Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 14, 2012

Skandal lembu kondo NFC lebih besar belanjanya daripada belanja sekolah Tamil seluruh negara



BATU GAJAH, 11 FEB: Skandal “lembu kondo” NFC yang melibatkan penyalahgunaan wang rakyat lebih RM250 juta adalah lebih besar jumlahnya dariapda peruntukan kerajaan kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata, perbelanjaan RM200 juta yang diberikan untuk 523 sekolah Tamil yang merangkumi 100,000 pelajar sejak dua tahun lalu bukanlah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan skandal NFC.

“Jumlah RM200 juta bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah dibelanjakan untuk beberapa tahun bukanlah satu jumlah yang besar dan boleh dibanggakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sedangkan, menurutnya, keluarga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah membelanjakan wang sebanyak RM250 juta di bawah NFC secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka sekeluarga sahaja.

“Wang rakyat telah disalahgunakan…untuk ‘membela lembu di kondo’. Kerajaan ini sanggup mengalami kerugian RM250 juta yang telah disalahgunakan oleh (keluarga) Ketua Wanita UMNO tetapi tidak berminat untuk membantu sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang buruk,” tambah beliau.

Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata, keadaan yang tidak adil itu membuktikan bahawa pemberian wang untuk beberapa sekolah Tamil baru-baru ini hanyalah satu gimik politik UMNO-BN untuk mendapat sokongan kaum India dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya mencabar Menteri Pelajaran untuk memberitahu kepada rakyat jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 secara berasingan,” katanya.

Menurutnya, jika kerajaan BN berani telus dan terbuka, rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana kejujuran mereka mahu membantu rakyat secara adil tanpa mengira kaum. – Roketkini.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive