Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 27, 2009

Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News

BUKIT MERTAJAM - Pas menyifatkan faktor utama majoriti Pas berkurangan adalah disebabkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja berbanding pilihan raya terdahulu.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, kemenangan yang diperolehi Pas menunjukkan trend pilihan raya 2008 tidak berubah.

Menurutnya, faktor utama kemenangan Pas adalah kerja keras petugas dan jentera pilihan raya parti itu yang menemui pengundi tanpa jemu.

“Ini menujukkan bahawa satu lonjakan daripada apa yang kita perolehi pada pilihan raya kecil di Manek Urai.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan petugas Pakatan Rakyat (PR) yang bertungkus- lumus berkerja keras sejak awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), semalam.

Beliau berkata, kemenangan ini menunjukkan satu signifikasi yang jelas rakyat mahukan satu perubahan yang lebih besar dan muak dengan segala isu yang dibangkitkan oleh UMNO.

Mengenai dakwaan Pas sedang mengalami perpecahan, Mahfuz berkata, kemenangan ini menunjukkan bahawa Pas masih lagi kukuh dan berada dalam satu kesatuan yang padu bersama PR.

“Kemenangan ini menjadi hadiah hari jadi saya, sepatutnya saya merayakan bersama isteri dan anak-anak tetapi kali ini saya meraikannya bersama petugas dan calon parti berkenaan,” katanya.

Calon Pas, berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Sejumlah 73.1 peratus atau 14,832 orang keluar mengundi apabila proses pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Salleh, 52, adalah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang manakala Rohaizat, 38, ialah Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive