Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 18, 2009

Ke mana trend pengundian orang India? | Nizar News



Pasca Bagan Pinang:

Pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu menyaksikan kira-kira 70 peratus pengundi bukan Melayu – terutamanya pengundi India – telah memihak kepada Pakatan Rakyat. Fenomena tersebut berterusan dalam tujuh siri pilihan raya kecil (PRK) di Semenanjung selepas itu.

Namun realiti yang berlaku di PRK Bagan Pinang minggu lalu berbeza. Menurut penganalisis jika calon BN dahulu hanya dimenangkan undi orang Melayu dan undi pos kerana memperoleh sekitar 30 peratus sahaja undi bukan Melayu. Pada PRK kali ini dianggarkan 70 peratus pengundi bukan Melayu mengalihkan semula sokongan kepada calon daripada Umno itu.

Tan Sri Isa Samad memang menang dengan majoriti besar iaitu 5,435 undi, tetapi persoalan yang lebih besar ialah berpalingnya undi bukan Melayu tadi.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Bagi media arus perdana, trend pengundian PRK Bagan Pinang ini dipropagandakan bahawa komuniti tersebut telah kembali menyebelahi BN. Apakah benar begitu? Jika trend pengundian ini berterusan sehingga PRU akan datang, bagaimana dengan nasib kira-kira 50 ahli parlimen Pakatan yang selama ini menang di tempat campuran bersama Melayu dan bukan Melayu?

Namun bagi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Balasubramaniam Nachiappan (Bala), 51, yang sejak daripada awal lagi bergelumang dengan masyarakat India di Bagan Pinang, menolak perubahan itu sebagai satu “trend” kepulangan semula masyarakat India kepada BN.

“Saya bersama Kelab Penyokong PAS Kaum India berkampung selama hampir dua minggu dan duduk di Spring Hill bagi menjaga empat estet yang merupakan majoriti masyarakat India iaitu Antherton, pekan Siliau, Ladang Bradwall dan Sua Bentong. Oleh kerana Dun Bagan Pinang ini merupakan antara peratusan tertinggi pengundi India dalam sesuatu Dun di negara ini, menyebabkan kami bertungkus lumus membantu calon PAS”.

“Cuma satu perkara yang saya rasakan kelainan di Bagan Pinang ini ialah ramainya penyokong kaum India yang BN bawa. Sebelum ini saya telah mengikut kesemua 7 PRK di Semenanjung dan tidak pernah seramai itu. PRK ke 8 di Bagan Pinang ini saya dapat rasakan satu kelainan kerana ramainya. Rupa-rupanya pihak MIC, PPP dan IPF berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mengerahkan kaum India turun ke Bagan Pinang ini”.

Jika melihat kepada keputusan, semua empat unit Peti Undi (UPU) majoriti masyarakat India kali ini menyokong BN secara mendadak sedangkan sebelum ini mereka mengundi PAS. Apa boleh dikatakan tentang itu?

“Saya tidak fikir pengundian masyarakat India ini merupakan trend baru orang India beralih semula kepada BN. Bagi saya ini tidak boleh dijadikan satu ukuran dan testimoni. Buktinya dua hari sebelum hari penamaan calon, ketika (Presiden MIC Datuk) Samy Vellu masuk ke estet Sua Bentong, mereka tidak dihalau oleh penduduk di sini dan beliau pulang awal”.

“Memang pada saya keputusan yang keluar merupakan satu kejutan dan luar biasa kerana sebelum ini kempen kami mendapat sokongan yang sangat baik. Apa yang saya boleh katakan ialah keberkesanan strategi BN saat akhir”.

“Saya diberitahu di tiap-tiap ladang diadakan konsert, makan minum percuma dan ‘cabutan bertuah’ setiap hari. Umpan untuk masyarakat India inilah yang mempengaruhi mereka saat-saat akhir. Saudara tahu mentaliti kebanyakan pekerja estet, mereka takut dengan ugutan diberhentikan kerja jika BN kalah dan paling berkesan ialah janji Menteri Sumber Manusia sendiri bahawa mereka akan diberi gaji bulanan secara tetap, tidak bergaji harian seperti sekarang”.

“Mereka telah huidup susah sejak turun temurun dan pendapatan mereka ada yang hanya RM18 sehari. Akhirnya janji Timbalan Perdana Menteri sendiri yang meluluskan pembinaan rumah tiga bilik dengan harha RM35,000. Inilah gambarannya,”ujarnya.

Namun Bala berpendapat terdapat juga kesilapan kepada kempen Pakatan di Bagan Pinang.

“Saya rasa ada. Saya perhatikan penceramah dan jurukempen Pakatan asyik menyerang Isa sebagai perasuah dan kegagalan projek pada zaman beliau berkuasa. Sedangkan Isa dari kaca mata penduduk tempatan seorang yang tidak sombong, mudah didekati dan sesetengahnya sudah terhutang budi. Katakanlah apapun, pada mereka Isa tetap “produk terbaik” yang dihasilkan di situ sehingga menjadi tokoh nasional”.

“Kesilapannya ialah penceramah dan jurukempen Pakatan menyerang Isa sebagai perasuah dengan kurangnya memberi harapan kepada pengundi apa yang dapat dilakukan Pakatan. Kesempatan inilah yang diambil oleh pembesar BN dan jurukempen mereka untuk menjanjikan itu dan ini”.

Penubuhan Makkal Sakti buat komuniti India mula berubah?

Terdapat juga perkembangan baru dalam masyarakat India iaitu penubuhan Makkal Sakti dan perubahan dalam kepimpinan MIC baru-baru ini. Pada persoalan umum apakah ini memberi kesan kepada trend pengundian masyarakat India di Bagan Pinang?

“Saya tidaklah fikir sehingga begitu secara keseluruhannya. Seperti yang saya jelaskan, orang India memilih BN kerana janji-janji yang ditabur. Sebagai masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, mereka memberi undi kerana mengharapkan nasib mereka berubah. Jadi saya tidak anggap sekelompok masyarakat ini memberi gambaran kepada keseluruhan kecenderungan di seluruh negara”.

“Tetapi kita boleh perhatikan mengapa parti Makkal Sakti yang jauh lebih muda penubuhannya daripada Kelab Penyokong PAS itu menjadi tumpuan masyarakat India? Ini kerana mereka perlukan platform untuk menjadi pembela kaum mereka. Kita kena ingat bahawa masyarakat India menolak BN dulu kerana kecewa dengan nasib komuniti mereka yang dipinggirkan kerajaan memerintah dan dalam masa yang sama tidak percaya lagi kepada MIC”.

“Saya berani tegaskan bahawa sebahagian ahli Makkal Sakti adalah ahli Kelab Penyokong PAS dulu, tetapi mereka memilih parti itu kerana merasakan kelab penyokong bukan platformn rasmi mereka,” tegasnya.

Jika diukur daripada segi trend pengundian masyarakat India di Bagan Pinang dan katakanlah trend tersebut berlanjutan, ini bermakna banyak kerusi-kerusi PAS dan PKR di seluruh negara akan tumbang. Apakah begitu?

“Saya tidak bersetuju. Masih terlalu awal untuk mengatakan bukan Melayu terutamanya orang India sudah kembali kepada BN. Saya tahu kerana saya berada di situ di sepanjang masa kempen. Boleh saaya katakan kemenangan ini kemenangan Isa dan bukan kemenangan Umno-BN keseluruhannya. Di sana, isa lebih popular dari BN”.

“Walau bagaimanapun Pakatan secara keseluruhannya mesti mengambil iktibar daripada kekalahan ini. Jangan dibiarkan berlalu begitu saja. Kita mesti selami hati budi, kecenderungan dan kehendak pengundi dan bukannya berceramah melepas geram dan syok sendiri,” hujahnya.

Mahu kelab penyokong PAS diangkat ke taraf Dewan

“Seperti saya katakan tadi orang India perlukan platform. Jadi setelah berbincang dengan rakan-rakan, kami mahu pimpinan PAS segera bertindak mengangkat taraf kelab penyokong ini kepada Dewan. Atau membuka keahliannya kepada bukan Islam. Sekarang kelab penyokong sudah mempunyai lebih 30,000 ahli dan jika dibiarkan saya bimbang lama kelamaan mereka akan terlepas sedikit demi sedikit”.

“Mungkin keputusan ini agak berat tetapi ia kritikal dan perlu disegerakan. Saya harap Dr Mujahid yang mengetuai Lajnah Perpaduan Nasional mesti berani menyuarakan hasrat ini selain dapat meyakinkan pimpinan PAS signifikannya kelab penyokong ini dinilai semula”.

sidangonline


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive