Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 21, 2009

Kereta Exco CBD 88 isi minyak RM200 selang seminit | Nizar News

Lagi laporan salah laku dan penyelewengan dalam penggunaan kenderaan kerajaan negeri Pahang.

Menurut buku Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2008, kereta Proton Perdana milik kerajaan berplat pendaftaran CBD 88 pada jam 12.14 tengahari 14 Disember tahun lalu telah mengisi petrol sebanyak RM113 (penuh) di Raub, Pahang.

Seminit kemudian kenderaan yang sama, telah mengisi sekali lagi petrol sebanyak RM112 di stesen minyak yang sama.

Menurut Ketua Audit Negara lagi, kenderaan itu juga mengisi minyak di stesen yang sama pada 6.35pm dan 6.36pm pada 19 Disember, dengan jumlah sebanyak RM225. Kemudian kereta yang sama mengulanginya lagi pada 23, 24, 26 dan 31 Disember tahun lalu dengan total keseluruhannya RM1,349.95.

Laporan tersebut disiarkan agensi berita Bernama dan laman Malaysiakini berkaitan penyalahgunaan kad inden kereta yang membabitkan lima kereta milik kerajaan Pahang yang mendedahkan 24 kes mengisi minyak tidak sampai lima minit.

Laporan itu menyebut tidak ada tindakan diambil.

Jabatan audit juga mendapati kos penyelenggaraan bagi empat Proton Perdana V6 Executive pejabat SUK keterlaluan berbanding harga sebenar kenderaan. Sebagai contoh, sebuah kenderaan tersebut dibeli dengan harga RM117,062, sedangkan kos penyelenggaraannya mencecah RM171,888 antara 2005 dan 2008 sementara satu bil lagi bernilai RM192,743 antara 2004 dan 2008, menurut laporan berkenaan.

Respons daripada SUK pula menyebut kenderaan berkenaan digunakan oleh Exco negeri dan kos maintenan yang terlalu tinggi disebabkan kerosakan gear box dan kemalangan.

sidangonline


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive