Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 20, 2010

Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis

Malam 12 Feb adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.

Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.

NONE“Waktu itu jam 10 malam. Saya sedang duduk besi penghadang di Stesen LRT Star di Sentul, menunggu ayah saya seperti biasanya.

"Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri, membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van.

"Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan mahukan identitinya dirahsiakan.

Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.

Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.

NONE“Saya sebegitu takut dan menjerit meminta tolong, sedangkan saya tidak tahu bahwa mereka adalah polis.”

Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul.

Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.

Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.

Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali melalui telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.

Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.

“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.

NONERemaja lepasan SPM itu berkata bapanya membuat laporan polis pada keesokkan hari di balai polis Sentul dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil.

Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.

Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.

OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas mengenainya.malaysiakini




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive