Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 28, 2011

Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat



Oleh Wak Jono

Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib.

Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik?

Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:

i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.

iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ali Rostam

PAS usah mimpi boleh rampas Merlimau, kata Ali Rustam


Note: Ayat paling best dalam video ini ada di minit 1:02 hingga 01:08. "Kenapa ko piara banyak sangat.." Kah..kah..kah..

JASIN, 28 Feb — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, jelas Ketua Menteri Melaka, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

“Tapi tak akan tiba-tiba, BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada PAS tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, PAS datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap PAS yang fitnah macam ini?” kata beliau.

“PAS ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap... macam kita buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Macam Eye On Malaysia, saya kata swasta yang buat yang baru ini tapi dia kata kerajaan buat, bukankah ini bohong? Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu,” kata Mohd Ali kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, beliau juga menyifatkan PAS sebagai “terdesak” apabila menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil parti itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

“Saya tengok PAS ini dia dah kira terdesak betul, tak akan tiba-tiba orang nak bagi dia undi... apa jasa dia di sini (Merlimau)? Di Kelantan pun tak boleh tadbir. Dia tuduh kita jahiliah tapi sembahyang di masjid kita.

“Jadi orang Melaka tahu dia (PAS) cakap fitnah, saya tak fikir orang Melaka atau Merlimau akan beri sokongan yang banyak, sikit-sikit undi dia dapatlah tapi bukan banyak,” katanya.

Bob Lokman salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

“Kita maju tapi PAS kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. PAS apa jasa? Tak akan orang tiba-tiba nak bagi jasa pada PAS?

“Lepas itu asyik mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyaklah... jangan harap nak dapat undi percuma,” tegas Mohd Ali.

Pengerusi Umno Melaka itu itu berkeyakinan BN akan memperoleh lebih 50 peratus undi Cina bagi membantu mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan 6 Mac.

“Saya yakin kita akan dapat undi tambahan daripada pengundi (Cina) di DUN Merlimau, nampak daripada reaksi dan respons yang baik daripada mereka. Saya fikir kita boleh dapat lebih daripada 50 peratus (undi Cina) kalau tengok keadaan sekarang yang mana mereka semua OK, gembira dan tiada tekanan.

“Bagaimanapun saya minta jentera juga tidak terlalu yakin, kita kena kerja, Saya janji majoriti lebih dari yang lepas, berapa sasaran saya tak sebut asalkan lebih kita akan berpuas hati,” katanya.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Beliau berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.

Kata Halim, PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India.

Mengenai tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap kerajaan pimpinannya termasuk pembinaan lapangan terbang Batu Berendam dan sistem monorel di sepanjang Sungai Melaka, Mohd Ali berkata parti Islam itu sebenarnya tidak mempunyai isu untuk menyerang BN.

“PAS cakaplah apa yang dia nak cakap... dia parti pembohong dan suka cakap fitnah... PAS tak faham ekonomi, kita ada monorel tepi sungai... pelancong pun sudah 10 juta orang, monorel pun kita buat duit juga. Mula-mula dulu (ketika dilancarkan) ada patah sikit, monorel itu kita beli murah dari China.

“Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli.

“Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,” tegas beliau.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka. - Minsider

Note: Kah..kah..kah..kah... malas aku nak buat ulasan.. Siapa punya ketua menteri la yang cakap macam budak tak cukup akal nih.. Kah..kah..kah..kah.. Boeing 737 mana yang dah mendarat kat lapangan terbang melaka tu? Kah..kah..kah..kah.. "Saya sokong cina tu sebab saya beli monorel cina.." Kah..kah..kah..kah.. Patutlah di Melaka senang nak cari pelacur-pelacur yang diimport dari Negara China... Rupanya macam tu caranya Ketua Menteri Melaka sokong cina.. Kah..kah..kah..kah.. Ali Rustam memang SENGALLLL...!!!! Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


rubbertapperz



DENGAQ BERUK TU KATA PA: KAH!KAH!KAH! 1MELAKA KAH! KAH! KAH! 1MELAKA KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SPR tu parti komponen BN ka???

Poster Hina Pemimpin Di Hari Penamaan Calon, Orang Ramai Terkilan Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Memantau Insiden Sebegini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak adil kepada semua pihak dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. Sudah berbuih mulut dan berkali-kali ia dibangkitkan, namun ternyata SPR masih dilihat "double standard" dan bertindak secara tidak adil dan profesional. SPR seharusnya menjadi badan bebas yang dilihat benar-benar bertanggungjawab atas kebebasan itu. Bukan hanya kebebasan untuk sebelah pihak sahaja. Misalnya, SPR beriya-iya mengeluarkan arahan akan merampasa segala barangan berupa alat pembesar suara, poster, bendera parti tidak bertanding serta lain-lain yang difikir menyalahi Akta Pilihanraya 1954. SPR pernah cuba merampas baju yang tertera gambar "Altantunya" yang dipakai oleh Chegubard (Soladiriti Anak Muda Malaysia) dan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat dulu. Alasannya ia satu tindakan menghina dan menyalahi undang-undang. Namun anehnya kali ini, SPR dilihat sengaja membiarkan penyokong Barisan Nasional membawa poster yang memaparkan imej lucah "ala liwat" antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau baru-baru ini


Bukti, tergamak poster hina pemimpin sebegini dibiarkan oleh pihak SPR
[Aksi pada poster itu sungguh memalukan dan satu perbuatan terkutuk yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Namun, inilah demokrasi ala Malaysia sebenarnya. Apa saja yang dilakukan oleh penyokong kerajaan akan dihahalkan. Undang-undang hanya akan terpakai kepada parti pembangkang. Lantaran itulah sampai bila-bila pun SPR akan dilihat tidak adil. Malah ada yang melabelkan SPR itu adalah parti komponen Barisan Nasional sebenarnya. Justeru itu, jika SPR mahu rakyat terus percaya kepada mereka maka laksanakan keadilan dalam konteks yang sebenarnya. Jangan hanya menyebelahi satu-satu pihak semata-mata. SPR jangan jadi seperti pengadil "Wrestling" yang sering disaksikan di kaca TV. Orang yang sepatutnya kalah diberikan kemenangan dan yang menang akhirnya dikalahkan oleh kebiadapan pengadil itu sendiri. Maka, lakukan perubahan sebelum rakyat yang akan mengubah segalanya dalam PRU-13 akan datang].

pahangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GURU SENTUH PAYUDARA 11 MURID


AMPANG - Sebelas pelajar perempuan tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa guru disiplin di sekolah itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Jummat lalu di dalam bilik guru sekolah berkenaan.

Mangsa mendakwa guru berkenaan menyentuh di bahagian atas payu daranya dengan alasan mahu memeriksa denyutan nadi sebelum dihukum rotan.

Guru itu juga dikatakan menyentuh peha pelajar terbabit untuk memeriksa sama ada pelajar itu membawa telefon bimbit.

Seorang bapa mangsa berkata, anaknya bersama pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki dibawa seorang pengawas berjumpa guru disiplin itu kerana kesalahan tidak menghadiri perhimpunan pagi itu.

“Anak kami ketika itu berada dalam kelas kerana menyiapkan kerja sekolah, namun pengawas berkenaan membawa pelajar terbabit berjumpa guru disiplin,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, semalam.

Dia berkata, anaknya memberitahu kejadian menimpa pelajar perempuan itu berlaku selepas empat guru wanita yang berada dalam bilik guru keluar daripada bilik itu.

“Kejadian itu hanya menimpa pelajar perempuan, berikutan insiden itu, ibu bapa pelajar mengambil keputusan untuk berjumpa pengetua sekolah itu Isnin ini (hari ini) bagi mendapat penjelasan pihak sekolah,” katanya.


Sementara itu, seorang mangsa berkata, guru itu juga merakam gambar dada, kaki dan bahagian belakang badan pelajar berkenaan secara sembunyi.

“Berikutan itu, kami berasa takut dan malu, kami mahu mempertahankan diri kami namun bimbang apa-apa akan berlaku ke atas kami. Disamping itu, kami mendapat tahu guru terbabit merakam gambar kami apabila mendengar bunyi sesuatu daripada telefon bimbit yang dipegangnya,” katanya.

Jenice Lee berkata, pembantu pejabatnya bersama ibu bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

“Disiplin di sekolah penting, bukan saja pelajar, malah guru juga harus menunjukkan disiplin yang baik. Pengetua harus menyiasat segara apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah,” katanya.

Beliau berkata, seorang peguam sudah dihubungi untuk membantu ibu bapa mangsa mengendalikan kes itu,

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes masih disiasat.

SH




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ali Rostam Dah Pening Lalat



Kesian kat Datuk Seri Ali Rostam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir.

Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rostam. Pas mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang.

UO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rakyat merintih duka, Najib datang bawa 'gula-gula'



KUALA TERENGGANU - Rakyat DUN Kerdau disini merintih dalam kesusahan kerana pembangunan 'senget' yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya dari PAS atau Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera PAS Terengganu dalam pilihanraya kecil N28 Kerdau, Haji Hanafiah Mat berkata, keseluruhan kawasan dalam DUN Kerdau mempunyai masalah akibat sikap tidak ambil peduli wakil-wakil Umno dan Barisan Nasional yang menjadi Adun sebelum ini.

Menurutnya, penduduk Desa Murni khususnya golongan muda tidak mempunyai tanah dan rumah untuk kediaman, sebagaimana yang didedahkan oleh calon PAS, Hasanuddin Salim.

(Gambar - dari kiri; Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Hj Hanafiah, calon PAS Jasanuddin Salim dan Cikgu Mohamad Draman, dalam majlis pelancaran jentera PAS Terengganu di Desa Murni semalam)

"Di Desa Murni, orang muda tak ada tanah untuk bina rumah, untuk tempat tinggal, di Paya Taram rumah kos rendah terbengkalai sejak 15 tahun lalu, di kampung orang asli Pulau Sendayan dewan yang terbakar 5 tahun lalu belum dibaiki, di kampung-kampung pesisir Sungai Pahang tak ada bekalan air bersih, di Pekan Kerdau para peniaga nak majukan dengan membina sendiri bangunan tetapi dihalang oleh pihak berkuasa tempatan,


"Tapi hari ini, PM Najib datang bawa 'gula-gula' sebanyak RM10 juta, cakap baru, tak tahu bila akan dilaksanakan,"katanya ketika mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan 'mee segera' apabila datang ke DUN Kerdau semalam.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu ketika dihubungi berkata, rakyat dan negara telah rugi akibat pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana perbelanjaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk projek bekalan air dan perumahan kos rendah Paya Taram.

"Kini, Najib tambah lagi peruntukkan, sedatangkan berjuta ringgit telah dihabiskan untuk projek tersebut sebelum ini, tetapi 'hangus' kerana kecuaian pemimpin Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada penduduk Desa Murni kerana menyambut baik pasukan kempen rumah ke rumah Muslimat Terengganu serta memberi sambutan dalam program yang dianjurkan oleh jentera PAS Terengganu.

"AlhamduliLlah, kempen muslimat diterima baik, dan orang-orang muda ramai yang hadir dalam program 'Barbeque' yang diadakan di sini (Desa Murni),"katanya.

Justeru, beliau merayu kepada semua pengundi DUN Kerdau khususnya Peti Undi Desa Murni, Lipat Kajang dan Kuala Tekal yang di amanahkan kepada jentera Terengganu supaya memberi peringatan kepada Umno dan Barisan Nasional dengan memilih calon PAS pada pilihanraya kecil kali ini.

BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live Carling Cup Final: Arsenal vs Birmingham City



FULL TIME: ARSENAL 1-2 BIRMINGHAM

Live Streaming Video Football : England - Carling Cup

Monday (28 February) 00:00 (GMT +8)


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ahad, Februari 27, 2011

RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang

Oleh Mohd Sayuti Omar


Seorang rakan di RTM memberi tahu minggu lepas rombongan Adun dari Selangor datang ke RTM bertemu dengan Menteri Radio dan TV, Rais Yatim. Tujuan pertemuan itu ialah untuk meminta RTM membuat sesuatu bagi menolong Umno Selangor merampas negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat.

Cerita kawan itu Rais bersetuju menggunakan alat kerajaan yang dikuasainya itu bagi membantu Umno Selangor. Antara cara ialah RTM akan menyiarkan lebih banyak lagi keburukan di Selangor. Untuk tujuan ini sekumpulan orang yang tahu membuat propaganda akan dicari dan diberikan upah khas.

Mereka akan berfikir membuat skrip, berbentuk provokasi, memperlekehkan kerajaan Selangor sehingga rakyat jadi meluat. Ianya akan disiarkan dalam slog-slog tertentu termasuk juga dalam berita perdana.

Untuk tujuan ini juga kata rakan itu, RTM akan menyediakan satu dokumen khas untuk menyerang Selangor. Katanya Rais masih optimis Selangor akan dapat ditawan oleh Umno. Keadaan atau peluang UBN di Selangor menurut Rais agak cerah berbanding dengan Pulau Pinang.

Rais mengakui Pulau Pinang UBN tidak dapat berbuat apa-apa. Kedudukan Lim Guan Eng masih kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pun kata Rais seperti mana ditutur rakan itu RTM tetap juga melakukan provokasi dan menyerang Pulau Pinang. Satu dokumentri khas mengenai Pulau Pinang akan disediakan oleh RTM.

Apabila dokumenteri khas mengenai Pulau Pinang itu nanti disiarkan dan serangan radio Rais Yatim ke atas Selangor diperhebatkan itu menandakan pilihan raya umum ke-13 sudah hampir tiba.

Dengan maklumat ini kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang bolehlah berwaspada dan bersiap sedia untuk menangkis dakyah dan hasutan RTM nanti

http://msomelayu.blogspot.com/

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Ini olang tua ada balang baik punya.......'



TEMERLOH - Itulah percakapan yang dituturkan oleh beberapa orang 'nyonya' di Pekan Kerdau, sebaik selesai kunjungan Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke pekan lama tersebut lebih kurang jam 6.30 petang, Jumaat 25 Februari.

Dari kejauhan, perlahan-perlahan orang Cina pekan Kerdau menghampiri kedai dimana Tok Guru Nik Aziz singgah untuk minum petang bersama pimpinan DAP yang berkampung disitu.

Turut hadir adalah ADUN Triang Leong Ngah Ngah dan Pengarah Pilihanraya DUN Kerdau bagi DAP Cikgu Goh dan calon PAS Hasanuddin Salim.



BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

RAKYAT MALAYSIA BAKAL MENJADI GILA

بسم الله الرحمن الرحيم

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan



KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan

Note: Rakyat bawahan bukan setakat kais pagi makan pagi tapi kais hari ni untuk cover semalam punya makan. Kerja kilang gaji RM600.00 sebulan. Pakai motor buruk beli secara hutang. Bulan-bulan kena bayar RM250.00. Minyak pula naik harga. Bila minyak naik harga barang-barang keperluan semua berpusu-pusu naik sama. Sudahnya sangkut nak bayar bulanan motor. Nak hidupkan insuran tak boleh bermakna motor tiada roadtax. Belum habis penderitaan disitu kena saman ekor pula. Tak masuk cerita sewa rumah dan nak sara anak bini lagi tu.

Note: Hari ini rakyat dapat berita gembira lagi... "Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans." Kah..kah..kah..kah.. Tengok saja ayat orang kaya bercakap... "Penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun. Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah". Kah..kah..kah..kah..

Note: Baru hari ni aku dengar ada syarikat insuran yang rugi... macamana berniaga bleh rugi? Setiap rakyat yang ingin membeli kenderaan bermotor WAJIB membeli insuran.. Tang mana boleh datang rugi sedangkan insuran itu sendiri adalah wajib dibeli.. kah..kah..kah..kah.. Tapi selama aku hidup belum pernah pula aku lihat ada syarikat insuran yang gulung tikar.. aku memang tak faham apa yang dimaksudkan dengan "rugi" itu. Dan dengan itu dari tahun hadapan sehingga tahun 2015 insuran motor akan terus meningkat dan meningkat. Cukup tahun 2015 nanti syarikat insuran akan rugi lagi. Jadi terpaksalah insuran akan terus naik sehingga hari kiamat... Kah..kah..kah..kah...

Note: Bila syarikat insuran untung orang miskin yang guna moto dapat apa? Dapat ke merasa makan kenduri kesyukuran atau seunit dua saham? Tapi bila kononnya syarikat insuran rugi kita semua kena tolong mereka. Rakyat kena berkorban demi syarikat insuran.. Kena merasa susah demi memastikan syarikat insuran tidak mengalami kerugian... Ini sistem apa ni? Aku pun tak tahu adakah aku sedang hidup dinegara apa.. Adakah yang memerintah sekarang ini seekor tikus? nak dibunuh kena bermodal.. dibiarkan habis padi seangkob.

Note: Penyokong Umngom/Bn mesti gembira dapat berita ni kan.. Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

rubbertapperz

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PELAJAR DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH 7 RAKAN


KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.


“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.


Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.


“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.


Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ahad: Jual Rumah


Kilang Belacan

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.

Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. "Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,"jelas tuan rumah.

"Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini?",tanya lelaki itu kepada tuan rumah.

"Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup",jawabnya selamba.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti


PETALING JAYA – PKR mendakwa lima pemimpin cabang parti itu di Pahang dipujuk untuk 'lompat' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, selain diri mereka, pemimpin berkenaan turut dipujuk untuk membawa bersama kira-kira 500 penyokong.

"Selain wang, mereka turut dijanjikan projek jika membuat pengisytiharan seperti yang dikehendaki," katanya.

Sehubungan itu, kata Saifuddin, pihaknya memberi amaran kepada pemimpin cabang di seluruh negara supaya jangan ambil rasuah yang didakwanya berleluasa pada setiap PRK.

“Jika gejala ini tidak dibendung, dikhuatiri ia akan menjadi asam garam politik Malaysia dan lebih menyedihkan, akan diterima rakyat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media di sini, kelmarin.

Saifuddin berkata, pimpinan PKR tidak akan teragak-agak menggantung keahlian mana-mana ahli yang terbukti menerima rasuah sebegini, serta-merta.

“PKR sedang mengumpul bukti dan akan mendedahkannya dengan dokumen lengkap,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, pihak tidak bertanggungjawab mengubah taktik dengan memberi rasuah kepada pimpinan bawahan PKR kerana mereka tidak lagi berjaya memujuk pemimpin atasan.

Menurutnya, sebelum ini, memang terdapat banyak insiden rasuah seperti ini sehingga ramai pemimpin PKR sanggup bertindak keluar parti, sekali gus memberi imej tidak baik dan memudahkan lagi lawan menyerang.

“Tindakan ini amat kotor. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk memberi rasuah, demi mencapai matlamat mereka,” katanya.

Ditanya siapa pemimpin PKR yang terlibat, beliau enggan menamakan mereka, tetapi berkata, selain lima kes di Pahang, terdapat satu kes di Melaka dan satu di Kuala Lumpur.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cubaan jijik seperti ini. Kita akan dedahkan kepada umum siapa dalang di sebaliknya,” katanya.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sabtu, Februari 26, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/2/11








PAHANG 0 : 2 PERAK

T-TEAM 3 :0 PERLIS

JOHOR FC 0 : 0 SELANGOR

N.SEMBILAN 1 : 0 SABAH

HARIMAU MUDA A 1 : 1 FELDA UTD

KEPUTUSAN SEMALAM 25/2/11

KEDAH 1 : 1 KELANTAN

K.LUMPUR 1 : 2 TERENGGANU





LIVE STREAMING FOOTBALL: WIGAN VS MAN UTD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tun M : Perjalanan Yang Belum Selesai


Berita paling kelakar beberapa hari lalu ialah mengenai penjelasan Tun Dr. Mahathir kononnya bukan beliau yang instrumental dalam penangkapan dalam apa yang dikenali oleh seluruh dunia sebagai Operasi Lalang 1987.

Sebagaimana sedia dimaklumi oleh rakyat Malaysia dan dipelajari oleh masyarakat antarabangsa, penangkapan Operasi Lalang yang menyaksikan 106 penahanan bukanlah seperti penahanan dalam Ops Sikap atau lain-lain operasi yang melibatkan kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah atau kesalahan jenayah.

Setiap negara bertamadun di dunia ini mempunyai undang-undang khas mengenai kesalahan trafik, penyalahgunaan dadah dan juga jenayah. Tetapi hampir kesemua negara bertamadun tidak mempunyai undang-undang yang memperuntukkan polis atau agensi penguatkuasaan lain membuat penangkapan seperti yang dilakukan oleh polis Malaysia dalam Operasi Lalang 1987.

Bagi kebanyakan negara, terutama yang menghormati prinsip hak asasi manusia dan keluruhan prinsip demokrasi, kerja polis adalah menangkap penjenayah dalam erti kata jenayah sebenarnya. Tentang politik, itu bukan kerja mereka. Pertelingkahan di antara parti oposisi dengan parti kerajaan tidak termasuk dalam senarai kerja polis. Lainlah kalau ada anggota parti terbabit bertumbuk atau terlibat dalam pergaduhan kumpulan (gang fight). Kalau ada tangkapan dan penahanan dilakukan sekalipun ia atas dasar jenayah bergaduh dan pihak polis tak akan mempersoalkan punca politik yang mencetuskan pergaduhan sedemikian.

Tapi dalam sejarah ada juga beberapa negara dan pemimpin yang menggunakan polis untuk menangkap seteru politik mereka. Tapi polis jenis ini lain sikit daripada polis yang menjaga kententeraman awam. Ketika Jerman diperintah oleh rejim Nazi, satu pasukan polis istimewa yang dinamakan sebagai Gestapo (Gestapo adalah singkatan dalam bahasa Jerman untuk Polis Rahsia Nasional) dikerahkan untuk menangkap sesiapa sahaja yang menentang atau menunjukkan kecenderungan memiliki pendapat yang berbeza dari apa yang cuba di maju oleh parti tersebut.

Kira-kira sedekad setengah lebih awal dari kewujudan Gestapo di Jerman, pemerintahan autokratik beraja Russia yang berkubur untuk selama-lamanya dengan pembunuhan Czar Nicolas II dalam apa yang dikenali oleh sejarah sebagai Revolusi Februari 1917 melahirkan pula apa yang satu lagi jenis polis istimewa yang sebenarnya tidak melakukan kerja perpolisan. Ekoran dari revolusi ini Parlimen Russia atau Duma menubuhkan satu pasukan polis yang dinamakan sebagai ‘Cheka”. Cheka adalah singkatan dalam bahasa Russia bagi (Suruhanjaya Luarbiasa bagi Menekan Kounter-revolusi dan Sabotaj Seluruh-Russia).

Dalam buku The Gulag Archipelago dan One Day in the Life of Ivan Denisovich diperjelaskan modus operandi Cheka yang menangkap sesiapa sahaja dan di mana sahaja mereka yang disyaki sebagai tidak menyokong revolusi walaupun tanpa adanya sebarang bukti.

Bab 1 The Gulag Archipelago menghuraikan tentang penangkapan dan penahanan ini: “Mereka yang pergi ke Archipelago (Gulag) untuk mentadbirnya berbuat demikian menerusi sekolah latihan Kementerian Dalam Negeri... Hanya satu jalan sahaja bagi orang seperti saya dan lain-lainnya yang ke sana untuk mati iaitu dengan cara ditahan…”Anda ditahan!” Dan anda tak tahu bagaimana memberikan respons kecuali dengan berkata, “Saya? Untuk apa?”

Pengarangnya, Aleksandr Solzhenitsyn (penerima Hadiah Nobel bidang Sastera 1970), yang turut ditangkap oleh Cheka menceritakan keadaan kem tahanan di mana tahanan dipaksa untuk memberikan maklumat walaupun sebenarnya tidak ada maklumat yang dapat diberikan. Penyiksaan piawaian di Gulag Archipelago termasuklah penafian tidur untuk tempoh beberapa hari, dikurung dalam sel tahanan yang ruangnya hanya muat untuk berdiri dan bermacam lagi.

Hanya tiga perkataan yang paling cocok bagi menggambarkan dua contoh pasukan polis ini dan jenis kerajaan serta pemerintahan yang mewujudkannya: tidak bertamadun, zalim dan tidak-berperikemanusiaan.

Dalam dunia moden hari ini mungkin ada beberapa negara yang diperintah secara diktator, atau junta tentera dan sebagainya yang menggunakan khidmat pasukan polis ini. Tetapi negara-negara berkenaan bukanlah negara demokratik dan pemimpinnya tidak pula berpidato ke sana ke mari tentang demokrasi.

Tatkala berkuasa selama lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir paling lantang, paling kerap dan paling banyak mendefinasikan semula makna ‘demokrasi’ menurut apa yang cocok dengan pemikirannya dan bersesuaian pula dengan keperluan UMNO-BN demi memelihara kuasa pemerintah politik. Selain daripada penangkapan dan penahanan yang dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ekoran Tragedi 13 Mei 1969, Operasi Lalang mencatatkan jumlah penahanan kedua terbesar. Tidak siapa dapat menafikan betapa polis tidak bertindak tanpa arahan spesifik dan tanpa sebarang tandatangan Menteri Dalam Negeri sendiri.

Oleh itu apabila Dr. Mahathir tiba-tiba menafikan bertanggungjawab terhadap penangkapan di bawah Operasi Lalang dan sebaliknya menuding jari ke arah polis, maka persoalannya apakah kuasa polis adalah lebih besar daripada kuasa Menteri Dalam Negeri yang juga kadang-kadang disebut sebagai Menteri Polis? Dan apabila Dr. Mahathir mengatakan polis yang sebenarnya mengeluarkan arahan menahan dan menangkap mereka di bawah operasi berkenaan, maka apakah maksud mantan Perdana Menteri itu sebenarnya terdapat sebuah lagi polis rahsia yang bekerja khusus untuk beliau di mana satu arahan am telah diberikan untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu mendapat tandatangan daripadanya?

Barangkali, dalam menoleh ke belakang tentang apa yang pernah dilakukannya tatkala menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir tiba-tiba takut sekiranya dunia melabel beliau sebagai Perdana Menteri sebuah negara demokratik yang paling tidak berdemokratik!

Jika itulah yang dihasratkan, maka perjalanan beliau masih jauh daripada sampai ke matlamatnya.

http://warta-utara.blogspot.com

UO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gambar-Gambar Di Penamaan Calon Merlimau Dan Kerdau

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.



9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.



Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.

Turut kedengaran laungan 'Reformasi'. Sehingga kini keadaan terkawal dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.



9.15 am:
MERLIMAU - Lebih kurang 2 ribu penyokong PR menyertai perarakan.



9.06 am: KERDAU - Calon PAS, Hassanuddin Salim menyerahkan borang pencalonan.



9.00 am:
MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.



8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.



Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.



8.35 am:
MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.



Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.



8.30 am:
KERDAU - Tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.



8.15 am: KERDAU - Perarakan dimulakan.

8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.



Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

8.08 am: KERDAU - Bacaan doa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

8.00 am: KERDAU - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tiba di tempat permulaan perarakan.



7.57 am: MERLIMAU -
Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.

6.30 am: KERDAU - Para penyokong PR mula di tempat perakan dimulakan.



Sumber: Hrkh









Sumber gambar: Greenbox & CinaIslam


cenangau


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive