Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 18, 2009

Tukar United Malay Jadi United Muslim | Nizar News



UMNO hanya berubah jika terima Islam: Nik Aziz

BACHOK - Perubahan yang ingin dibuat kepimpinan UMNO hanya retorik sekiranya dilakukan tanpa berlandaskan ajaran Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan UMNO hanya diiktiraf sekiranya parti tersebut melakukan perubahan dasar dengan mengamalkan pendekatan ajaran Islam.

“Kalau UMNO mahu berubah, dia mesti berubah secara Islam, kerana Islam dari langit. Kalau manusia boleh terima, kenapa Melayu (UMNO) tidak boleh terima?” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Hari Keluarga Halaqat Peringkat Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika me-ngulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan UMNO melakukan perubahan secepat mungkin agar kesediaannya untuk berubah dapat dilihat oleh orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

Ditanya adakah beliau yakin UMNO akan kembali diterima rakyat di bawah pentadbiran Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nik Abdul Aziz berkata, orang Melayu yang cerdik tidak akan menerima selain daripada Islam.

"Selagi Melayu cerdik, dia tidak akan terima selain daripada Islam. Kalau terima selain daripada Islam, dia berfikiran pendek.

“Kalau UMNO nak berubah, tukar dari ‘United Malay’ kepada ’United Muslim'. Biar dia sedar, hidup atas dunia ini sementara, syurga hanya Islam dan bukan kepada bangsa apa sekali pun,” katanya.

Sementara itu, Nik Aziz enggan mengulas mengenai tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan bercuti selama enam bulan daripada Parti Keadilan Rak�yat (PKR) kerana urusan peribadi.


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive