Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 22, 2009

PAS bawa laporan Ketua Audit ke SPRM | Nizar News

Oleh Zukri Aksah


TEMERLOH, 21 Okt – Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan bahawa semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, serta sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.

Berikutan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini telah membuat laporan kepada SPRM berikutan dengan kemungkinan penyelewengan yang berlaku yang didedahkan oleh laporan tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim dalam kenyataannya menjelaskan bahawa tindakan membawa kes ini ke SPRM adalah bertujuan untuk meminta SPRM menyiasat andai ada penyelewengan yang berlaku, ia penting kerana melibatkan soal kewangan kerajaan.

Abdullah kesal kerana dalam keadaan kewangan Negeri Pahang yang begitu teruk, yang mengalami defisit sepanjang 12 tahun kebelakangan ini, ada lagi kalangan pemimpin kerajaan negeri yang berbelanja secara tidak berhemah. Kerajaan Pahang patut merasa malu kerana ditegur oleh Ketua Audit Negara.

Kewangan kerajaan bukan sekadar duit kerajaan, ia adalah duit rakyat, tegas Abdullah, Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap SPRM akan segera membuat siasatan dan sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku, mereka yang bersalah patut diheret ke muka pengadilan.

themalaysianinsider


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Buat buang karen je hantar ke sana... lebih baik hantar ke Pejabat Kesihatan Dungun... protein beza less than 2% dalam belacan pun dia orang boleh trace, inikan pulak beza more than 100%... tindakan pun cepat...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive