 selepas terikat 1-1 dalam masa penuh permainan serta kalah 1-2 kepada Terengganu pada musim lepas.

Mohd Badhri yang dikenali dengan nama jolokan 'Piya' di kalangan rakan sepasukan, turut mengakui tekanan yang diberikan oleh peminat setia 'The Red Warriors' untuk menjulang Piala FA buat kali pertama itu, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan pemain skuad tersebut.

"Cuma apa yang saya harapkan, setiap pemain perlu memberikan sepenuh fokus dalam perlawanan esok selain tidak memandang mudah keupayaan lawan.

"Saya turut meminta Norshahrul (Idlan Talaha) dan Indra Putra (Mahayuddin) menjaringkan gol awal untuk membakar semangat pemain pada perlawanan esok (hari ini)," katanya.

Kapten pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir pula berkata, semua pemain pasukan tersebut sangat teruja untuk meraih kemenangan bagi mencipta sejarah sebagai pasukan berstatus kelab pertama muncul juara piala tersebut.

"Pihak pengurusan turut menjanjikan habuan kepada pemain sekiranya menang... ini merupakan tonik tambahan kepada kami untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.

Skuad tersebut mencipta kejutan dengan menjadi kelab pertama yang melayakkan diri ke final Piala FA termasuk menumbangkan juara bertahan, Terengganu pada saingan separuh akhir. - Bernama

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive