Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 27, 2010

Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin online



Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan orang Islam di negeri ini secara online yang dikenali e-munakahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri Abdul Malik Abdul Kassim berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaraan perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah. "Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). "Sistem yang boleh dilayari melalui laman web emunakahat.penang.gov.my itu dilancarkan hari ini dan pengguna boleh mendapat maklumat terperinci atau menyemak berkaitan perkahwinan dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini. Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng serta Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman. - Bernama




2 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/2/10 9:52 PG

    Bagus la tu. Tak ada Lagi orang politik kawin lari kat Siam lagi.

    BalasPadam
  2. Apa yang dimaksud dengan e-munakahat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? visit Telkom University

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive