Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 22, 2009

MEDIA PERBESAQ CERITA CALON BKT SELAMBAU

KELANA JAYA 21 MAC 2009

Ketua umum PKR,Datuk Seri Anwar pada hari ini berkata, tentangan sebilangan penyokong terhadap pemilihan Manikumar hanya diperbesar-besarkan oleh media.

"Mana kita boleh dapat calon yang 100 peratus tidak diprotes."Bezanya, kalau calon itu daripada Pakatan Rakyat, protes itu diperbesarkan media, Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Kalau calon itu dari MIC, protes itu tidak dilaporkan. Itu bezanya," katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia dan Penyerahan Borang Keahlian PKR yang baru di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan calon yang disenaraikan semalam dan kesemua mereka menyatakan sokongan dan komitmen kepada pilihan PKR itu.

"Semalam, saya jelaskan, mereka semua layak dan saya minta mereka semua beri kerjasama kepada parti.

"Kita telah pertimbangkan kelayakan, komitmen yang ada, menetap di Sungai Petani, penguasaan dan ilmu yang ada.

"Komitmen daripada mereka itu baik tapi mungkin ada di kalangan penyokong itu (yang membantah) tapi tidak mengapa, ia akan reda," katanya.

Ditanya berhubung Hindraf yang mahu meletakkan calon Bebas bagi mewakili mereka kerana dikatakan tidak bersetuju dengan calon PKR, Anwar berkata, beliau tidak tahu tentang hal itu tetapi beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Hindraf.

"Mereka kena fikir kepentingan masyarakat India dan Hindu seluruhnya, bukan kepentingan satu atau dua orang," katanya.

Katanya, beliau percaya, hal itu juga tidak menjejaskan peluang kemenangan PKR di kawasan itu kerana calon yang diketengahkan adalah calon parti yang mewakili semua kaum.

Pada majlis itu, PKR turut menerima kemasukan 500 ahli baru yang dikatakan bekas ahli MIC.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive