Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 19, 2009

Kerajaan PR Kedah Tidak Tergugat | Nizar News



PR kerja keras pertahan Kedah

ALOR SETAR - UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) boleh bercakap apa sahaja termasuk isu perubahan dalaman parti itu selepas UMNO meminda perlembagaannya kelmarin, namun Pakatan Rakyat (PR) tetap akan mempertahankan Kerajaan Negeri daripada jatuh pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya tidak berasa tergugat dengan ‘kebangkitan’ UMNO yang berikrar mahu merampas tampuk pemerintahan negeri setelah mendapat semangat baru daripada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Mereka boleh bercakap apa saja... kita tunggu pilihan raya umum akan datang. Bercakap boleh bercakap, selepas itu kita tengok bagaimana mereka melaksanakan apa yang dicakap, dan kemudiannya baru kita boleh tengok penerimaan rakyat pula bagaimana.

“Hanya pilihan raya umum nanti baru kita boleh dapat jawapan, siapa yang rakyat mahu jadi kerajaan,” katanya.

Azizan berkata, jika UMNO mahu bekerja keras merampas Kerajaan Negeri daripada PR yang diterajui Pas, sudah tentu pihaknya pula akan bekerja keras untuk mempertahankan pemerintahan yang sudah berada dalam tangan mereka.

Pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur kelmarin, wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Md Rodzai Shafian yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang melaungkan ikrar parti itu mahu bekerja lebih keras untuk merampas Kedah daripada PR.

“Saya boleh kata, kami tidak berasa tergugat. Biarlah mereka buat apa yang mereka nak buat, kita pula dengan apa yang kita sudah dan akan buat. Nanti, rakyat yang akan menjadi hakim paling muktamad,” katanya.

Ditanya sama ada pindaan perlembagaan yang dibuat UMNO adalah strategi parti itu untuk memikat hati rakyat, Azizan berkata, UMNO berhak untuk meminda undang-undang parti itu kerana itu berkait dengan masalah dalaman mereka.

“Itu urusan rumah tangga mereka, mereka boleh buat apa sahaja. Kita tidak mahu mencampuri hal itu, nanti disalah erti pula,” katanya.

Azizan berkata, setiap parti mempunyai strategi masing-masing dan mempunyai hak untuk melaksanakannya, kerana itulah sebenarnya rencah dalam politik.

“Contohnya, Pas sudah lama mendapatkan sokongan daripada pengundi muda menerusi kempen Jom Sertai Pas, Kelab Penyokong Pas dan Lajnah Belia dan Sukan, sedangkan UMNO baru sahaja mahu mulakan kempen mendekati golongan muda,” katanya.

Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, PR menguasai 21 kerusi berbanding BN, 14 manakala satu lagi kerusi diwakili ADUN Bebas, Mohd Radzhi Salleh (Lunas) yang ‘melompat’ keluar daripada PKR.

sinarharian


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive