Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 18, 2011

Kedah akan ikut Kelantan atau Terengganu?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Genap tiga tahun Pakatan Rakyat yang didominasi PAS memerintah Kedah. Kerajaan negeri sedang mengadakan Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera, bukan untuk meraikan ulangtahun kemenangan tetapi untuk menyerlahkan lagi misi dan visi pentadbiran negeri berkebajikan kepada rakyat negeri ini.

Di kala demokrasi Malaysia masih primitif di mana media penerangan Pusat menggelapkan berita kerajaan negeri, maka program seumpama ini perlu sebagai platform untuk memberitahu rakyat apa kerajaan negeri telah lakukan untuk kesejahteraan rakyat.



Menteri Besar dalam ucapan perasmian sambutan tersebut menjelaskan, antara manfaat visi Kedah Sejahtera yang diperkenal dan dilaksanakan sejak tiga tahun lalu ialah, pegawai serta kakitangan Negeri Kedah kini bebas dari ketakutan.

Dahulu mereka wajib menyokong parti yang menjadi anutan kerajaan yang memerintah, namun hal seperti itu tidak lagi berlaku kini.

“Dasar kita ialah siapa sahaja berhak memilih parti yang mereka suka dan kita tak pernah pecat pegawai kerana politik.

“Kita beri jawatan kepada pegawai berdasarkan kelayakannya bukan kerana dia cenderung kepada kita (parti politik),” tegasnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan pimpinannya mendokong dasar demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan meminta Kerajaan Pusat juga turut menghormati dasar tersebut.

Beliau bersyukur kerana sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan pimpinannya pelbagai kejayaan telah dicatatkan. Antaranya ialah pertambahan hasil negeri, pertambahan pelabur dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum yang semakin baik.

Apa yang dicakapkan oleh Menteri Besar bukan ‘cakap politik’. Ia senario yang benar-benar berlaku di Kedah. Semua tahu di Kedah, tidak pernah wujud masalah antara pegawai kerajaan dengan pentadbiran tertinggi negeri. Tiada masalah juga dengan pihak istana. Semuanya berjalan baik.

Walaupun hubungan politik antara Pusat dan Negeri tidak sehaluan tetapi hubungan antara jabatan Pusat dan negeri tiada masalah di Kedah. Pegawai-pegawai Pusat adalah pihak yang sentiasa diraikan oleh kerajaan negeri dalam apa sahaja program anjuran negeri. Kerana hubungan di atasnya baik maka hubungan rakyat bawahan juga tiada masalah.

Tiada isu mengunci dan merantai balai raya atau premis kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak pembangkang. Jika orang PAS mahu bertindak rakus seperti itu, maka premis pertama yang dirantai ialah Pusat Khidmat Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang selepas tiga tahun PR memerintah, dia masih menumpang di atas pejabat penghulu Mukim Mergong.

Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hairan bagaimana seorang pengerusi JKKK (Pusat) dan pengerusi Majlis Ketua Kampung, MKK (Negeri) boleh datang satu kereta ke pejabat JKM untuk menguruskan bantuan terhadap mangsa banjir. Hal seperti itu mungkin pelik sewaktu PAS mentadbir Terengganu selepas mendapat mandat 1999 dahulu.

Timbul persoalan sekarang, jika pilihanraya umum diadakan apakah PR yang didominasi PAS akan terus berkuasa di Kedah? Kedah akan jadi macam Kelantan yang berkuasa lima penggal berturut-turut atau sekadar jadi Terengganu yang hanya berkuasa satu penggal?

Persoalan itu sukar untuk dijawab kerana tiada siapa yang dapat meneka isi hati seluruh rakyat Kedah yang akan membuat keputusan, melainkan apa seluruh peti undi PRU dibuka. Tetapi kajiselidik yang dibuat sebuah badan penyelidik bebas akhir tahun lalu menunjukkan majoriti rakyat mahu kerajaan PR kekal di Kedah.

Anehnya dalam kajiselidik itu ialah sokongan pengundi Cina berpihak kepada BN, manakala sokongan pengundi Melayu berpihak kepada PAS. Ia berbeza dari trend sokongan yang ditunjukkan oleh para pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang berlangsung di seluruh negara.

Kedah pernah berbeza dengan arus perdana sokongan politik negara. Sewaktu semua negeri di Malaysia mengalami kemerosotan undi pembangkang pada PRU 1994 berbanding 1990, Kedah muncul satu-satunya negeri di mana undi perolehan pembangkang bertambah. Begitu juga undi perolehan pembangkang merosot pada PRU 1990 berbanding PRU 1986 di Kedah, sedangkan sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia mendapat pertambahan undi akibat tahalluf dengan Semangat 46.

Kemerosotan undi Cina mudah difahami kerana waktu itu isu kuota perumahan 50-50 dieksploit habis-habisan oleh Gerakan dan MCA. Namun kini selepas beberapa bulan berlalu, isu nasional bagi masyarakat Cina telah berjaya memulihkan sokongan pengundi Cina terhadap PAS di Kedah.

Bagaimanapun dalam dunia serba pantas hari ini, kajian kecenderungan politik tidak lagi berkala dalam tempoh yang lama. Ia boleh berubah hanya dalam satu atau dua isu. Golongan atas pagar makin bertambah. Orang muda umumnya tidak cenderung untuk berpihak. Ruang meraih sokongan masih terbuka luas untuk semua.

Sama ada Kedah akan ikut jejak Kelantan atau Terengganu bergantung kepada kejayaan PR mengikat kecenderungan majoriti rakyat sehingga ke peti undi. Dan penentu mutlaknya ialah Allah SWT.

http://warta-utara.blogspot.com/



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/3/11 8:16 PG

    hang salah buat selidik kot, hang buat selidik kt kawasan memang pas menang dari dulu memang la... hang xpi servey kt belah kubang pasu?? confirm lain result dia??? belah kuala kedah?? belah langgar??? hehehe... fakta biaq betul kawan... jgn confident sangat.... ingat, kalau kedah jatuh kt BN balik, sampai ke sudah PAS tak dpt ambik mcm kt
    ganu...

    BalasPadam
  2. aku anak kedah dari daerah kubang pasu..aku berharap semoga pada PRU akan dtg PAS akan menawan kubang pasu.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive