Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 24, 2009

UMNO CUBA MAIN API, AKHIRNYA BAKAR DIRI SENDIRI



Sedikit ulasan tentang apa yang terjadi tentang hangatnya isu Kerajaan Perpaduan. Akhirnya UMNO terbakar dengan api yang mereka nyalakan. Mereka nyalakan api tersebut, pada mulanya ingin membakar PAS, tetapi akhirnya, mereka sendiri terbakar. Padan muka.. Di dalam artikel ini, mari kita melihat, beberapa persoalan ilmiah tentang perkara ini.

Pimpinan melihat bahawa tindakan bersatu dengan UMNO, hanya memecahbelahkan PAS sendiri. Ini kerana unsur yang disuntik oleh UMNO ialah fitnah untuk memecahbelahkan PAS. Maka, tindakan yang wajar ialah “menghindar”kan diri daripada fitnah ini. Sudah berapa ramai yang terjerat dalam fitnah UMNO ini?

Kalau sebelum ini, ramai yang mempersoalkan bahawa, PAS yang tidak mahu bersatu dengan UMNO, PAS sengaja biarkan UMNO dalam kesesatan, PAS itu dan PAS ini. Tetapi hari ini, anda boleh lihat sendiri. Ramai orang kata, gejala social hari ini disebabkan PAS, kerana PAS sibuk dengan politiknya, sehingga mengabaikan masalah social.

Tetapi, hakikatnya, orang yang menghina PAS ini, hanya duduk goyang kaki di rumah, sambil menonton televisyen.. Haprak punya orang.. Maka hari ini, segalanya telah terdedah. PAS bukan hendak biarkan UMNO dalam kesesatan, tetapi, UMNO itu yang membahayakan PAS. Akhirnya kita tidak hingin untuk bersama dengan kesesatan ini, kerana khuatir kita akan tersesat sama.

Walaupun pada mulanya ingin berdakwah, tetapi dibimbangi dakwah yang kita harapkan, sehingga menyebabkan PAS berpecah belah. Maka, dipersilakanlah UMNO untuk berseorangan dengan kejahatan mereka. Semoga mereka tidak pecahkan kita lagi…

Mungkin kita boleh katakan sebagai gimik. Pada mulanya, saja nak tengok, apakah yang akan terjadi sekiranya bergabung dengan UMNO.. Tetapi, hasilnya memang tidak menyeronokkan. Akhirnya, kita memang tidak boleh bersama UMNO. Mungkin UMNO terlalu gopoh untuk mengharapkan bantuan PAS, tetapi akhirnya ia hilang daripada pengharapan mereka.

Senyuman Najib hanya sekejap. Keinginan untuk melihat PAS berpecah, akhirnya bertukar masam, apabila harapannya tergendala disebabkan mulut-mulut orang-orangnya. Ramai sangat pimpinan UMNO yang gatal mulut. Sepatutnya mereka perlu berdiam diri, dan tidak masuk campur dalam masalah Kerajaan Perpaduan. Tetapi, malangnya, beberapa orang di kalangan mereka terlampau gopoh untuk mendapatkannya. Akhirnya.. padanlah dengan muka..

Saya sedikit gembira apabila hari ini, Tok Guru Nik Aziz dengan jelasnya meminta maaf terhadap Us Nasha atas kata-katanya sebelum ini. Apabila mengetahui hal ini, bertambah beranglah Najib. Bahkan PAS sudah tidak teringin untuk melihat pelawaan UMNO lagi selepas ini. Sesiapa yang cuba bangkitkan “kenapa PAS tidak berdakwah pada UMNO?”, maka jawapan yang sesuai ialah PAS berdakwah dengan cara penentangan politik.

Ya, penentangan politik yang dilakukan oleh PAS, juga salah satu kaedah dakwah yang berhikmah. Bahkan, kadangkala, bercakap kasar itu juga salah satu bentuk hikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah bukanlah berkata lembut semata sehingga mereka boleh tarikh idung kita!...

Salam Perjuangan

Dr Fikrah


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

    Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

    Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

    DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

    Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

    BalasPadam
  2. Untuk menegakkan syiar Islam, mestilah berkuasa dulu. Tok_gajah, anda sudah terpengaruh dgn taktik UMNO yg selalu menggunakan contoh di negara lain utk menakutkan rakyat jelata. Apa yg berlaku di Singapura tak boleh disamakan di Malaysia.

    Org Melayu Malaysia dilindungi haknya melalui perlembagaan. Melayu adalah majoriti di Malaysia. Mana mungkin kita kehilangan majoriti di parlimen? Pernahkah jumlah kerusi parlimen yg dimenangi DAP melebihi parti lain? Ianya tak mungkin terjadi. Takkan lah PAS & PKR akan membenarkan DAP memiliki kerusi yg lebih byk di parlimen? Fikir lah secara logik akal & jgn lah berdasarkan doktrin BN yg telah diterapkan sepanjang 50 thn mereka memerintah.

    Lagipun, mengapakah Melayu Singapura mengalami nasib sedemikian? Siapakah @ dr parti manakah org yg mengeluarkan Singapura dr Malaysia semata2 utk survival politik mereka? BUkan PAS, bukan PKR & bukan DAP. Sudah tentu nasib Melayu Singapura tidak sedemikian jika ia masih dlm gagasan Malaysia.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive