Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 25, 2009

Siasatan Telus Untuk Kes Teoh Beng Hock-Ean Yong



Exco Selangor Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan pakar patologi Thailand Dr Porthip Rojanasunand dalam bedah siasat kematian Teoh Beng Hock.

Hian Wah menggesa satu siasatan terperinci dengan skop yang lebih luas perlu dilakukan perhubung pendedahan laporan berkenaan.

Katanya satu Suruhan Diraja bebas harus ditubuhkan.

“Saya berasa amat kesal dan kecewa,pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal,iaitu teoh mati secara tiba tiba.Sudut ini telah menghadkan skop siasatan pihak polis dan melepaskan peluang emas untuk mencari bukti.Adakah pihak polis sengaja melindungi SPRM pada hari pertama",tambah Hian Wah.

Hian Wah yang juga majikan kepada Teoh Beng Hock tiba di Balai Polis Sri Kembangan kira kira jam 9:55 pagi tadi bersama 20orang ahli DAP yang mengiringi beliau.

Menurutnya, kes ini perlu disiasat secara telus sebagai kes pembunuhan dan bukan kes bunuh diri seperti yang didakwa pihak polis dari awal lagi.

Beliau berkata siasatan polis dan prosiding inkues yang dijalankan seolah olah cuba menyembunyikan kisah sebenar di sebalik kematian Teoh.

Katanya pengambilan pakar patalogi dari luar perlu dibenarkan,agar inkues tidak dijalankan berdasarkan siasatan polis semata-mata.

Rabu lepas,Negara dikejutkan dengan keterangan pakar patalogi terkenal antarabangsa,Dr Pornthip Rojanasunand yang mendapati 80% kemungkinan kes kematian Teoh Beng Hock adalah homisid.

Kes kematian Teoh Beng Hock telah menggemparkan Negara,apabila beliau ditemui mati di
tingkat 5,Bangunan Plaza Masalam pada 16 Julai lepas dipercayai bunuh diri.

tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive