Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 27, 2010

Perakam video: Selangor serah siasatan kepada polis minggu ini

August 25, 2010

SHAH ALAM, 25 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan menyerahkan hasil siasatan dalaman yang dijalankan oleh kerajaan negeri kepada polis dalam minggu ini, susulan penemuan perakam video di pejabatnya.

Hasil siasatan itu, beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti kedai yang menjual perakam video itu.

Selain itu, pihaknya juga mengenal pasti kilang yang membuat perakam video itu dan individu-individu yang telah dirakamkan oleh alat itu semasa mereka bertemu dengan beliau di pejabatnya, kata Abdul Khalid mengulas mengenai kes itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Menteri Besar itu berkata beliau bercadang untuk bertemu dengan Ketua Polis Negeri Datuk Khalid Abu Bakar dalam minggu ini juga untuk menyerahkan hasil siasatan tersebut.

Mengulas pandangan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamad Satim Diman bahawa tindakan beliau melengah-lengahkan membuat laporan polis mengenai perkara itu sebagai muslihat politik, Abdul Khalid berkata apa yang dilakukan beliau lebih daripada membuat laporan polis kerana beliau berbincang dengan Ketua Polis Negeri mengenainya.

“Ia adalah lebih daripada laporan polis kerana biasanya laporan polis akan mengambil masa yang lebih lama oleh itu siasatan sebegini adalah lebih baik untuk menyediakan fakta dan material kes,” katanya.

Mengenai kemungkinan bahan bukti kes itu tercemar kerana perakam video itu telah dipegang oleh beliau ketika ditemui dua minggu lepas, beliau berkata itu tidak mengapa kerana peralatan atau bendanya itu tidak berubah.

Abdul Khalid berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara itu jika didapati tindakan itu sesuai selepas siasatan dalaman selesai. — Bernama

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive