Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 23, 2010

Suhaimi: Subur Yang Tidak Subur




Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dibidas kerana ia tidak menyeluruh untuk semua rakyat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie berkata, program itu tidak menampakkan ketelusan kerajaan kerana rakyat perlu mendapatkan baucar beras dari pejabat Umno kawasan sahaja.

Beliau berkata ini jelas lebih bermotif politik tambahan menterinya, Noh Omar lebih dilihat sebagai cuba mengangkat martabatnya sebagai orang nombor dua di Selangor selepas Najib Razak, Pengerusi BN dan Umno negeri.

"Beliau terdesak untuk memastikan yang sokongan itu beralih kepada dia, maka dia menggunakan duit kementerian, saya nak tegaskan duit kementerian itu ialah duit rakyat, bukan duit daripada poket Dato Noh Omar sendiri, jadi duit ini dia tidak boleh dibelanjakan program di kepala otak dia saja, tak boleh sebab ini duit rakyat, dia mesti belanjakan di seluruh negara. Melalui program Subur memanglah dia katakan dia belanjakan di seluruh negara dan sebagainya, tetapi dari segi pelaksanaan, kita tidak nampak yang pelaksanaan itu diadakan untuk membantu rakyat, melainkan hanya untuk menaikkan imej Menteri Pertanian, iaitu Dato Noh Omar sendiri", kata Shuhaimi Shafie.

Beliau bercakap kepada Tv Selangor yang ditemui baru-baru ini berkata, Kerajaan Persekutuan juga mengguna pakai agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti program Subur.


Bagaimanapun katanya pengagihan keuntungan yang dibuat kerajaan pusat lebih mementingkan kantung mereka melalui beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Apa yang Noh Omar buat macam penubuhan Majlis Pembangunan, dia Umno ni mereka buat 3 perkara, pertamanya melalui ICU di bawah JPM mereka mengagihkan keuntungan ini melalui 3 agensi, melalui Kementerian Pertanian yang ada program Subur, MPPP dan melalui Jabatan Pembangunan Negeri", katanya lagi.

Walaupun rakyat Selangor sudah menolak Umno-BN namun mereka sanggup memberi kepercayaan dengan meletakkan pimpinan yang gagal untuk menerajui Subur, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen dan Jabatan Pembangunan Negeri.

Kata Shuhaimi, rakyat Selangor menuntut keterbukaan dalam segala aspek apabila menolak Umno kerana gagal mempamerkan pentadbiran yang telus dan tiada kebertanggungjawaban khususnya pengagihan peruntukan kerajaan pusat kepada negeri ini.

"Rakyat negeri Selangor menolak Umno, kalau rakyat Selangor menyokong Umno, mereka tindakan meletakkan Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah, jadi orang-orang yang dilantik di MPPP, Subur, Majlis Pembangunan ICU, ini adalah orang-orang yang telah ditolak rakyat daripada segi kebertanggungjawaban, ketelusan itu pun sudah terkeluar, orang yang minoriti yang mengagih-agihkan peruntukan kepada orang lain, jadi daripada segi kuasa dia tidak ada kuasa untuk melakukan itu", tambahnya lagi.

Oleh kerana itu, Noh Omar mensasarkan program Subur dapat memenangi semula hati rakyat Selangor walhal jangkaannya itu jelas meleset kerana program ini hanya boleh dinikmati rakyat sekiranya mendapat restu daripada ketua-ketua bahagian Umno", katanya.

Shuhaimi menyifatkan tindakan ini jelas menyalahi prinsip demokrasi dan melanggari undang-undang negara ini.

Inilah sebenarnya yang cuba dimanipulasi oleh Umno supaya akhirnya orang akan terpaksa beralih kepada Umno secara paksaan sebab mereka tiada pilihan, jadi pada saya ini sebenarnya satu tindakan yang melanggar undang-undang, satu tindakan yang tidak bertamadun, satu tindakan oleh Noh Omar yang biadap, kurang ajar, tindakan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat negeri Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


tvs



SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Salam...
    Sekadar menghebahkan rayuan derma daripada SAR...

    Maklumat lanjut, layari link di bawah;

    http://ibanmuslim.blogspot.com/2010/01/rayuan-sumbangan-untuk-sekolah-agama.html

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive