Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 27, 2009

Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz




KUALA LUMPUR, 27 Julai - Umno diingatkan tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerjasama yang ingin dijalinkan yang bersifat antara kerajaan dengan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyangkal kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu pokok yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Aziz.

"Ini bukan masalah antara parti Umno dengan PAS, jangan alihkannya isu sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mempertegaskan bahawa hubungan yang dimaksudkan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bukan hubungan parti yang cuba diputar belit oleh Umno.

"Saya percaya tindakan Tok Guru adalah untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan pusat yang merupakan hak kerajaan negeri Kelantan seperti royalti minyak dan gas.

"Sebagai Kerajaan Pusat, mereka perlu tunaikan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan konsep federalisme atau persekutuan, bukan memutar belitkan fakta," ujarnya.

Kerajaan Pusat di bawah teraju Umno-BN seharusnya memainkan peranan membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam Malaysia tanpa mengamalkan dasar diskriminasi terhadap pihak yang berbeza parti.

"Mereka sepatutnya membantu kerajaan negeri dan bukannya memberikan tekanan khususnya kepada negeri Pakatan Rakyat.

"Saya ingin mempertegaskan bahawa ia suatu kerjasama yang mesti dilaksanakan dalam prinsip kerajaan kepada kerajaan.

"Ia tiada kena mengena langsung antara PAS dan Umno," katanya lagi.

Beliau turut membidas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Muhyiddin yang ingin membawa hal ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti itu.

"Kalau benar pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ikhlas dan jujur dengan konsep rakyat diutamakan maka usahakan agar dialog antara kerajaan negeri.

"Segala bentuk bantuan kepada kerajaan, ianya perlu dilaksanakan tetapi tanpa amalan diskriminasi," tegasnya.

Beliau yang juga ahli parlimen menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada usaha dialog tersebut antara kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit demi kepentingan rakyat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive