Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 27, 2010

Siasatan lawatan Khir Toyo ke Disneyland kini di tangan AG

SHAH ALAM, Jan 26 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.

“Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan,” kata beliau dipetik Bernama.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua “lawatan teknikal” ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.

themalaysianinsider


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. pasti dan berkeyakinan menjulang tinggi kes kes sitoyo ini akan diikhtiraf sebagai no further actions,bukti tidak ditemui ghaib dalam perjalanan macc ke-ag.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive