Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 28, 2010

'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah

PAS Serdang berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.

"Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini," kata ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa.

NONESehubungan itu, menurut Mohd Adram lagi, isu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang dianggap kontroversi ekoran stigma masyarakat yang beranggapan "bahawa Islam itu untuk Melayu semata-mata".

"Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor.

"Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum," kata Mohd Adram yang juga ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Mohd Adram mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini berhubung tindakan surau Al-Huda di Kajang Sentral, Kajang yang mengundang Teo berucap di ruang solat surau berkenaan pada 22 Ogos lalu.

NONEAkhbar milik Umno itu memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Adram yang juga bendahari Pemuda PAS berkata, berkata pintu dakwah harus sentiasa terbuka kepada bukan Islam sebagai usaha menerangkan tentang kebaikan agama itu.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad dahulu, orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam masjid bagi mendapatkan penjelasan tentang Islam.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi pihak pengurusan surau berkenaan setakat ini masih belum berhasil.

MK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama28/8/10 6:12 PG

    Tajuk "Tentang kebolehan kaum Musyrikin dan Kaum Ahli Kitab masuk kr Masjid dan tentang kebolehan mengikat Orang Tawanan di dalam Masjid" Kitab Himpunan hadis hadis pilihan.
    Hadis 1
    Dari Anas bin Maalik r.a. ia ber kata ;Telah masuk seorang lelaki dengan kenderaan unta,meloloskan untanya di dalam Masjid, kemudian lelaki tersebut mengikat untanya lalu lelaki tersebut bertanya ; Mana di anatara kamu yg bernama Muhammad?" diriwayat oleh Abu Daawud
    Hadis 2
    Dari ibnu Abbaas r.a. ia berkata ; Banu Sa'ad bin Bakar Dhimaan bin Tsa'labah pernah mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w., maka ia datang kepada beliau , lalu menghentikan ontanya dipintu masjid, kemudian mengikatnya, lalu ia masuk kedalam Masjid , kemudian ia berkata ; Mana dianatara kamu anak lelaki 'Abdul Muthalib?" di riwayatkan oleh Abu Daawud
    Hadis 3
    Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata; Orang orang yahudi pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., padahal baginda sedang duduk didalam masjid diantara sahabatnya, kemudian orang orang Yahudi itu berkata ; Yaa! Abal-Qaasim'; ( nama panggilan bagi Rasululllah s.a.w oleh orang orang Yahudi) di riwayatkan oleh Abu Daawud
    Hadis 4
    Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata: Rasullullah s.a.w. pernah mengirimkan sepasukan berkuda kearah Nadjd, maka datanglah pasukan itu dengan membawa seorang lelaki dari Banu Haniefah yang di namakan kepadanya Tsumaamah bin Utsaal, lalu mereka ( para anggota pasukan berkuda)itu mengikat orang itu ( bukan berugama Islam)disuatu tiang daripada tiang tiang yg terdapat di masjid tersebut' diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Buchaary,Muslim, Abu Daawud, An-Nasay dan lain lain
    Ulama As Shafiee berpendapat dan menetapkan, bahawasanya orang orang musyrikkin boleh masuk semua masjid kecuali Masjid Al-Haram.
    kata Ash-Shan'aany :"Pernah orang orang kafir masuk kedalam masjid Rasulullah s.a.w dan duduk sampai lama didalamnya, Bahkan Abu Daawud meriwayatkan bahawa orang orang Yahudi pernah datang kepada baginda s.a.w , sedang Rasulullah s.a.w berada di Masjid.
    Cuma Ulama Ahli Madienah menetapkan tidak boleh orang orang musyrik masuk ke dalam Masjid.
    Nak Tumpang tanya , pelacung asing ( bukan berugama Islam) masuk kedalam masjid negara,masjid putrajaya dan masjid Shah Alam mereka semua baik lelaki atau perempuan dan mandijunud ke? Atau pelancung lelaki dan pelacung perempuan dah cuci hadas kecil atau hadas besar.
    Pihak MAIS atau JAIS dah maklum atau dah dapat kebenaran dari Sultan Selangor perihal pelacung lelaki dan perempuan yg buka berugama Islam masuk melawat di dalam masjid Shah Alam?????????

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive