Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 24, 2009

8 Individu Di Soal Siasat Berhubung Kes Teoh




Lapan individu termasuk rakan karib setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, memberi keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini pagi ini, bagi membantu siasatan kes kematian mengejut mangsa Khamis lalu.

Lima ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan dua ahli DAP adalah antara lapan individu yang dipangil polis untuk memberi kenyataan di temani dua peguam iaitu Ganapatirau dan Lim Lip Eng, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ahil Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, kelapan mereka dipanggil berikutan siasatan terhadap telifon bimbit Teoh yang ditemui oleh pihak polis di tempat kejadian.

"Saksi-saksi hari ini dipanggil untuk beri keterangan adalah sebab sebelum 24 jam sebelum kematian mereka ada sms atau terima sms atau telifon atau terima talifon dari Teoh Beng Hock, ini semua dicari dari senarai rekod telifon Teo Beng Hock, hari ini kita hantar dua peguam mewakili mereka iaitu Encik Ganapatirau dan saya Lim Lip Eng” katanya.

Rakan karib Teoh, Woo Chun Seng berkata, Teoh memberi mesej kepadanya untuk mengundangnya sebagai pengiring pada hari perkahwinan tersebut dan beliau terkejut tentang berita kematian Teoh.

"saya terperanjat, saya tak tau di check out di interbet baca berita ini, dia tak pernah memberitahu pasal kerjanya tapi dia kata kerjanya very challenging," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne.

Khalid berkata, cara penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan kematian Teoh ini seperti sebuah strategi yang diatur oleh pihak Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor seperti yang telah berlaku di Perak namun sasaran mereka kepada PKR dan DAP.

"Dalam kematian Teoh Beng Hock kita lihat UMNO cuba bangun memberi sokongan kepada MACC, satu pekara yang cukup aneh dimana ada kematian dalam tahanan, UMNO keluar menyokong pihak yang berkenaan menahan, yang di pertikaikan profesionlisenya dalam menjalankan tugas-tugas mereka,"

"kita amat mengharapkan bahawa pihak pilis tidak turut membenarkan diri mereka diperalatkan, kita tahu pihak barisan nasional ingin sangat untuk rampas kembali Selangor, hakikatnya tindakan ini akan memberi kesan kepada Negara kita, dan the role of law tidak akan lagi wujud," katanya.

TVA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive