Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 27, 2009

KITA KATA UMNO DAH REPUT,TAPI KITA LAYAN JUGAK



Kita kata umno dah reput,kita juga kata umno dah nak pupus,tapi pasai apa kita dok layan sapa memang sapa kalah dalam pemilihan.Yang aku heran tu,blog pembangkang pun tolong bagi senarai lengkap barisan yang terpilih untuk parti yang dikatakan siap untuk dikapankan itu.Tak cukup loya lagikah dengan semua media milik umno yang menyogokkan dengan kita berita mengenai pemilihan umno itu sepanjang hari selama seminggu?

Kalau parti pembangkang jangan kata nak masuk tv,nak jual suratkhabar parti kepada orang ramai pun depa tak bagi.Permit terhad hanya untuk ahli saja.Tapi kalau depa punya parti tak dak hal punya.Boleh siar kat tv satu malaysia boleh tengok parti depa bersidang secara langsung pulak tu.Semua orang boleh tengok presiden depa berucap.Nak harap depa bagi presiden PAS atau PKR berucap di tv? Mampuih hidup balik,lepas tu mampuih hidup balik pun belum tentu.Itu pun kita tak sedar-sedar lagi.

Patutnya kita tak payah ambik pot dengan depa ni.Kalau kita dok sibuk-sibuk tolong sebar depa punya cerita, 'takde maknenye' kita dok kata depa dah nak reput.Silap-silap kita yang reput dulu dari depa.Lu pikiaq sendiri la..

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive