Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 26, 2009

Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah

Empat beranak maut



BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira Aeroback yang dirempuh treler sehingga mengorbankan lima nyawa di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Kulaijaya semalam.


ZAKARIA


HAWA

KULAIJAYA – Lima orang termasuk empat beranak terkorban selepas kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam ketika kereta itu berhenti menunggu lampu isyarat pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Zakaria Marjone, 40, isterinya, Hawa Kassim, 40, dua anak pasangan itu, Nor Fatin Nadia, 13, dan Mohd. Amirul Fahmi, 10, serta anak jiran mereka, Awaludin, yang berusia setahun.

Dua lagi anak pasangan malang berkenaan, Mohd. Aidil Hakim, 16, dan Mohd. Faris, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya berkata, kereta yang dipandu Zakaria bersama enam lagi penumpang dikatakan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat.

Menurut beliau, kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Kelapa Sawit sebelum dirempuh sebuah treler dari arah belakang. Treler itu dipercayai hilang kawalan kerana dipandu laju.

kosmo

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. pemandu treler tu memang bangsat! patut di potong tangan dan kaki biar tak boleh memandu seumur hidup......

    BalasPadam
  2. Fatin tu anak murid saya yang pintar rajin dan berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang... Semoga mereka semua dicucuri rahmat Amin.... Cikgu Waheda

    BalasPadam
  3. tentu cikgu terkenang pd arwah..al fatihah buat mereka semua yg telah pergi...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive