Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 27, 2010

Perogol budak didakwa


Haris Iskandar diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam selepas dituduh menculik, merogol dan meliwat seorang kanak-kanak baru-baru ini.

IPOH - Seorang pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol, meliwat dan menculik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 4 Ogos lalu.

Haris Iskandar Abdullah, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terbabit dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tan Hooi Leng.

Mengikut kertas pertuduhan Haris Iskandar didakwa merogol mangsa di tepi pagar Wisma OAB, Kota Bharu, Gopeng dekat sini antara pukul 8.15 hingga 10.30 malam pada 4 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah meliwat mangsa di satu kawasan semak-samun di Gopeng juga pada waktu dan tarikh yang sama.

Jika disabitkan kesalahan bagi pertuduhan pertama, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua disebut di bawah Seksyen 377c kanun yang sama.

Tertuduh yang berasal dari Tambun di sini tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farid Mohd. Mokhtar.

kosmo


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive