Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 22, 2011

Lelaki misteri, Datuk T yang kebal?


Kerja polis tangkap penjenayah. Memiliki video lucah tidak jenayah? tapi menjadi kesalahan. Persoalan yang hendak saya ketengahkan pagi ini, apakah tidak menjadi kesalahan apabila ada orang menayangkan video lucah didalam bilik hotel.

Seperti juga pengedaran dadah, apakah polis tidak perlu menangkap penjual dadah yang lalu didepan mata kerana tidak ada orang yang membuat laporan polis. Apakah semua kesalahan yang dilakukan oleh manusia mestilah ada orang membuat laporan polis baru pihak polis akan membuat penyiasatan dan tangkapan. Sekiranya ada orang melakukan jenayah tapi tidak ada sesiapa yang secara sukarela membuat laporan polis maka polis tidak perlu bertindak, begitukah?

Tapi polis cepat bertindak apabila didapati kereta dipandu laju melebihi had laju, cepat-cepat polis bertindak saman ekor dan apabila ada pemandu dan pemilik kenderaan tersebut tak dapat bayar saman maka kereta tersebut disenarai hitam, sedangkan pemilik kereta tersebut tidak cukup wang untuk membayar saman, nak makan anak bini pun terpaksa 'bertengat' tapi dijadikan satu kesalahan bersifat 'zalim'.

Diatas adalah perbandingan tindakan cekap pihak berkuasa termasuk polis dalam melaksanakan undang-undang. Apabila kesalahan yang melibatkan pihak kerajaan BN dapat mengumpul wang ringgit maka tak payah ada laporan polis senang saja pihak polis bertindak tapi apabila gempar seluruh negara terdapat tayangan video lucah pihak polis seperti kaku untuk bertindak, apakah kerana kesalahan itu tidak mendatangkan hasil berupa wang ringgit maka tindakan pantas polis tidak dilaksanakan. Apa menjadah ni?

Yang jelas apa yang berlaku sekarang ini ada agenda terpilih bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Contohnya apabila rakyat yang menyokong parti pembangkang mengadakan tunjuk perasaan walaupun 10 orang mereka itu dihalang dengan menghantar pasukan FRU dan sekiranya ingkar bersurai mereka itu akan ditangkap dan didakwa tapi apabila ada kumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan DNA tidak ada apa-apa yang dibuat oleh pihak berkuasa. Apa jenis kerja ni?.

Betul seperti komen yang dihantar kepada saya pagi ini oleh peminat sebuah blog adalah lebih elok seluruh pawagam di malaysia boleh menayang filem 'blue Film' (video lucah) sepertimana yang ditayangkan di Corcosa Negara kerana tayangan vidoe lucah boleh jemput orang ramai menonton dan tidak ada tangkapan dibuat. Dan boleh dihebohkan untuk pengetahuan seluruh rakyat malaysia dan dunia melalui media masa dan media cetak termasuk TV dan Blogger yang pro BN.

KETELUSAN, perkataan yang sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. DEMOKRASI juga sering didengar yang keluar dari mulut pemimpin. Masihkan ujud KETELUSAN dan DEMOKRASI sepenuhnya di MALAYSIA hari ini terhadap seluruh rakyat atau KETELUSAN dan DEMOKRASI hanya dilaksanakan kepada mereka yang terpilih sahaja?.

Undang-undang ada tapi ujudkan KEADILAN dalam undang-undang negara kita?.

Dipetik daripada blog Mohd Soberi Shafii

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive