Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 25, 2009

FC SEOUL 2 VS 3 MANCHESTER UNITED




SEOUL – Juara Liga Perdana England, Manchester United cemas seketika sebelum bangkit daripada dua kali ketinggalan untuk mengatasi kelab Korea Selatan, FC Seoul 3-2 pada perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia mereka di sini, semalam.

Dua gol pada babak kedua menerusi Dimitar Berbatov dan Federico Macheda menyelamatkan maruah United yang ketinggalan 1-2 di babak pertama.

Terdahulu, FC Seoul dua kali berada di depan menerusi dua gol jaringan Dejan Damjanovic pada minit ke-23 dan 45 biar pun pada satu ketika United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Wayne Rooney (m-31).

Namun bersambung permainan babak kedua, United pantas menguasai permainan dengan Macheda lebih dulu menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Berbatov kemudiannya menjaringkan gol kemenangan dengan menanduk hantaran Darren Gibson dari jarak dekat pada minit ke-65.

Begitu pun, FC Seoul boleh berbangga dengan persembahan mereka kerana mampu memberikan tentangan bermakna sehingga berjaya mencemaskan United.

Pasukan tuan rumah mendahului dengan cukup bergaya apabila hantaran lintang, cantik dan tepat Kim Seung-Yong terus ke kaki Damjanovic yang berada di celah dua pertahanan United sebelum menampan kemas untuk menewaskan Tomasz Kuszczak.

Begitu juga dengan gol kedua FC Seoul yang dihasilkan menerusi kebijaksanaan Damjanovic melepasi perangkap ofsaid sebelum memperdayakan sekali lagi Kuszczak menerusi bola lambung.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson ketika mengulas perlawanan itu menyifatkan ia adalah permainan yang terbuka dan menghiburkan.

“Rentak dan kepantasan permainan yang baik. Ia adalah corak yang memang kami perlukan ketika ini.

“Saya puas hati dengan keputusan dan kualiti permainan hari ini,” kata Ferguson. – AFP


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive