Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 20, 2009

Pas dah gerun dengan Umno? kah kah kah lawak betoi mamat ni | Nizar News



Lagi sekali mamat ni buat lawak. Tak kering gusi lagi kita selepas tamat beberapa siri rumah terbuka aidilfitri dan deepavali nal valtukhal.Bagus juga lawak-lawak macam ni,sekurang-kurangnya boleh membakar kolestrol dalam badan setelah membaham segala jenis makanan berminyak seperti dodol dan lemang sepanjang sebulan lepas.

Mamat ni mungkin juga mabuk lemang atau nasi rempit,eh nasi himpit...apabila memperkatakan kegerunan Pas pada Umno. Cisss!! lawak hang memang keparat la beb!!!




PAS Mulai Gerun Dengan Pendekatan Baru Umno, Kata Aziz


KULIM, 19 Okt (BERNAMA) -- PAS mulai 'gerun' dengan pendekatan baru UMNO untuk memenangi semula hati rakyat terutama selepas kemenangan dengan majoriti besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dan pindaan perlembagaan Umno, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Abdul Aziz berkata PAS mula sedar bahawa UMNO pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak kini berani melaksanakan perubahan luar jangkaaan banyak pihak.

"Tidak hairanlah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memperlekeh Umno sebagai parti kedai RM2 kerana PAS merupakan parti politik yang ketandusan modal dan memang suka menjaga tepi kain orang," kata Abdul Aziz kepada Bernama di sini Isnin.

Mengulas tuduhan PAS itu, beliau berkata yang penting orang Melayu sedar Umno bukan parti yang didukungi golongan gila kuasa dan keputusan membatalkan yuran keahlian bertujuan memudahkan rakyat menyertai parti itu.

"Umno tidak penting sama ada ia kedai RM2 atau supermarket kerana ia akan menjadi kedai rakyat. Pas seharusnya mengkaji semula manifesto mereka, banyak yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas tidak dtunaikan," kata Abdul Aziz yang juga ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu.

-- BERNAMA


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. miskinnya ahli umno.. papa kedana ke apa??? yuran 2 hinggit tu pun x mampu nak bayar..!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive