Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 25, 2009

Gadis Dirayu Cinta Selepas Dirogol

AMPANG: Kerana mahu menagih cinta, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila merogol wanita berkenaan di bilik sewa mangsa di rumah kedai di Pandan Indah dekat sini, Khamis lalu.

Malah, lelaki bernafsu binatang itu bertindak ganas apabila mencekik, menampar dan mengugut membunuh wanita terbabit jika dia melawan dan menjerit.

Mangsa yang takut dan tidak berdaya melawan hanya mampu menyerahkan tubuhnya diratah lelaki durjana terbabit selepas dia lemah akibat dipukul dan dicekik.

Kejadian terbabit bukan hanya sekali, malah lelaki terbabit yang tidak berpuas hati mengambil kesempatan ke atas mangsa yang masih dalam keadaan lemah apabila merogol sekali lagi kerana wanita itu masih enggan menerima cintanya walaupun didesak berkali-kali.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika wanita berkenaan yang menyewa di sebuah daripada tujuh bilik di rumah kedai terbabit didatangi lelaki berkenaan.

“Lelaki itu memang mengenali mangsa dan tujuannya ke rumah berkenaan sebenarnya untuk mencari rakan kepada wanita itu yang menyewa di bilik sebelah.

“Bagaimanapun, ketika itu, rakan mangsa yang juga seorang wanita tiada di bilik sewa kerana bekerja membuatkan suspek mengetuk pintu bilik mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas membuka pintu bilik, lelaki itu bertanyakan mangsa sama ada rakannya berada dalam bilik sebelum diberitahu kemungkinan rakannya berada di tempat kerja.

“Mendengar jawapan itu, suspek meluru masuk dan mencekik serta menampar mangsa selain mengugut bunuh jika dia melawan dan menjerit.

“Bagaimanapun, mangsa cuba melawan dan menjerit berulang kali, namun jeritannya sia-sia apabila langsung tidak didengari sesiapa dan dia yang tidak berdaya terus dirogol,” katanya.

Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun itu mengenali suspek kerana dia pernah beberapa kali berkunjung ke rumah kedai berkenaan untuk mencari rakan yang menyewa di bilik sebelah.

Malah, suspek sebelum ini pernah bersembang dan bertanyakan mengenai rakannya kepada mangsa membuatkan wanita terbabit tidak mengesyaki lelaki itu mempunyai niat buruk dan menyimpan perasaan kepadanya.

Sumber terbabit berkata, selepas merogol mangsa, suspek memberitahu dia memang cintakan wanita berkenaan dan menyayanginya sepenuh hati dan mendesak supaya mangsa menerimanya.

Bagaimanapun, mangsa enggan menerima cintanya membuatkan suspek berang dan sekali lagi merogolnya selain mengugut mengambil gambar bogelnya.

“Selepas merogol, dia merayu supaya menerima cintanya, namun wanita berkenaan tetap berkeras dan meminta lelaki itu pulang.

“Sebelum beredar, lelaki itu memberitahu kononnya dia terpaksa merogol kerana wanita itu degil dan enggan menerima cintanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih memburu suspek berusia lingkungan 30-an dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

hmetro


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Perogol tu mesti orang PKR hek hek hek

    BalasPadam
  2. Bukan, orang UMNO totok

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive