Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 27, 2009

Mesyuarat Pas 28Oktober,Tentukan EGM-Mustafa Ali | Nizar News



Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bermesyuarat 28Oktober ini membincangkan seruan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat supaya Muktamar Pas diadakan bagi menyiasat pemimipin kanan parti aliran Islam itu.

Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat khas jawatankuasa kerja ini dipanggil Presiden Datuk Abdul Hadi Awang bagi membincangkan kewajaran muktamar itu diadakan.

Keputusan akan diumumkan pada malam Rabu,selepas mesyuarat diadakan jam 8.30malam.

"Saya rasa mesyuarat ini penting supaya kita boleh hilangkan tanggapan tanggapan,yang pelbagai yang ada di tengah tengah masyarakat kita sekarang",katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas,pagi tadi.

Khamis lalu,Nik Aziz dalam blognya menulis sebuah muktamar khas dipanggil untuk menyingkir pemimpin pemimpin Pas yang menghalang kerjasama lebih jitu dalam Pakatan Rakyat.

timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa,Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali dinamakan Nik Aziz sebagai penghakis kewibawaan Pas.

Dibawah Perlembagaan Pas,muktamar hanya boleh diadakan atas kehendak Presiden atau permohonan 1/3 anggota Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.171 Bahagian Pas juga berhak membuat permohonan yang sama sekiranya ia disokong 1/3 bahagian Pas seluruh negara.

Menurut beliau,tiada krisis dalam parti seperti yang diwar-warkan,dan presiden sendiri telah mengarahkan beliau untuk menetapkan tarikh mesyuarat berkenaan.

Mustafa berkata perkara ini telah dimaklumkan Mursyidul Am.

"Kita tengok dulu,mesyuarat 28haribulan ni,pimpinan pas dan pesuruhjaya.Kalau masalah ini selesai disitu,tidak perlu buat EGM,kita selesailah di situ.Kita ada proses yang kita kena ikutlah",katanya.


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive