Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 22, 2009

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh




SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.

Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini.

Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.

Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya.

harakahdaily


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

5 ulasan:

  1. Keterangan pakar forensik ini bertepatan dengan tanggapan umum bahawa Teoh Beng Hock mungkin mati dibunuh, tinggal lagi mahakamah yang akan menentukan samada beliau mati dibunuh atau tidak.

    BalasPadam
  2. Agak menghairankan, di mana Doktor-Doktor Pakar Malaysia belajar? Apakah mereka menggadai profesionalisma mereka dengan duit/pangkat/kedudukan?

    Sayang, amat mengecewakan Rakyat Malaysia!

    BalasPadam
  3. Akhirnya Ratu Buah Malaysia DiMartabatkan kembali...
    Thursday, October 22, 2009
    Kes Liwat Anwar Ibrahim : Gambar Sulit Shaiful tersebar luas
    9:40 AM |

    "Kemungkinan, tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak dapat lagi menyambut syawal bersama keluarga. Tidak mengapa, yang penting, saya masih berada didunia ini, justeru saya perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan diri kerana lumrah orang yang sedang terdesak, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelakkan saya dari memberi keterangan di mahkamah kelak. Tragedi yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar" kata beliau dalam blognya.


    Selepas membuat rayuan kepada orang ramai didalam blognya untuk memberi beliau tips-tips yang berguna dimahkamah nanti.Pemuda malang mangsa penderaan seksual oleh ketua pembangkang negara menampilkan wajah baru iaitu dengan berkepala botak tetapi tidak berani berposing secara berdepan.

    Ini adalah kerana beliau mengambil langkah-langkah keselamatan kerana tidak mahu menimpa nasib seperti Teoh Beng Hock.

    Beliau kini bertambah risau kerana gambar botak beliau berjaya diambil secara rahsia dengan camera berteknologi tinggi dan telah terlepas ketangan orang yang tidak berkenaan.

    Diharapkan sesiapa yang terjumpa gambar ini segera memulangkan kembali kepada beliau demi keselamatan dirinya yang menjadi saksi utama kepada petualangan negara...

    "Tolonglah saya dah takder privasi lagi kalau orang tahu rupa saya semasa botak" rayu beliau

    Sila kembalikan sekiranya anda terjumpa gambar ini.


    Lihat gambar besar dalam dibawah....

    http://utusanjamanedan.blogspot.com/2009/10/kemungkinan-tahun-ini-merupakan-tahun.html

    BalasPadam
  4. habis..doktor ni,
    kena bunuh baru tahu

    BalasPadam
  5. Berapa PR bayar doktor ni?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive