Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 24, 2009

Bukan Senang Nak Buang 'Kelemumur' | Nizar News


Pm Najib dah bentangkan belanjawan 2010 hari ni dengan menyatakan peruntukkan 30 bilion akan dibelanjakan dalam bidang pendidikkan meliputi sekolah menengah dan rendah dan semua sekolah Cina , India dan Kristian. Banyak tu 30 bilion ada duit sungguh ka banyak tu? Kalau ada dan telus dibelanjakan baguslah. Jangan jadi macam laporan Ketua Audit Negara 2008 sudahlah, banyak berlaku penyelewengan wang rakyat. Hinggakan 'Thumdrive' RM90 jadi RM 480 !

Cukuplah cakap bab belanjawan aku pun bukan pakar ekonomi tapi duit ringgit aku tau kira. Orang Pas dan penyokong Pas aku rasa tak ingat bab belanjawan yang depa ingat ialah apa yang Tok Guru Nik Aziz cakap supaya dibuat Muktamar Khas untuk pulih parti Pas yang kononnya dilanda sindrom mau kepada Umno oleh sesetengah pimpinan Pas di peringkat Pusat dan Negeri.

Mungkin ada yang setuju dan tidak setuju dengan pendapat Tok guru. Ada yang akan kata sekarang dah senyap isu perpaduan dengan Umno dan 'unity goverment' dah tutup buku, kenapa ditimbulkan kembali? Memang dah senyap isu Kerajaan Perpaduan tapi bak kata orang 'air yang tenang jangan di sangka tidak ada buaya'.

Apa yang dicakap Tok Guru mengenai perlunya Muktamar Khas untuk buang dua-tiga orang yang bermasalah kepada parti Pas adalah sesuatu yang serius. Sila baca Pemuda PAS :Kemelut 'Agak Serius'-malaysiakini

Apa yang terjadi dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang menampakkan tidak sehaluan Hasan Ali dengan MB Khalid , Hasan Ali dengan Teng Chang Kim, Speaker Dun Selangor , Hasan Ali dengan Khalid Samad MP Shah Alam mempercepatkan lagi fikiran Tok Guru untuk membuang 'kelemumur' yang semakin merbahaya kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Tapi bukan senang nak buang 'kelemumur', banyak kali cuci pun belum tentu hilang, sebab tu jalan terbaik ialah botakkan kepala supaya 'kelemumur' tak muncul lagi.

Kepada pencinta Pas sudah tentu tidak mau lihat Pas dirosakkan dengan begitu mudah.Pejuang-pejuang Pas terdahulu yang telah mengasuh dan didik orang-orang Pas yang kebanyakkan orang-orang miskin di kampung-kampung bahawa Pas lah yang akan mendaulatkan Islam, mereka tertunggu-tunggu hingga sekarang walaupun belum terlaksana impian Islam didaulatkan, mereka tetap taat sokong Pas, cinta kepada Pas adakah pimpinan Pas lupa kepada mereka?Mereka ini tidak mengharapkan balasan wang ringgit atau pun harta benda yang mereka mau hanya Islam yang diperjuangkan Pas.

Kemungkinan besar sesetengah pimpinan Pas yang hidup di zaman separuh menang ini yang tidak pernah hidup dalam keadaan susah seperti orang-orang Pas di kampung-kampung tak dapat merasakan erti perjuangan orang-orang Pas di kampung-kampung.

Orang-orang Pas lah yang beli Harakah dan penjual Harakah lah yang menyebabkan sesetengah pimpinan Pas boleh hidup senang hasil duit orang-orang Pas yang beli Harakah.

misaimerah


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive