Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 25, 2009

Merry Christmas Yang Hijau



Najib Ingin Lihat Krismas Yang 'Hijau'

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Malaysia, tidak kira apa jua kepercayaan agama, mempamerkan kemurahan hati dan perasaan belas kasihan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang paling memerlukannya.

Sempena sambutan Krismas Jumaat, Perdana Menteri dalam blognya www.1malaysia.com.my Khamis berkata, golongan yang paling memerlukan bantuan itu termasuk mereka yang tidak berdaya kepada yang susah sehinggalah kepada perkhidmatan kecemasan yang sentiasa sedia berkhidmat.

"Dengan semangat kemurahan hati ini, kita harus juga menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar. Satu perayaan Krismas yang lebih hijau boleh diadakan.

"Misalnya, dengan mendermakan hadiah-hadiah yang tidak diperlukan, menggunakan kertas kitaran semula sebagai pembalut hadiah dan berjimat cermat dengan penggunaan lampu Krismas," katanya.

Najib berkata dalam keseronokan meraikan Krismas kali ini boleh membuatkan rakyat berbelanja lebih walaupun dalam waktu-waktu mereka kurang bebas berbelanja kini.

Katanya musim perayaan ini merupakan waktu untuk menyemarakkan perasaan muhibah dan keriangan terutamanya dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

Perdana Menteri juga berkata perayaan seperti ini memberikan satu peluang kepada orang ramai untuk berehat dan bermesra bersama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

"Seperti Hari Raya sebelum ini, kenapa tidak gunakan perayaan ini untuk merapatkan hubungan tetamu daripada latar belakang yang berbeza di bawah satu bumbung?

"Dengan ingatan ini, saya mengucapkan kepada semua yang merayakan hari yang paling istimewa ini satu Krismas yang sangat menggembirakan, aman dan damai serta harmoni," katanya.

-- BERNAMA

KALAU TERINGIN SANGAT NAK LIHAT WARNA HIJAU, TENUNGLAH KAT BENDERA PAS PUAS-PUAS....


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive