Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 23, 2010

ADUN Kuala Nerang: DUN Kedah Tunggu Surat Mahkamah


SHAH ALAM 22 OKT: Dewan Undangan Negeri Kedah hanya menunggu untuk keputusan rasmi daripada mahkamah sebelum mengambil tindakan seterusnya ke atas ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang dipercayai diisytiharkan muflis oleh mahkamah baru-baru ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Ahmad Izzat Shauki berkata DUN tidak dapat berbuat apa-apa buat masa ini kerana tiada keputusan rasmi daripada mahkamah yang menyatakan Syed Sobri diisytiharkan muflis.

"Hanya apabila kita mendapat keputusan rasmi daripada mahkamah barulah kita akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang," jelas beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Lada.

Katanya lagi, seseorang ADUN yang diisytiharkan muflis akan kehilangan kerusi secara automatik tetapi beliau tidak dapat mengesahkan samada individu yang berjaya menebus status mulis dapat bertanding semula untuk kerusi DUN.

Minggu lalu, portal berita ThemalaysianInsider menyiarkan bahawa Syed Sobri telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kegagalan syarikat beliau membayar baki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM700 ribu.

KWSP dikatakan telah membawa kes tersebut ke mahkamah pada tahun 2003.

Sementara itu, dalam satu sidang media semalam, Pegawai Khas ADUN itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi ADUN itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas ADUN itu juga tidak benar.

"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi ADUN daripada beliau, " katanya.


tvs

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive