Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 23, 2009

Lakukan perubahan untuk selamatkan Pahang

TEMERLOH: Krisis ekonomi negeri Pahang yang menyebabkan kerajaan negeri berada dalam kefakiran boleh diatasi oleh rakyat sendiri dengan melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan rakyat Pahang jika tidak berlaku perubahan kepimpinan negeri pada pilihan raya umum akan datang keadaan ekonomi akan berada dalam kedaan yang amat buruk dan rakyat akan menerima kesan yang lebih teruk lagi.

“Negeri Pahang kaya dengan sumber yang boleh diteroka termasuk bijih besi, pasir dan sumber tradisi seperti balak. Malangnya akibat salah urus dan penyelewengan menyebabkan kerajaan negeri tak cukup duit untuk berbelanja.

“Sekarang dah 12 tahun defisit, ertinya duit tak cukup untuk keperluan berbelanja. Ini bukan lagi miskin tetapi fakir. Kerajaan negeri Pahang adalah kerajaan fakir, ini tak patut berlaku. Rakyat sepatutnya jauh lebih selesa dari sekarang,” katanya dalam program bertemu rakyat, anjuran PAS Temerloh, di Lanchang, baru-baru ini.

Tambah Tuan Ibrahim, Pakatan Rakyat bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negeri dan berkemampuan untuk mengurus tadbir negeri dengan lebih baik seperti yang ditunjukkan negeri Pakatan Rakyat di negeri lain.

“Kalau rakyat boleh memberikan sokongan kepada kita dalam pilihan raya umum akan datang kita akan urustadbir negeri ini dengan penuh amanah,” katanya.

sidangonline


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive