Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 27, 2011

AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo


AMK hari ini meminta Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjelaskan kaitan mereka dengan beberapa laman blog yang didakwa telah menghina ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan berhubung video lucah.
Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertubuhan berkenaan diminta berbuat demikian memandangkan timbulnya kecurigaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan blog tersebut.
Rozan Azen berkata, kecurigaan itu timbul memandangkan blog papagomo.com itu turut memuatkan pautan ke laman Umno Online dan juga PERKASA.
"Isu sekarang ini adalah untuk kenalpasti penulis blog ini. Kalau (Umno dan PERKASA) ada maklumat berkaitan, minta mereka kerjasama," katanya.
"Oleh kerana itu kita desak pihak berkenaan nafikan pembabitan mereka dengan penulis blog ini.
"Kalau terus berdiam diri, AMK anggap mereka bersubahat dengan jenayah siber ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas memberi satu keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pagi ini.
Beliau memberi keterangan selama kira-kira sejam hari ini susulan aduannya terhadap penulis blog papagomo.com yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet.
"Dalam keterangan saya, saya beritahu bahawa kali terakhir saya melawat laman papagomo ialah pada pagi tadi.
"Saya dapati papagomo masih teruskan siar video itu dan terus memburukkan Datuk Seri Anwar.
"Contohnya ditulis dalam laman itu 'boleh download video porno Anwar Ibrahim di papagomo'," katanya.
Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.
Selain laman papagomo.com, laporan itu turut menamakan laman pisau.net dan juga gerakanantipkr.blogspot.com sebagai pihak yang perlu disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.
Dalam laporan itu juga, AMK turut menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama 'thepowercam' – individu yang memuatkan video pendek berkenaan di laman tersebut.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive