Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 27, 2010

Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libatkan Rasuah RM40 Juta



Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 27 Ogos - Projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah dua kali tergendala dan menyebabkan kos meningkat daripada RM300 juta kepada RM482 juta didakwa melibatkan sogokan rasuah kepada pihak tertentu sebanyak RM40 juta.

Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa selain rasuah sebanyak RM40 juta sebelum lagi projek dimulakan, beberapa peratusan daripada setiap bayaran berperingkat yang diterima kontraktor juga terpaksa diserahkan kepada beberapa pihak tertentu sebagai 'insentif'.

"Sub kontraktor pula diberi kontrak untuk menyiapkan semua kerja pembinaan, maksudnya kontraktor utama bagi projek ini tidak berbuat apa-apa pun melainkan membuat tuntutan bayaran daripada kementerian setiap kali satu fasa pembinaan disiapkan dan mengagihkan wang yang diterima.

"Saya tidak hairan jika subkontraktor projek berkenaan, Isyoda Corporation Berhad gagal melaksanakan projek dan rugi kerana terpaksa membayar komisyen yang tinggi bagi memastikan mereka kekal sebagai subkontraktor," tegas beliau ketika ditemui Suara Keadilan semasa rakaman rancangan Bincang-bincang yang disiarkan melalui tv web, www.tvselangor.com Ahad lalu.

Katanya lagi, kemungkinan besar Isyoda terperangkap di dalam keadaan ini dan akhirnya terjerat hingga menyebabkan syarikat itu berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik.

Khalid seterusnya berkata, perkembangan dalam projek ini semasa diberi kepada subkontraktor kedua, GM Healthcare Sdn Bhd amat memberangsang.

"Saya telah meneliti kerja mereka dan mendapati kerja yang dibuat oleh GM Healthcare amat bagus hinggakan kerja yang disiapkan jauh lebih cepat daripada standar yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Maka, boleh dikatakan GM Healthcare telah berjaya menyelamatkan projek ini, tetapi apabila mereka juga dikenakan kekangan kewangan oleh kontraktor utama dengan tidak membuat bayaran mengikut skala yang dipersetujui menyebabkan mereka menghadapi kesulitan meneruskan kerja," jelas beliau lagi.

Tambah Khhalid, GM Healthcare telah membawa isu ini ke mahkamah dan berjaya mendapatkan arahan agar bayaran kerja dibayar terus kepada subkontraktor tetapi tidak dibayar juga. Keadaan ini telah menyebabkan kedua-dua pihak kontraktor utama dan subkontraktor tidak mendapat bayaran.

"Bayaran telahpun dibuat kepada bank tetapi kerana adanya perintah mahkamah dari kontrator dan subkontraktor untuk tidak membayar kepada mana-mana pihak, maka bank pun tidak dapat membuat apa-apa bayaran dan akhirnya menyebabkan projek terbengkalai," kata beliau lagi.

Beliau menjelaskan masalah kedua-dua pihak telahpun dimaklumkan kepada kementerian tetapi tiada tindakan diambil.

Khalid menjelaskan ini kerana amalan pemberian projek kerajaan melalui rundingan terus membuka ruang kepada sogokan komisyen kepada pihak tertentu yang terbabit dalam projek tersebut.

"Maka sebab itu tindakan tidak diambil kerana pihak terbabit takut identiti mereka yang menerima komisyen didedahkan jika siasatan dilakukan.

"Inilah masalah utama dengan rundingan terus apabila diberi kepada seseorang yang berkepentingan dan pihak itu kemudiannya memberi balik komisyen kepada pihak lain. Apabila sesuatu projek itu gagal tindakan tidak dapat diambil kerana pihak tertentu sudahpun termakan rasuah komisyen atau imbuhan," tegas beliau lagi.

Khalid berkata, ini yang menjadi faktor utama mengapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu menyelamatkan projek hospital itu.

Beliau mencadangkan pada peringkat ini adalah lebih baik projek ini diambil alih oleh JKR berdasarkan pengalaman luas JKR yang mempunyai kepakaran yang tinggi serta ramai jurutera terlatih dan profesional.

"Tidak ada sebab untuk JKR tidak mengambil alih dan meneruskan projek ini, setelah menentukan tiada penambahan dari segi kos, kelewatan dan penyelesaian projek itu.
"Kini projek Hospital Shah Alam mungkin akan ditender semula, dan apa yang akan berlaku selepas ini ialah harga tender akan naik, tempoh masa akan dilanjutkan kerana proses tender sahaja akan memakan masa tiga hingga empat bulan dan untuk memulakan kerja juga akan memakan masa kerana kesemua subkontrak yang ada di tapak juga telah dihalau keluar," jelas beliau lagi.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive