Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 25, 2009

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

Johari Jaafar

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert ?Sure Heboh?(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

1 ulasan:

  1. Perlulah berfikir dahulu wahai PAS sebelum mengatakan Jom Heboh itu melalaikan.Dengan pendidikan dan didikan agama yang ada dalam diri,insya-allah takkan lalai anak-anak muda pada masa kini dengan hiburan seperti Jom Heboh.Sekiranya dia agama islam,dengan kesedaran yang ada,sampai waktu masuk Zohor, berangkatlah solat Zohor,jika dia tak solat pada waktunya, berdosalah dia yang tidak solat.Kenapa pula program kemasyarakatan Jom Heboh ini pula dikatakan melalaikan mereka?Negara Malaysia adalah untuk semua bangsa, bukan Melayu ISLAM sahaja.Jadi, Tepuk dada,tanyalah IMAN...maksiat boleh berlaku dimana sahaja, seperti juga keadaan 'haruan makan anak' yang berlaku didalam rumah sendiri yang dikatakan kononnya perlindungan paling sangat selamat untuk ahli keluarga,tetapi sebaliknya berlaku.oleh itu, perhatikanlah iman yang ada pada diri sendiri itu terletak dimana...Amin.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive