Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 25, 2009

Kanak-kanak dijadikan pemuas seks



KUANTAN: Dua beradik, seorang lelaki dan perempuan, berusia sembilan dan 11 tahun terpaksa menjalani kehidupan bagai dalam neraka apabila dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri yang panas baran di sebuah rumah di Kampung Jalan Gambang di sini sejak empat tahun lalu.

Dua kanak-kanak berkenaan dikatakan sering dipukul dan digigit di tangan dan lengan oleh wanita berusia 40 tahun itu.

Lebih mengejutkan, si kakak yang berusia 11 tahun dikatakan turut ‘dijual’ kepada seorang lelaki untuk dijadikan pemuas seks dengan bayaran RM5 hingga RM10.

Difahamkan, wang diperoleh itu digunakan ibu tiri kejam berasal dari Jalan Gambang di sini untuk perbelanjaan hariannya.

Bapa kandung dua beradik berkenaan berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Kuantan, dekat sini, dikatakan mengetahui anaknya yang belajar di sebuah sekolah rendah di Jalan Gambang didera isteri barunya selain dijadikan hamba seks, namun seolah-olah tidak mempedulikan keadaan itu apabila tidak mengambil tindakan.

Kanak-kanak perempuan itu dijemput setiap kali pulang dari sekolah sebelum diperkosa seorang lelaki berusia 30 tahun di bawah jambatan di Kampung Sri Damai di sini.

Bagaimanapun, penderitaan dua beradik itu berakhir apabila mereka diselamatkan seorang jiran yang menghubungi Balai Polis Jaya Gading di sini, untuk meminta bantuan.

Sejurus menerima aduan, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa sebelum menahan sepasang suami isteri dan dibawa ke Balai Polis Jaya Gading, kira-kira 8 malam kelmarin untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi semalam mengesahkan penahanan pasangan terbabit berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama bapa kandung dan ibu tiri sejak empat tahun lalu, manakala ibu kandung kanak-kanak itu tinggal di Jertih, Besut, Terengganu, selepas berpisah dengan bapa mereka.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati mangsa didera apabila pemeriksaan mendapati tangan dan lengan mereka mempunyai kesan gigitan dan rotan yang dilakukan ibu tiri mereka.

Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari selepas seorang wanita berusia 30 tahun menghubungi polis meminta bantuan selepas mendapati mangsa berjalan di depan rumahnya dalam keadaan menangis, kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.

“Kanak-kanak itu yang tidak tahan lagi didera mengadu kepada seorang jiran sebelum tetangga berkenaan membuat laporan kira-kira 2 petang semalam (kelmarin).

“Dua beradik terbabit sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dengan bantuan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

“Setakat ini, polis menahan reman wanita terbabit serta bapa kandung dua beradik itu selama enam hari di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol serta Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Difahamkan, wanita yang ditahan itu berkahwin dengan bapa mangsa kira-kira lima tahun lalu.

hmetro


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive