Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 26, 2010

KETUA PKR TENOM LETAK JAWATAN?



Oleh: MAIL MATHEW

MANTAN Ketua Anak Negeri (KAN), Benedict Gonsubin Yosundang, 57, meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Tenom berkuatkuasa serta merta kerana surat perletakan jawatan beliau telah pun dihantar melalui faksimili kelmarin (Ahad).

Katanya, beliau terpaksa mengenepikan perjuangan politik buat seketika kerana ingin menumpukan sepenuh masa terhadap penjagaan keluarganya terutama sekali isteri dan ibunya yang mengalami sakit lumpuh sejak beberapa tahun lalu.

“Anak anak saya sudah bertempiaran bertugas di daerah lain, jadi tiada lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga isteri dan ibu saya selain dari saya sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini ketika memberitahu media pada Isnin.

Beliau berkata, agak berat bagi beliau meninggalkan perjuangannya yang belum selesai namun atas desakan keluarga yang menjadi keutamaannya, beliau terpaksa akur dengan keadaan itu walaupun berat baginya berbuat sedemikian.

“Kita harus berterus terang bahawa perjuangan parti hendaklah berterusan dari masa ke semasa, tetapi jika kita sukar bergerak kerana masalah peribadi atau keluarga, kita rela serahkan perjuangan itu kepada pemimpin yang lebih proaktif dan mempunyai masa yang banyak untuk parti dan rakyat,” tegas Gonsubin.

Beliau yang telah berkecimpung di arena politik sejak Parti Bersatu Sabah (PBS) di tubuhkan sekitar tahun 1985, bagaimana pun berterima kasih kepada pucuk pimpinan PKR Negeri yang telah memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada beliau selama ini.

Meskipun begitu tegasnya lagi, beliau akan terus mengekalkan keahliannya di dalam PKR dan bersedia menyumbang buah fikiran (idea) ke arah kemantapan parti itu kepada pengganti beliau bila bila diperlukan.

sabahkini


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive